ANWAR IBRAHIM MAHU TUMPANG POPULARITI NAJIB RAZAK


Dalam kajian yang pernah dilakukan beberapa institut pengajian tinggi awam sebelum ini mendapati populariti Najib Razak telah meningkat dan naik mendadak atas kepimpinannya dan Gagasan 1Malaysia yang menjadi tunjang pentadbirannya. Bagaimanapun, populariti calon PM Malaysia, Anwar Ibrahim jatuh menjunam disebabkan dakwaan kes liwatnya dan video seks biarpun Anwar Ibrahim kini telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

Gesaan sebuah pertubuhan yang memihak kepada Pakatan Pembangkang, Merdeka Center sebelum ini yang mencadangkan supaya diadakan debat terbuka antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak. Biarpun cadangan itu mendapat bantahan daripada pemimpin-pemimpin BN, tetapi pemimpin Pakatan Pembangkang berkeras mahu mengadakannya ekoran populariti Anwar Ibrahim kini sangat kritikal dan membimbangkan.

Dengan adanya debat secara terbuka ini, Anwar Ibrahim bukan sahaja popularitinya akan naik malah menjadi faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13.

Terdahulu, bekas PM, Tun Dr Mahathir menyifatkan debat terbuka antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak tidak perlu diadakan kerana pendirian mereka tidak akan berubah.

Anwar Ibrahim kini akan membuatkan apa sahaja demi untuk menyakinkan kembali ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang yang kini sudah beralih arah dan menyambut baik cadangan dan program yang dilaksanakan BN.

Anwar Ibrahim dalam Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam melemparkan saranan Merdeka Center itu sambil menyahut debat terbuka dengan Najib Razak. Dengan nada penuh yakin, Anwar Ibrahim percaya Pakatan Pembangkang dapat menawan Putrajaya.

Merdeka Center sebelum ini menyatakan hasil perbincangan mereka dengan kumpulan profesional Melayu mencadangkan diadakan satu debat terbuka bagi membincangkan isu-isu besar, isu-isu rakyat dan isu-isu negara. Begitupun, ramai rakyat berpendapat tiada perlu debat sebaliknya lihat pendekatan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin sekarang. Siapakah yang akan membawa banyak perubahan atau transformasi kepada negara atau negeri yang dinaungi sekarang?

Anwar Ibrahim dengan penuh taksubnya mengulangi pendirian bahawa jika menawan Putrajaya, harga minyak akan turun serta merta dan juga penurunan mendadak harga elektrik. Namun, ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu, tidak juga beliau menurunkan harga minyak dan kenapa sekarang baru mahu berbuat demikian? Itulah helah politik Anwar Ibrahim yang gemar berjanji dan apabila sudah dapat apa yang diingini maka pura-pura tidak ingat seperti yang berlaku ke atas nasib Kampung Buah Pala.

Bagaimana mahu memerintah negara sedangkan nasib penduduk Kampung Buah Pala yang suatu ketika dahulu telah dijanjikan dengan pelbagai janji, tetapi akhirnya terkubur begitu sahaja dan menyaksikan derita penduduk Kampung Buah Pala dimakan janji-janji Anwar Ibrahim. Jika ini berterusan, bagaimana dengan nasib Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah? 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

SERBAN HIJAU
October 21, 2012 at 10:59 AM

Kalau tak bohong bukan Anwar lah. Sejak zaman reformasi pelajar dulu lagi dia dah berbohong.

Sentimen Baling adalah wayang yang segaja diada2kan yang akhirnya adalah satu pembohongan yang nyata.

Yang jadi mangsa adalah pelajar2 Melayu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger