SHAHNON AHMAD KELIRU HUBUNGAN PAS DAN DAP



Setelah sekian lama menghilang, akhirnya Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad hari ini muncul dan bersuara mengenai hubungan mesra PAS bersama DAP yang disifatkannya sebagai danggal dan bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Menurut Shahnon, Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.

Berdasarkan itu, veteran PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.

“Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah.

Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan.

Di sebalik penonjolan golongan profesional, Shanon membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini?

Hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.

“Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP,” katanya.

Suara Shanon Ahmad ini bersetuju dengan pandangan Dr Hassan Ali yang menyifatkan PAS sekarang ini sudah tergelincir daripada landasan perjuangan Islam yang menjadi tonggak perjuangan mereka sebelum ini. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 8, 2012 at 2:20 PM

Para pengundi PAS pun tak faham dasar perjuangan PAS sekarang. Kami rasa tertipu oleh mainan Nik Zazi, Mat Sabu dan lain-lain. Pada PRU13 nanti, saya dan kawan-kawan akan sokong UMNO. Baik untuk Islam dan Melayu. Sudah terbukti.

Anonymous
January 9, 2012 at 9:16 AM

Dolu2 suka ngan taik lak sekarang,terpalit taik kekeeek.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger