BR1M: DAP IRI HATI USAHA KERAJAAN BN


Semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan tentang inisiatif kerajaan berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2012, Pakatan Pembangkang terutama DAP menjadikan BR1M sebagai serangan terbaru mereka ke atas BN.

Pelbagai macam alasan dan kritikan dibuat pemimpin DAP juga PKR dan PAS berhubung BR1M sehingga ada yang mengajak rakyat supaya menolak pemberian itu. Tidak kurang juga yang menyeru rakyat mengambil peluang ini meskipun terdapat syarat yang perlu dipenuhi iaitu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Bermula 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012, ramai rakyat mengambil kesempatan dengan memohon BR1M tanpa memperdulikan gertakan dan tohmahan pemimpin Pakatan Pembangkang. Ini menyebabkan kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang berasa gusar terhadap sokongan rakyat terhadap mereka pada PRU-13 akan datang.

Berbeza pula pada pandangan pemimpin BN bahawa pemberian BR1M ini tiada agenda politik sebaliknya ianya hanya digembar-gemburkan pemimpin Pakatan Pembangkang sahaja.

Mereka (DAP) sebenarnya iri hati dan cuba memesongkan rakyat atas segala usaha baik kerajaan BN yang selama ini banyak membantu rakyat. Bagi DAP, segala usaha kerajaan yang dilakukan ke atas rakyat terutama masyarakat Cina dianggap tidak baik dan bersifat politik. Bagaimanapun, DAP tidak pernah berfikir bahawa apakah kebaikan yang telah dibawa pemimpin DAP ke atas rakyat sepanjang menjadi pemimpin mahupun wakil rakyat?

DAP ini selalu sahaja mengambil kesempatan di atas apa yang telah kerajaan buat. Malah, tidak salah dikatakan bahawa DAP ini banyak bercakap daripada membuat kerja. Ertinya di sini, pemimpin DAP lebih gemar menghasut, mencemuh dan mengkritik sesuatu isu dan hanya menyalahkan kerajaan. Sedangkan sebagai wakil rakyat, pemimpin DAP seharusnya membantu rakyat tanpa perlu menghentam kerajaan.

Inilah yang berlaku ke atas pemimpin DAP yang hanya pandai mengkritik dan menghentam kerajaan hanya disebabkan kelewatan pemberian baucer BR1M. Harus diingat bahawa pemberian BR1M melibatkan banyak perkara dan orang seperti pegawai daerah, pemimpin masyarakat, notis dan bank serta membabitkan banyak pihak dan wang.

Ahl Parlimen DAP, Chong Chieng Jen menuduh kerajaan sengaja melambatkan pengagihan BR1M sehingga ke suatu tarikh tertentu sebelum mereka dapat menerima BR1M. Adakah ini suatu agenda politik?

Perlakuan terbaru DAP ini dibuat dengan sengaja supaya rakyat yang menerima lewat BR1M menyalahkan kerajaan sedangkan kerajaan sebelum ini telah menyatakan tarikh dan masa bagi pengagihan BR1M.

Sebelum ini, pemimpin DAP dan juga PKR mengambil kesempatan dalam mengedarkan borang BR1M kononnya ini adalah inisiatif Pakatan Pembangkang. Juga, terdapat segelintir penyokong PKR yang bertindak menjual borang BR1M bagi tujuan mendapatkan keuntungan dan memalukan kerajaan. Kini, DAP mengambil kesempatan dengan menjadi hero bagi mendapatkan BR1M. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger