ANWAR IBRAHIM NEKAD PERTAHANKAN KENYATAANNYA SOKONG KESELAMATAN ISRAEL


Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan berjumpa dengan Nik Aziz pada awal minggu depan ekoran kata duanya berikutan kenyataan sokongannya terhadap Israel. Reaksi Nik Aziz, beliau sedia mendengar penjelasan Anwar Ibrahim tetapi mengesyorkan untuk memberi penjelasan sendiri kepada rakyat berhubung dengan kenyataannya di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

“Saya akan mendengar (penjelasan Anwar Ibrahim) tapi saya menyerahkan kepada Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kepada orang ramai.

Kenyataan yang diberikan Anwar Ibrahim itu sebagai mewakili PKR dan Nik Aziz mewakili PAS. Adalah wajar pendirian yang dikemukakan Anwar Ibrahim itu sebagai mewakili PKR sepertimana ketegasan Majlis Ulama Syura PAS yang diwakili Nik Aziz.

Terdahulu, Anwar Ibrahim dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Sinar Harian menjelaskan bahawa beliau akan mempertahankan kenyataannya yang dibuat WSJ sebelum ini.

Kata Anwar Ibrahim, pengiktirafan ke atas negara Israel adalah tertakluk selagi mana rejim itu menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin. Itulah yang menyebabkan saya (Anwar Ibrahim) menyokong isu keselamatan Israel.

PAS sebelum ini menegaskan bahawa tidak akan berkrompomi dengan Anwar Ibrahim dalam isu Palestin jika benar Anwar Ibrahim bertegas dengan pendirian terhadap sokongannya ke atas Israel.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 17, 2012 at 10:35 PM

Kalaulah seorang "Perdana Menteri" Malaysia mentokong Israel Apakah rakyat Malaysia akan redza dan menyokongnya?

Mengapakah tiada perhimpunan jalanan untuk mengutuk sikap menyokong "bakal" perdana menteri ini?

Lakukanlah demi agama Islam wahai PAS dan berdemonstrasilah wahai PKR demi keadilan Palastin...

Laungkanlah..HANCUR HANCUR...JAHANAM JAHANAM...RUNTUH RUNTUH kepada musuh Islam yang menyokong Israel ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger