STATUS MAJLIS PEGUAM AKAN DITUKAR SEBAGAI PARTI POLITIK



Desakan beberapa NGO’s yang meminta Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ tidak mendapat respon sebaliknya membisu seribu bahasa. Tindakan sedemikian secara langsung memperlihatkan idealogi dan pendekatan yang akan diambil Majlis Peguam dalam penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ adalah memihak kepada menyertai Pakatan Pembangkang dalam kempen tersebut.

Sejak kebelakangan ini, Majlis Peguam dilihat banyak memihak kepada Majlis Peguam dalam beberapa perkara dan aktiviti khususnya menentang peraturan dan undang-undang negara. Secara faktanya, Majlis Peguam lebih banyak menentang undang-undang negara ini berbanding sebagai pengantara antara kerajaan dan pembangkang.


Penglibatan Majlis Peguam secara langsung dalam Perhimpunan BERSIH 2.0, Gereja DUMC, Seksualiti Merdeka, Perhimpunan Menentang Akta Perhimppunan Aman dan terbaru penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ dilihat pandangan terbaik untuk menjelaskan hala tuju Majlis Peguam yang boleh dilihat sebagai entiti politik.

Justeru, Majlis Peguam sekarang perlu memikirkan kembali statusnya sebagai NGO atau bertukar kepada sebuah parti politik. Ini supaya tidak mengelirukan rakyat dengan nama ‘peguam’.

Mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang.

Sepanjang penubuhannya, Majlis Peguam dilihat gagal dalam mempertahankan institusi kehakiman sebaliknya lebih banyak bergerak dalam bentuk politik seperti menyertai dan membenarkan Perhimpunan BERSIH 2.0.

Cubaan beberapa pihak yang berhaluan kiri dengan mahu mengadakan demontrasi dan perhimpunan berbentuk politik bagi membebaskan Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak menghormati sistem perundangan negara tetapi juga memperjudi nasib serta masa depan institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit.

Mahkamah sebelum ini telah memberikan ruang dan peluang kepada Anwar Ibrahim untuk membela diri di sepanjang proses penghakimannya selama lebih kurang 3 tahun, namun tertuduh tidak mahu menggunakan kesempatan berikut  sebaliknya percaya akan ‘suara-suara rakyat’ yang akan mengadakan perhimpunan untuknya.


Melihat kepada penghakiman, apakah Anwar Ibrahim kebal dalam undang-undang meskipun dirinya didapati membuat kesalahan undang-undang?

Sebelum ini ramai pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Harun Idris, Datuk Mokhtar Hashim dan ramai lagi yang turut didakwa di mahkamah dan terlibat dalam melanggar undang-undang, dan akhirnya didapati bersalah. Namun, mereka ini tidak juga menggunakan politik jalanan dalam usaha membebaskan diri.

Sekiranya Pakatan Pembangkang tetap dengan pendiriannya mahu mengadakan penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, polis yang mempunyai tanggungjawabnya dalam menjaga keamanan akan menggunakan Akta Ketenteraman Awam 1989 bagi menangani kegiatan menganggu ketenteraman awam.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger