DUTA PALESTIN: MENGEJUTKAN DAN MENGHAIRANKAN


Kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia bahkan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush. Pelik dan ganjil, itulah yang dapat disimpulkan Duta Palestin terhadap kenyataan Anwar Ibrahim.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel”.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush

Menurut Abughoush lagi Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

Justeru, tegas Abdelaziz Abughoush sewajarnya kenyataan Anwar Ibrahim itu sangat membimbangkan dan menjadi kewajaran Anwar Ibrahim perlu ‘bertaubat”.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger