ANWAR IBRAHIM NAFIKAN KENYATAANNYA DALAM WALL STREET JOURNAL?


Menjadi tabiat Anwar Ibrahim setiap kali menyiarkan kenyataan ‘songsang’ akan menyalahkan BN dan rakyat bahawa kenyataannya itu telah diputarbelitkan media-media tempatan. Mainan Anwar Ibrahim ini bukanlah yang pertama bahkan dah banyak kali sehingga dikenali sebagai Anwar Ibrahim lidah bercabang.

Kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata:

"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Senator Ezam Mohd. Noor menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim itu bertujuan menyuci dosanya terhadap Zionis yang selama ini banyak membantu Anwar Ibrahim dalam mendapatkan sokongan NGO’s Yahudi dan proIsrael.

Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Sebaliknya, penduduk Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar Ibrahim tidak tahu? Anwar Ibrahim sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar Ibrahim mahu Barat melihat beliau sebagai kawan kepada Zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip pula memberikan alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar Ibrahim buta sejarah kerana Zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar Ibrahim untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar Ibrahim tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan.

Jika di Malaysia, Anwar Ibrahim dilabelkan pelakon utama dalam skrip yang dicanang DAP dengan membohongi PAS apabila berpura-pura menyokong penduduk Palestin dan mengecam Israel Yahudi.

Sebaliknya, menurut Anwar Ibrahim, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Sehubungan itu, PAS diminta agar menyatakan sokongan ke atas Anwar Ibrahim dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger