GOLONGAN PARASIT DALAM PAS SEMAKIN BANYAK


Dr Hassan Ali dalam sidang akhbarnya mendedahkan golongan parasit di dalam PAS telah semakin merebak dan dijangka akan membuatkan PAS tidak relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Ini kerana golongan parasit ini mempunyai agenda tersendiri dengan mengenepikan perjuangan Islam sebaliknya bercita-cita untuk menakluk Putrajaya dan memerintah Malaysia.

Sambil mendakwa pemecatan Dr Hassan Ali daripada Exco Kerajaan Selangor dan PAS adalah disebabkan golongan parasit ini.

Secara asasnya yang membuatkan PAS kini tergelincir daripada perjuangan asal adalah disebabkan dalangnya Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim merupakan dalang di sebalik kemelut antara dua kelompok besar dalam PAS dengan berperanan sebagai pencatur bagi membolehkan golongan parasit 'mendaki tangga' lebih tinggi dalam hierarki kepimpinan PAS.

Nama lain bagi golongan parasit ini ialah ‘anwarinas’. Golongan ini dilihat berjaya merosakkan PAS, sekali gus mengetepikan suara golongan ulama. Golongan 'anwarinas' yang dahulunya tidak berkuasa tetapi sekarang sudah mula menunjukkan taring.

Kini, sebahagian besar Jawatankuasa PAS Pusat kini dikuasai puak yang cenderung kepada Anwar Ibrahim. Jadi, tidak hairanlah PAS kini kebanyakannya menyokong kenyataan Anwar Ibrahim yang berusaha memansuhkan undang-undang LGBT di Malaysia.

Mereka meletakkan kedudukan Anwar melebihi segala-galanya dan kumpulan ini mula menyertai PAS selepas peristiwa reformasi 1998. Mereka datang daripada pelbagai kumpulan usrah. Mereka menjadi ahli PAS dengan misi mahu menakluk PAS. Kini setelah hampir 15 tahun, misi itu hampir tercapai.

Kumpulan ini berjaya menjadikan Anwar Ibrahim sebagai tempat rujukan utama PAS. Kekuatan tipu daya Anwar Ibrahim pula menjadikan Nik Abdul Aziz dan Hadi Awang turut terpedaya.

Dengan kata lain, PAS sudah berada dalam genggaman Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itulah yang mengasaskan gerakan parasit untuk menguasai parti itu hingga menyebabkan PAS mengubah matlamat perjuangannya.

Kejayaan parasit menguasai PAS akhirnya menjadi barah dan akan menjadi punca keruntuhan PAS.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 18, 2012 at 1:13 PM

parasit IRC dan JIM memangnya sudah terlalu berkuasa dan merata;

dalam parti keadilan dan PAS,.

dalam semua IPTA terutama di Fakulti Kejuruteraan, Sains dan Perubatan,... VC sila buat kajian dan pemantauan,

di sekolah berasrama penuh, SBP,..

di Maktab sains MARA, .. MRSM,..

dan beberapa institusi pendidikan swasta dan sekolah2 swasta;

bagus jugak pihak KDN siasat,...

elok dapatkan maklumat dpd DR Hassan dan ABIM; mereka memang kenal sangat parasit IRC dan JIM ini,..

Selamat menjalankan siasatan,.. sebelum terlambat. Sebab itu pelajar IPTA memang langsung tak ada hormat kepada pemimpin negara;

Mereka memang cukup cekap menggunakan orang dan berpura2 menyokong; hebat bermuka-muka,..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger