BERANIKAH ANWAR IBRAHIM SAMAN WSJ?



Gesaan Nik Aziz Nik Mat terhadap Anwar Ibrahim sama ada tarik balik kenyataan atau saman akhbar The Wall Street Journal pastinya akan disambut dingin. Menjadi kebiasaan bagi Anwar Ibrahim akan berdolak dalih terhadap apa sahaja kenyataan biarpun ia datangnya dari pemimpin Pakatan Pembangkang.

Bagi, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, dakwaan Anwar Ibrahim itu memang sudah diduga selepas taktik menyalahkan media tempatan memutar belit laporan WSJ gagal meyakinkan rakyat dan rakan dalam pakatan pembangkang.

Terdahulu, Anwar Ibrahim memberikan jawapan bahawa media itu (WSJ) telah menyiarkan jawapan berbeza berhubung kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.

"Jika betul, kenapa takut untuk saman WSJ seperti yang biasa dilakukannya kepada media-media tempatan khususnya Utusan Malaysia.

"Saya yakin Anwar tidak akan menyaman media itu (WSJ) kerana semua jawapan tersebut memang keluar dari mulutnya sendiri, tetapi kerana sudah tersepit terpaksalah dia menuduh WSJ melaporkan kenyataan yang berbeza.

Dalam jawapannya terhadap kata dua Nik Aziz, Anwar Ibrahim mendakwa jawapannya kepada WSJ mengenai isu menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan Israel adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.

Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan WSJ baru-baru ini dilaporkan berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan itu sekaligus menggambarkan wartawan WSJ itu tersilap tulis atau sengaja menambah rekaan cerita. Jika dakwaan Anwar Ibrahim itu benar-benar berlaku, kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu menyaman WSJ dan penulisnya seperti mana yang dilakukannya ke atas Utusan Malaysia?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger