NIK AZIZ SIFATKAN DR HASSAN ALI TIDAK SENONOH


Mengulas mengenai pemecatan Dr Hassan Ali dari PAS selepas kepimpinan tertinggi PAS Pusat bersidang petang Ahad lepas, Nik Aziz menyifatkan Dr Hassan Ali sebagai seorang ahli yang tidak senonoh.

"Pecatlah...laki bini lagi bercerai. Tidak ada parti atas muka dunia ini yang tidak pernah pecat ahlinya yang tidak senonoh.

Pemecatan Dr Hassan Ali merupakan tindakan kedua parti itu selepas membuat tindakan sama dibuat ke atas Datuk Zulkifli Nordin kerana perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan berbeza.

Dr Hassan Ali sebelum ini secara terbuka menyifatkan PAS sudah tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya.

Dr Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor turut menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila menyatakan penyertaan dalam perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 adalah perbuatan sia-sia.

Malah, Dr Hassan Ali sendiri mengakui pemecatan dirinya ada kaitan dengan campurtangan Azmin Ali yang mengkritikan tindakannya membuat kenyataan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bebaskan Anwar 901 adalah bersifat sia-sia. Manakala, campurtangan Anwar Ibrahim ke dalam PAS sudah lama dilakukan sehingga menyebabkan kumpulan ulama dalam PAS sudah tidak relevan dan dikuasai kumpulan profesional yang memihak kepada Anwar Ibrahim.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
January 10, 2012 at 12:08 PM

saya mencadangkan Ulamak PAS yang bersama2 mendukung perjuangan Dato hassan Ali menubuhkan Pati baru yang berasakan negara Islam yang sebenar
dengan dapat menyatupadukan orang melayu Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu.

January 10, 2012 at 12:12 PM

Ye lah, Nik Aziz je yang senonoh, boleh mencarut, boleh berkawan dengan kafir, boleh berkawan dengan syaitan, kalau orang lain terus jadi kafir, jadi syaitan,..hancur umat islam dengan ulamak su' mcm ni,..

Anonymous
January 10, 2012 at 12:33 PM

orang yg cakap hassan ali tu tak senonoh tp yg tak senonoh sebenarnya dia la...

tak payah crite yg lain2 cukup lah kalau kalimah Allah pun dia ni sanggup jual pada puak kafir kristian jadi yg tak senonoh sah dia ni...

Anonymous
January 10, 2012 at 2:17 PM

babi ko nik aziz. mampus mati ko lg baguih!!!

Anonymous
January 12, 2012 at 12:31 PM

Orang-orang bodoh yang menghina ulama' td insaflah.......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger