ORANG BUKAN ISLAM SIFATKAN HOMOSEKSUAL JIJIK



Berbeza dengan orang bukan Islam, mereka menyifatkan perlakuan homoseksual itu sebagai jijik. Bagaimanapun, bagi segelintir penyokong Melayu Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim menganggap undang-undang homoseksual lapok dan harus dihapuskan.

Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI), pertubuhan yang menyokong aktiviti homoseksual dan lesbian di dunia mendesak supaya kerajaan menghalalkan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan cara meminda undang-undang sedia ada adalah gesaan yang jijik, tidak bertamadun dan melanggar norma hidup masyarakat negara ini.

IBAHRI dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan Anwar Ibrahim dan atas sebab itu mereka menuntut supaya undang-undang homoseksual di Malaysia dihapuskan.

Bagi Datuk Heng Seai Kie, rakyat Malaysia tidak akan menerima apatah lagi bersetuju untuk menghalalkan amalan seks songsang.

Setiap negara mempunyai latar belakang sosial serta nilai budaya sendiri dan sebagai negara Timur, budaya songsang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat negara ini.

“Ia (menghalalkan LGBT) tidak sesuai di Malaysia biarpun pilihan seks itu kita anggap hak dan kebebasan individu, tetapi budaya ini tidak harus digalakkan
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger