DAP HANYA UNTUK CINA BUKAN SEMUA KAUM


DAP bukan parti berbilang kaum sebaliknya ia adalah milik kaum Cina. Itulah yang dapat disimpulkan dalam mengetahui perjuangan sebenar DAP. Walaupun DAP mempunyai keahlian yang terdiri daripada beberapa orang Melayu dan Bumiputera Sarawak namun ianya tidak boleh digambarkan terus sebagai parti berbilang kaum.

Jika di Semenanjung, DAP dianggotai kaum Melayu manakala di Sarawak ianya diwakili sebilangan rakyat Bumiputera Sarawak. Apakah sebab DAP membuka keahliannya kepada kaum bukan Cina?

Prinsip DAP sebagai parti berasaskan kaum Cina tidak dapat lagi digunapakai dalam politik Malaysia. Ianya harus berubah selaras dengan perubahan semasa. Untuk itu, DAP terpaksa ‘mentransformasikan’ DAP menjadi parti pelbagai kaum dalam usahanya mendapatkan kuasa majoriti dalam Pakatan Pembangkang.

Kejayaan DAP dalam PRN Sarawak Ke-10 April lepas telah meransangkan lagi cita-cita DAP untuk terus mendapatkan kuasa dan seterusnya memerintah Malaysia. Peningkatan kerusi DUN yang dimenangi DAP dalam PRN Sarawak Ke-10 berbanding PRN Sarawak 2006 membuatkan perubahan besar perlu dilakukan dalam merealisasikan hasratnya untuk mendapatkan lebih banyak kerusi di kawasan Melayu dan Bumiputera Sarawak.


Kesungguhan DAP Sarawak membuka lebih banyak cawangan di kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera Sarawak khususnya di Parlimen Mas Gading, Petra Jaya, Kanowit dan Kapit memperlihatkan kesungguhan mereka untuk merampas kerusi itu daripada BN. Demikian juga kekerapan DAP Sarawak menganjurkan majlis makan malam dengan menjemput pemimpim DAP Pusat untuk menyampaikan ceramah.

Difahamkan, DAP akan memperkenalkan beberapa calon baru daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sarawak untuk bertanding dalam PRU-13 akan datang khususnya di kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera. Namun, terdapat 5 kawasan Parlimen yang masih menjadi rebutan DAP dan PKR untuk ditandingi dengan masing-masing mahu menonjolkan penguasaan parti. Manakala, PAS hanya bertanding di 5 kerusi daripada 31 kerusi keseluruhannya dengan mensasarkan kemenangan di 3 kawasan Parlimen.

Justeru, kemasukan kaum Melayu dan Bumiputera Sarawak ke dalam DAP adalah atas faktor kepentingan peribadi, dendam serta kecewa setelah gagal mendapatkan sesuatu daripada parti politik Melayu termasuk PAS dan PKR.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger