PKR HARUS BERTANGGUNGJAWAB! BOM MELETUP ANGKARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM



Kejadian meletupnya bom buatan sendiri sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta adalah disebabkan penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

PKR harus bertanggungjawab dalam hal ini dan polis perlu memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang berat kerana perbuatan ini boleh membunuh. Selain mencemarkan nama negara di mata dunia, perbuatan sebegini dianggap sebagai provokasi melampau. Jika tidak mahukan keamanan, penyokong Anwar Ibrahim yang membuat kacau-bilau boleh pergi negara yang bergolak dan menyertai peperangan di sana dan bukan di Malaysia.

Siasatan awal polis mengesyaki bom-bom tersebut dibawa oleh penyokong Anwar Ibrahim yang menyertai perhimpunan itu. Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi. Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Kelima-lima yang cedera itu merupakan penyokong Anwar Ibrahim. Untuk itu, sasaran pengebom bukanlah ke atas polis mahupun mereka yang menjaga keselamatan, tetapi sebaliknya disasarkan kepada rakan penyokong mereka sendiri.

Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.

Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.

Inilah lagaknya penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang. Pemimpinnya meliwat, pemimpinnya berbohong dan penyokongnya berakhlak teruk sehingga sanggup dan mahu membunuh rakan seperjuangan sendiri. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger