ANWAR TIDAK MAHU SAMAN AKHBAR THE WALL STREET JOURNAL


Keputusannya telah dijangka apabila pertemuan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz berkesudahan dengan kata dua Majlis Ulama PAS yang disuarakan Nik Aziz sebelum ini ditarik balik.

Sebelum ini Majlis Ulama PAS yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz memberikan kata dua kepada Anwar Ibrahim sama ada menarik balik kenyataannya seperti yang dinyatakan dalam akhbar The Wall Street Journal atau menyaman akhbar milik Yahudi itu.

Bagaimanapun, kata dua Majlis Ulama PAS itu hanya tinggal kenangan apabila pertemuan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz berakhir dengan ‘kemenangan’ Anwar Ibrahim. Keputusan itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana Anwar Ibrahim menekan PAS dengan helahnya biarpun berdepan dengan kumpulan ulama yang sangat dihormati ahli-ahli PAS.

Ketegasan Nik Aziz sebelum ini terhadap kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong Israel hanyalah seketika dan tidak mampu berhadapan dengan personaliti Anwar Ibrahim yang bijak memutarbelitkan fakta. Anwar Ibrahim sebaliknya berkeras bahawa kekecohan kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar The Wall Street Journal telah dimanipulasikan UMNO dan BN.

Selepas pertemuan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang berlangsung dalam keadaan tertutup, Anwar Ibrahim menegaskan beliau menyokong terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.

Begitupun, Anwar Ibrahim juga bertegas bahawa kenyataannya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) adalah betul dan tepat.

Bagi menyokong kenyataannya, Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Arab Saudi menerusi menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah juga mengeluarkan kenyataan yang sama, tetapi tidak dijadikan isu politik seperti yang berlaku di Malaysia.

Inilah dia Anwar Ibrahim yang gemar dengan sikap bermuka-muka dan bijak memanipulasi keadaan sehingga Nik Aziz dan Majlis Ulama PAS dapat ditekan dan digertak supaya tidak dapat mendesak ke atas dirinya. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger