RAKYAT TERUS DIAJAK SERTAI KEMPEN BEBASKAN ANWAR IBRAHIM 901



Seperti diduga, PKR kompenan Pakatan Pembangkang tetap dengan pendiriannya untuk terus mengajak rakyat mengadakan demontrasi jalanan besar-besaran di hadapan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

PKR bertekad untuk mengumpul sejumlah 100,000 orang penyokong iaitu jumlah yang terbesar yang pernah disasarkan bagi seorang pemimpin pembangkang. Jumlah itu dikatakan melebihi jumlah sasaran Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang disasarkan Pakatan Pembangkang. Apakah wajar mengumpul sejumlah 100,000 orang rakyat hanya semata-mata mahu membebaskan pemimpin yang disabitkan dengan kesalahan seksual atau jenayah?


Ini diumumkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bercita-cita mahu menjadi Menteri Dalam Negeri sekiranya Pakatan Pembangkang mentadbir Malaysia. Jika benar Azmin Ali menjadi Menteri Dalam Negeri dan ditambah dengan sikapnya yang menghalalkan perhimpunan haram dan demontrasi jalanan, maka huru-haralah Malaysia. Ini sekaligus memberikan kesan yang dahsyat kepada ekonomi negara dan pastinya mendatangkan keburukan kepada rakyat.

Walaupun beribu laporan polis dibuat oleh individu mahupun organisasi badan bukan kerajaan terhadap cadangan Pakatan Pembangkang mahu mengadakan demontrasi besar-besaran, namun sikap degil dan suka melanggar undang-undang negara, pemimpin Pakatan Pembangkang tetap dengan pendiriannya. Seharusnya, orang sebegini dibuang negera sahaja ke luar negara.

Menurut Azmin Ali, DAP dan PAS telah bersetuju untuk menyertai PKR dalam demontrasi besar-besaran ini dan sekaligus menjadi kuda tunggangan PKR. Ironinya, kedua-dua parti kompenan Pakatan Pembangkang itu tidak akan menyertainya secara jujur dan rela hati seperti yang digambarkan dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 melainkan pemimpin tertingginya.

Bagaimanapun, menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman yang secara terang menyatakan sokongan terhadap perhimpunan haram besar-besaran. PAS menyokong PKR dan percaya Anwar Ibrahim tidak bersalah. Demi menjaga air muka rakan mereka dalam Pakatan, PAS rela sekali lagi diperkudakan oleh PKR demi membebaskan pemimpin impian mereka sebagai Perdana Menteri walaupun mengetahui Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal video seksnya.

Selain di Kuala Lumpur, Pakatan Pembangkang juga dikatakan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada hari yang sama bagi menunjukkan perasaan cinta dan sayang rakyat Pulau Pinang terhadap Anwar Ibrahim.

Inilah dia wajah-wajah Pakatan Pembangkang yang kononnya berjuang demi rakyat sebaliknya berjuang demi kepentingan politik individu seperti Anwar Ibrahim itu. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

January 4, 2012 at 12:28 PM

perlukah menunggu hingga 9hb. utk bertindak? banner, risalah, flyer, fb & twitter dh bertaburan mengajak rakyat merusuh. pdrm sepatutnya sudah boleh memanggil azmin ali & the gang utk diambil keterangan. kenapa tidak gunakan akta hasutan sedangkan aktiviti menghasut itu telah berlaku? kenapa? why?. tunggu nasi manjadi bubur atau tunggu nasi menjadi basi? PDRM PERLU SEGERA BERTINDAK MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG2 YG ADA. kudis yg ada perlu diubat segera sebelum menjadi nanah & pekung. lindungi rakyat yg tidak bersalah!!!!

January 4, 2012 at 3:31 PM

Malaysiakini makes open Apology: It does not pay to malign anybody

http://sarawakmonitor.blogspot.com/

Anonymous
January 5, 2012 at 3:39 PM

apalah buta sangat durang ni nak sokong anwar je... sudah2 la tu

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger