DAHULUKAN ANWAR IBRAHIM, KETEPIKAN NASIB NELAYAN



Disebabkan sibuk untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada dikenakan hukuman penjara atas kesalahan meliwat, kerajaan Selangor yang diperintah PKR telah mengabaikan nasib nelayan-nelayan di Selangor.

Akibatnya, seramai lebih 100 nelayan dan petani di penempatan Assam Jawa terjejas dalam mencari rezeki. Mereka telah mengadakan demonstrasi secara aman menuntut Kerajaan PKR Selangor supaya membuka laluan anak sungai atau paloh di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka turun ke laut mencari rezeki.

Kumpulan itu juga turut mendesak anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengambil semula tanah yang diserahkan kepada syarikat JW Properties yang mengusahakan kolam udang.

"Namun syarikat yang mengusahakan kolam udang telah mengambil alih keseluruhan kawasan termasuk laluan anak sungai di situ. Ini menyukarkan nelayan pergi ke laut kerana pengusaha kolam udang tidak membenarkan kami melalui anak sungai itu.

"Kesan penutupan anak sungai itu mengakibatkan banjir sering berlaku yang memusnahkan tanaman terutamanya kebun sayur dan serai," katanya kepada pemberita di kawasan kolam udang Assam Jawa di sini hari ini.

Ramli berkata, akibat penutupan anak sungai itu, nelayan terpaksa keluar ke laut melalui jeti Sungai Buloh yang jaraknya tujuh kilometer sekali gus menyebabkan kesukaran kepada lebih 100 nelayan terlibat.

Sebelum ini, mereka telah membuat permohonan kepada kerajaan Selangor supaya membuka semula laluan anak sungai itu namun sehingga kini masih masih tiada jawapan dan dijangka tidak akan mendapat jawapan.

Jika dahuluU 2008,, Pakatan Pembangkang berikrar dan berjanji akan membantu rakyat Selangor untuk meningkatkan sosioekkonomi, namun kini apa sudah jadi dengan janji-janji pilihan raya apabila wang menguasai segala-galanya. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger