IMPIAN ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI DIBIDAS



Ramai rakyat termasuk golongan profesional menyifatkan impian Anwar Ibrahim mahu melantik Perdana Menteri sementara jika beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat sememangnya tidak realistik.

Menurut Pensyarah Undang-Undang UIAM, Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Penasihat PKR perlu melalui 3 syarat utama untuk melaksanakan hasrat tersebut iaitu:
  1. Memenangi pilihan raya umum beserta keputusan majoriti dua pertiga pembangkang.
  2. Perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
  3. Mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa ada unsur-unsur paksaan.

Namun, dalam Islam tiada orang yang berebut kuasa sampai begitu sekali sehingga mahu melantik Perdana Menteri sementara semata-mata gilakan kuasa.

Anwar terlalu terdesak tamakkan kuasa. Kelakarnya, dia bercakap seolah-olah dia penentu segala-galanya. Adakah rakyat tidak nampak lagi siapa dia ini...hanya pentingkan diri.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, menyifatkan sekalipun Anwar berjaya meletakkan Perdana Menteri sementara itu, adakah beliau yakin individu berkenaan mahu melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.

Inilah risiko terbesar untuk Anwar. Kita tidak boleh baca masa depan. Seperti yang kita tahu, pembangkang kalau sudah dapat kuasa tidak mudah nak lepas begitu sahaja, mungkin ini akan berlaku. Anwar kuat sangat main spekulasi," katanya.

Ketua Kluster Governas, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, adalah tidak adil bagi rakyat untuk mempunyai seorang Perdana Menteri yang dilantik dengan cara seperti yang Anwar impikan itu.

"Mungkin adil bagi penyokong beliau atau bagi pengundi yang memilih beliau, tetapi bagaimana pula bagi rakyat yang tidak mengundi? Mereka mungkin menganggap cara ini satu tindakan yang tidak masuk akal," katanya.

Justeru, kebanyakan rakyat berpendapat impian Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak realistik dan hanya berteraskan kepada bayangan Pakatan Pembangkng yang mahu memulakan undang-undang sendiri dalam melanti Perdana Menteri. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger