AZMIN ALI BIDAS DR HASSAN ALI



Kenyataan media Dr Hassan Ali yang menasihatkan rakyat dan ahli-ahli PAS supaya tidak menyertai Perhimpunan Bebaskan Anwar Ibrahim 901 dibidas Azmin Ali seperti yang dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Dalam kenyataan media Dr Hassan Ali, mempersoalkan kewajaran Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang mengarahkan ahli-ahli PAS supaya hadir dengan berkata bahawa ia adalah tidak sesuai, meskipun Abdul Hadi dan Mat Sabu telah mengesahkan kehadiran mereka.

Sementara itu, PKR menerusi Timbalan Presiden, Azmin Ali menemplak Dr Hassan Ali yang menyifatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sudah buta hati dan buta mata sambil mengikut telunjuk UMNO.

Menurut Azmin Ali, tindakan Dr Hassan Ali itu sangat bertentangan dengan PAS dan Pakatan Pembangkang. Ini kerana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sentiasa bersama Anwar Ibrahim.

Justeru, Azmin Ali mendesak agar Dr Hassan Ali dipecat dari PAS yang dilihat sebagai duri dalam daging. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 6, 2012 at 10:44 PM

Nyatalah perjuangan PKR adalah perjuangan untuk Al-Juburi seorang sahaja.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger