NIK AZIZ CARI JALAN ELAK ISTIHAR HARTA


Ketika ini ramai rakyat Malaysia bercerita tentang mengkehendaki pemimpin politik mengisytiharkan harta mereka supaya lebih telus berhubung harta benda yang dimiliki mereka sejajar dengan pendapatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat.

Ini bukan kali pertama isu mengisytiharkan harta benda dijadikan bahan bualan bahkan setiap tahun isu ini dibangkitkan, tetapi tiada sebarang keputusan. Bagi kakitangan awam, tindakan mengisytiharkan harta adalah perkara wajib yang diarahkan dan telahpun dipatuhi setiap tahun. Tetapi, bagaimana pula dengan pemimpin atau wakil rakyat?

Bercakap hal mengenai perisytiharan harta, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mendesak agar ianya tidak peraturan wajib sebaliknya berpendapat sifat takwa adalah lebih penting daripada mengisytiharkan harta.

Jawapan Nik Aziz itu dilihat sebagai alasan atau sebab untuk tidak mahu mengisytiharkan harta dengan menggunapakai agama. Sedangkan tindakannya sangat mudah, iaitu mengisytiharkan harta tetapi masih mahu berdolak dalih.

Jangan pula cuba menggunakan agama untuk mengaburi mata rakyat bagi tidak mengisytiharkan harta mereka dan mengelak diri bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

Selain Nik Aziz, menantunya Abdul Ariffahmi Ab. Rahman serta Exco kerajaan PAS Kelantan juga didesak mengisytiharkan harta. Ini disebabkan sebelum ini terdapat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang sebelum ini diterajui oleh Menteri Besar Kelantan dan menantunya itu.

Sehingga kini, ramai rakyat Malaysia masih tertanya-tanya kenapa Nik Aziz dan menantunya takut untuk mengisytiharkan harta jika benar harta yang dimilikinya itu diperolehi secara sah dan halal!

Jika ini tidak berlaku dan kedua-dua bapa mertua dan menantu masih lagi bersikap membisu, drama dan lakonan mereka ini akan menyebabkan Kelantan akan jatuh ke tangan BN pada PRU-13 akan datang. 
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
January 25, 2012 at 2:58 PM

bukan pemimpin pembangkang je yang takut utk mengisytiharkan harta pemimpin kerajaan (umno) ramai yang takut berbuat demikian...

Anonymous
January 25, 2012 at 3:13 PM

Alah beliau pun same jer kumpul harta mgkn bkn atas nama beliau tp anak2 beliau kan ramai,skrg anak menantu ada kedudukan dalam pentadbiran dan parti..kalau berani isytihar harta aku jamin beliau adalah pemimpin yang baik tidak kerja kemewahan

Anonymous
January 25, 2012 at 10:07 PM

Tidak kira sape..kalau enggan isytihar harta tu adalah sesuatu yang hendak disembunyikan..huuhu..aku dah isytihar..

Anonymous
January 25, 2012 at 10:58 PM

Isytihar harta aje Nik Aziz, apa nak takut..bagi contoh untuk anak buah yang lain.....

Anonymous
January 31, 2012 at 11:22 PM

Bukan Nik Aziz yang takut. Pemimpin BN yang lebih takut. tapi memutarkan belitkan fakta memburukkan pembangkang. Cuba Taib Mahmud gak??? Berani tak orang pertikai??? Jangan-jangan orang yang ngaku wira kenyalang tu anak buah Taib kot!!! ada syer le tu!!!Tak pe le kawan. Mana-mana pemimpin baik BN atau PR semua ada masalah untuk isytiharkan harta. Kita ni, baik duduk diam je...Kita pun sama kalau dah jadi macam mereka.

Anonymous
May 29, 2013 at 10:47 PM

Tidak payahnak bebalah berani kerana benar takut mulalah buat banyak alasan biasalah nik aziz tu mcm serbannya juga putar belit. Ulamak KONON.

Anonymous
August 26, 2013 at 6:55 PM

sama je rupanya..hhhmmm..xleh staro umar al aziz blako...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger