DEMONTRASI BEBASKAN ANWAR IBRAHIM 7 JANUARI 2012 DI KUCHING ‘HARAM’



Hari ini polis telah memberikan persetujuan dan membenarkan Pakatan Pembangkang meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini dengan beberapa syarat.

Penyokong dan ahli Pakatan Pembangkang yang menyokong Anwar Ibrahim yang akan menyertai Perhimpunan Bebaskan Anwar tertakluk kepada syarat. Sekiranya syarat-syarat tersebut dilanggar, penganjur perhimpunan akan dipersalahkan sepenuhnya dan ini telah dipersetujui Azmin Ali yang mewakili Pakatan Pembangkang dan PKR.

Sementara itu, di Kuching, PKR Cabang Stampin akan mengadakan perhimpunan Bebaskan Anwar Ibrahim pada Sabtu, 7 Januari 2012, bertempat di hadapan Mahkamah Lama Kuching atau Kuching Waterfront.

Pengerusi PKR Cabang Stampin yang juga ADUN Batu Lintang, See Chee How dalam kenyataan akhbarnya yang mengajak rakyat Sarawak yang menyokong Anwar Ibrahim untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan sokongan.

Bagaimanapun, perhimpunan Bebaskan Anwar 901 yang diadakan di Kuching ini tidak mendapat permit. Sememangnya PKR tidak akan memohon permit memandangkan polis tidak akan meluluskannya, menurut See Chee Chow lagi.

PKR Cabang Stampin mensasarkan sejumlah 300 orang rakyat akan hadir bagi memberikan tanda sokongan kepada Anwar Ibrahim. Terdahulu, See Chee How mengajak rakyat terutama penyokong Anwar Ibrahim yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama untuk sembahyang hajat bagi memohon mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim.

See Chee How bersetuju dengan kenyataan Azmin Ali bahawa kes liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim itu adalah tanggungjawan bersama Pakatan Pembangkang. Ketika ini semua ahli dan kepimpinan Pakatan Pembangkang harus bersatu dalam menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim meskipun jika Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh mahkamah. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger