AZMIN ALI PERLEKEHKAN POLIS



Dalam kenyataan media selepas perbincangan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh pada Jumaat 6 Januari 2012, Azmin Ali menegaskan penyokong Anwar Ibrahim yang akan menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901, diadakan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari nanti tidak dikenakan sekatan atau syarat.

Maksudnya di sini, penyokong dan ahli-ahli PKR serta orang awam boleh bertindak apa saja yang dirasakan perlu termasuk menghuru-harakan situasi pada hari itu.


Laman berita rasmi PKR, KeadilanDaily melaporkan parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai seperti yang dimaklumkan Azmin Ali.

“Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat) menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur,

“Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Oleh demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Di sebalik kenyataan media Azmin Ali itu yang dilihat bercanggah dengan kenyataan media yang dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur seperti yang dipersetujui bersama Azmin Ali, wakil penganjur bahawa mereka bersetuju menerima pakai syarat-syarat yang digunapakai dalam membenarkan perhimpunan tersebut.

Sebanyak 10 syarat bagi perhimpunan tersebut, termasuk larangan membawa sepanduk, pembesar suara dan ucapan awam serta deperti di bawah.
  1. Polis akan memasang pita had kawasan perhimpunan
  2. Dilarang kain rentang 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'
  3. Dibenar hanya dua 'loudhailer' bagi kawal peserta
  4. Dilarang berucap
  5. Dilarang mengganggu prosiding mahkamah
  6. Jika kawasan penuh, peserta lain perlu beredar
  7. Penganjur pastikan peserta tidak bawa senjata
  8. Bersurai tidak lewat daripada satu jam selepas keputusan mahkamah
  9. Patuhi arahan polis
  10. Dilarang melakukan khianat atau merosakkan harta benda awam

Ternyata, Azmin Ali cuba memanipulasikan keadaan dan kebenaran yang diberikan polis mengikut Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen sebelum ini. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger