KUMPULAN BEBAS MENGAKUI PECAHKAN PINTU MASUK KLINIK DARUSSYIFA



Jika sebelum ini kumpulan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (BEBAS) menafikan bahawa ahli kumpulannya yang memecahkan pintu klinik Darussyifa, Tanjung Malim dalam kejadian awal pagi Tahun Baru 2012 itu, akhirnya salah seorang daripada mengakui perbuatan tersebut dilakukan mereka.

Ini kerana sebelum ini mereka dlindungi pemimpin Pakatan Pembangkang yang kononnya akan menyiapkan peguam dan membayar kos guaman sekiranya mahasiswa yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang.

Sambil mengakui mereka yang memecahkan pintu klinik itu dan tetap bertegas dengan pendirian menggelarkan polis sebagai penjenayah.

Wakil Bebas, Aziq Abdul Aziz berkata, mahasiswa yang mengadakan perhimpunan haram itu bertindak memecah pintu masuk klinik tersebut untuk meminta rawatan dilakukan terhadap rakan mereka iaitu Safwan Anang Talib.

"Memang kami yang memecah pintu Klinik Darussyifa, ini kerana kakitangan klinik bertindak kurang ajar apabila enggan membuka pintu dan merawat rakan kami yang pengsan.

"Selepas ini, Bebas juga akan membuat laporan polis terhadap jenayah yang dilakukan Klinik Darussyifa," dakwa pelajar Universiti Malaya.

Pintu kaca Klinik Darussyifa akan dikunci selepas pukul 12 tengah malam pada setiap hari kerana bimbang berlaku kejadian jenayah.

Inilah dia anak bangsa Melayu yang mudah diperbodohkan pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim hanya semata-mata mahu menjadi hero. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger