MARUAH PAS SELANGOR SEOLAH-OLAH SEDANG DIPIJAK-PIJAK



Tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang membuat rombakan portfolio dengan mengambilalih portfolio Hal Ehwal Islam menggambarkan seolah-olah PAS kini sedang dipijak-pijak maruahnya.

Selama ini, PAS bermegah dengan jawatan Exco yang berperanan dalam Hal Ehwal Agama di setiap negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang, tetapi kini sudah tidak ada lagi. Kepercayaan terhadap PAS dalam agama sudah ‘mati’ dan tindakan meletakkan portfolio agama di bawah kuasa seorang yang tidak arif dalam agama mengundang kepada kehancuran.

Ini sekaligus menggambarkan kepada kepada rakyat Selangor bahawa PAS kini sudah tidak layak memegang jawatan penting itu meskipun mempunyai ramai pemimpin berwibawa. Disebabkan kepentingan dan kekuasaan politik maka portfolio itu tidak lagi secara automatik kepada PAS sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan Menteri Besar.

Seperti dalam sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.


Perubahan itu jelas bertentangan dengan amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 2008 yang mahu memastikan kepimpinan PAS Selangor mempertahankan portfolio sensitif tersebut.

Perkembangan terbaru ini sekali lagi membuka mata masyarakat awam bahawa PAS kini terpaksa menjadi ‘pak turut’ kepada parti komponen pembangkang yang lain.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 20, 2012 at 8:45 AM

salam bro, mohon linkkan blog hambe ini, tq :)http://theunreportednews.blogspot.com/

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger