MAT SABU HALALKAN AHLI PAS SERTAI PERHIMPUNAN BEBASKAN ANWAR IBRAHIM



Lupakan nasihat Dr Hassan Ali kerana beliau bukan pemimpin tertinggi PAS. Beliau kini sedang diracuni oleh pemikiran UMNO. Jika Presiden dan saya sendiri katakan turun dan akan turut serta dalam Perhimpunan Bebaskan Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini maka ahli-ahli PAS juga perlu ikut bersama.

Itulah kata-kata ketegasan Mat Sabu berhubung kenyataan media yang dibuat Dr Hassan Ali yang menyatakan pendiriannya bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim.
Mat Sabu mengakui PAS tiada menulis sebarang arahan berhubung penyertaan ahli-ahli PAS untuk sama-sama terlibat dengan rakan PKR bagi menghadiri Perhimpunan Bebaskan Anwar Ibrahim.

Mengulas kenyataan media yang dibuat Dr Hassan Ali, Mat Sabu menjelaskan itu pendapat dia dan beliau tidak berhak untuk menasihati ahli-ahli PAS supaya tidak ikut serta dalam perhimpunan itu. Semalam, Dr Hassan Ali menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan itu.

Mat Sabu menjelaskan kepimpinan tertinggi PAS sentiasa berada di belakang Anwar Ibrahim walau apapun keputusan mahkamah. Bagi PAS, Anwar Ibrahim tidak bersalah meskipun beberapa bukti yang menunjukkan Anwar Ibrahim secara langsung terlibat dalam kes liwat itu.

PAS berasakan Anwar Ibrahim dianiaya UMNO bagi tujuan menidakkan Pakatan Pembangkang merampas Putrajaya. Anwar dilihat sebagai individu yang bersih dan suci. PAS terdesak berbuat demikian ekoran tekanan kuat daripada PKR yang mahu PAS mengikut telunjuk mereka. Dalam beberapa ketika menjelang pilihan raya, isu dalaman PAS dan DAP telah merencatkan perancangan Pakatan Pembangkang untuk memenangi PRU-13 dengan majoriti yang besar.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger