Saturday, December 31, 2011



Pemimpin dan penyokong DAP Johor didakwa menjadi dalang dalam kebiadapan dalam membaling kepala babi di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya. Dalam tempoh 48 jam, sebanyak 9 kepala babi telah diletakkan di dua lokasi masjid.

Dalam kejadian pertama, kira-kira pukul 5 petang semalam, empat kepala babi telah ditemui di pagar belakang masjid itu. Manakala, pada jam 5 pagi, lima lagi kepala haiwan berkenaan ditemui di pekarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.

Kesemua kepala babi itu dibungkus dalam beg plastik disedari oleh jemaah yang curiga dengan bau busuk bungkusan tersebut. Ini merupakan kejadian pertama berlaku di masjid ini. Setakat ini, kami tidak tahu motif perbuatan ini dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya.

Tindakan ini amat menyinggung perasaan umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama.

Susulan kejadian itu, satu perhimpunan secara aman diadakan di pekarangan masjid berkenaan selepas solat Jumaat melibatkan kira-kira 100 orang termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah (Pekida).


Tindakan biadab dan kurang ajar itu menunjukkan masih ada segelintir pihak yang tidak sensitif terhadap masyarakat majmuk selepas beberapa siri perlakuan serupa di seluruh negara sebelum ini.

Perbuatan ini mencabar kesucian Islam dan tidak boleh dipandang ringan pihak berkuasa. Kita minta Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan supaya perbuatan menghina agama Islam ini tidak berterusan.

Menjadi kelaziman penyokong DAP akan berbuat demikian memandangkan parti itu anti-Islam. Biarlah polis menyiasat perkara ini dan jika diketahui benar ianya perbuatan penyokong DAP maka secara jelas DAP sebuah parti yang rasis. 


Ramai pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang khususnya PKR percaya Anwar Ibrahim akan dipenjarakan pada keputusan 9 Januari 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan yang telah memasuki lebih 3 tahun itu sampai ke kemuncaknya pada awal sambutan tahun 2012 dan dijangka Penjara Sungai Buloh akan menjadi destinasi sambutan tahun baru 2012 Anwar Ibrahim. Diberitakan, pihak Jabatan Penjara Malaysia sudahpun menghias dan mengemas bilik penjara untuk Anwar Ibrahim.

Mahu tidak mahu, kepimpinan Pakatan Pembangkang terpaksa mengubah haluan dan strategi menghadapi PRU-13 akan datang apabila mereka bersepakat akan mencalonkan Nurul Izzah sebagai pengganti kepada calon Perdana Menteri sekiranya menang pada PRU-13 nanti. Kenapa Nurul Izzah, kenapa tidak Wan Azizah mahupun Azmin Ali?

Nurul Izzah adalah anak sulung Anwar Ibrahim dan calon sesuai sebagai Perdana Menteri. Ini akan membuatkan rakyat bersimpati ke atas bapanya dan seterusnya menyokong Nurul Izzah. Anwar Ibrahim sememangnya tidak mendapat peluang untuk menjadi Perdana Menteri ekoran Penjara Sungai Buloh menjadi destinasi seterusnya ke atasnya.


Di sebalik keputusan mahu melantik Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri, Pakatan Pembangkang juga difahamkan telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai pemimpin tertinggi DAP, PKR dan PAS. Tujuannya adalah supaya Perdana Menteri yang akan mewakili Pakatan Pembangkang tidak akan memerintah secara diktator dan membuta tuli.

Dalam pada itu, kepimpinan Pakatan Pembangkang berharap agar pencalonan Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri akan mendapat sokongan daripada golongan muda yang ketika ini menjadi tunjang kepada kebangkitan Pakatan Pembangkang.

Pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini. Atas sebab itu, Nurul Izzah anak sulung Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama.

Sejauh mana taktik dan strategi ini akan berjaya, marilah kita lihat nanti.

Thursday, December 29, 2011



Ketika Ahmad Sofian menunggu Nga Kor Ming di Pejabat DAP Perak selama lebih 2 jam bagi menyerahkan saman yang didakwanya akan dibuat terhadap blogger Sekupangdua itu, Nga Kor Ming telah ‘melakonkan’ wataknya yang cukup sempurna dengan mendakwa dirinya telah menerima ugutan bunuh.

Tujuannya adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kesnya yang telah memberikan kontrak secara tidak sah dan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin negeri ketika itu dalam memberikan kontrak kepada syarikat yang mana isterinya mempunyai jawatan dan kepentingan walaupun telah membida dengan harga yang sangat tinggi.

Sebelum ini, nama DAP sudah jatuh menjunam disebabkan pergeseran Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy yang sampai ke kemuncak.

Pada jam 10.00 pagi Ahmad Sofian telah menunggu Nga Kor Ming di depan Pejabat DAP Perak namun dirinya itu tidak muncul. Sebaliknya, Nga Kor Ming yang penakut itu telah membuat kenyataan media yang dimiliki Pakatan Pembangkang, Malaysiakini bahawa dirinya konon telah menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan mengandungi sebutir peluru.

Dikatakan, bungkusan itu telah dihantar ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak. Dalam ugutan itu, tertulis perkataan "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.

"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.

Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.

Persoalan di sini, wajarkah pengirimnya menghantar bungkusan sampul surat yang mengandungi peluru dan nota ugutan itu di rumah ibubapanya? Sedangkan ramai yang tahu bahawa Nga Kor Ming tidak tinggal bersama dengan ibubapanya. Kenapa tidak terus menerus menghantar bungkusan itu ke rumahnya?

Kenyataan dan dakwaan Nga Kor Ming ini semacam suatu cerita yang direka-reka supaya rakyat beranggapan dirinya diancam.

Memuatkan nama orang Melayu itu seperti disengajakan memandangkan Nga Kor Ming kini berhadapan dengan blogger Sekupangdua yang berketurunan Melayu, Ahamad Sofian. Melalui cara ini, masyarakat beranggapan bahawa pemberian peluru dan ugutan itu datangnya daripada orang Melayu yang menyebelahi Ahmad Sofian.

Inilah taktik kotor Nga Kor Ming yang cuba untuk melarikan diri daripada kenyataan bahawa dirinya telah terlibat dalam penyalahgunaan kuasa semasa mentadbir negeri Perak selama 6 bulan lepas. 

Wednesday, December 28, 2011



Rentetan daripada pembongkaran blogger Sekupangdua atau nama sebenarnya Ahamad Sofian Yahya yang berani menyiarkan dokumen-dokumen yang mengaitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh kepada syarikat milik isterinya pada tahun 2008 selepas penaklukan Perak oleh Pakatan Pembangkang semasa tsunami politik lalu.

Selepas pembongkaran itu, empunya badan Nga Kor Ming mula melenting dan menggunakan media rasmi Pakatan Pembangkang, Malaysiakini, Malaysia Insider, Malaysia Today dan TV Selangor bagi menafikan tuduhan tersebut dan mencabar blogger Sekupangdua untuk membuat laporan kepada SPRM.


Cabaran itu segera dikemukakan kepada SPRM yang dibuat Ahmad Sofian pada 21 Disember lalu susulan daripada desakan Nga Kor Ming.

Sebaik sahaja Ahmad Sofian melaporkan kes ini kepada SPRM, Nga Kor Ming terdesak untuk membuat kenyataan untuk menyaman blogger Sekupangdua itu. Tindakan Nga Kor Ming itu tidak menakutkan Ahmad Sofian sebaliknya beliau sendiri telah pergi ke Pejabat DAP perak yang terletak di Medan Istana bagi menunggu Nga Kor Ming menghantar surat saman kepadanya.

Menurut Ahmad Sofian, 47, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.


Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangdua.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.


Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.


Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Dokumen-dokumen berkaitan boleh layari di alamat berikut  http://sekupangduas.blogspot.com/2011/12/nga-kor-meng-cabor-teman-lapor-jugak-ke.html

Malangnya setelah lebih 2 jam menunggu Nga Kor Ming di depan Pejabat DAP Perak bermula jam 10.00 pagi, bulu hidung Nga Kor Ming pun tidak kelihatan. Apakah Nga Kor Ming ini hanya berani di dalam media sahaja dan penakut di alam nyata?

Nga Kor Ming dalam kenyataannya menerusi Utusan Malaysia ketika dihubungi berkata, saman fitnah itu akan difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.

''Saya sudah buat keputusan untuk mendakwa penulis blog tersebut kerana memfitnah saya. Saya tidak mahu ulas isu tersebut kerana akan ambil tindakan undang-undang,"

Tindakan Nga Kor Ming yang tidak kelihatan pada Rabu, 28 Disember 2011 dalam mengemukakan saman kepada blogger Sekupangdua, Ahmad Sofian disifatkan sebagai permainan politik DAP yang sudah diketahui sejak mula lagi.

Nga Kor Ming yang bersifat seperti talam apabila bijak menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi mendampingi masyarakat Melayu di sebalik mempergunakan PAS sebagai parti tunggangannya. 


Selepas mengadakan perbincangan dengan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa bagi membincangkan pertelingkahan yang membabitkan kedua-dua pemimpin itu dengan Setiausaha PAS Selangor, Nik Aziz Nik Mat telah mengulas mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Besar Kelantan itu meminta rakyat Kelantan yang berkelayakan dan memenuhi syarat supaya mengisi borang dan memohon BR1M yang dijadualkan sehingga 10 Januari 2012 ini. Pemberian Kerajaan Persekutuan itu sememangnya perlu memandangkan hasil yang diperolehi adalah untuk rakyat sambil memuji pendekatan yang dibuat Perdana Menteri.

Tindakan Perdana Menteri dalam pemberian BR1M seperti yang terkandung dalam Belanjawan 2012 adalah sangat bertepatan dan PAS sangat menyokong tindakan sebegini.   

Di sebalik sokongan Nik Aziz itu, beliau secara peribadi mendakwa rakyat yang menerima pemberian BR1M yang bernilai RM500 itu tidak perlu terpengaruh dengan kerajaan BN. Apalah sangat dengan RM500 itu.

Kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah memperkecilkan rakyat yang memohon dan menerima wang RM500 itu dari BR1M. Sememangnya pemimpin PAS dan Pakatan Pembangkang tidak memerlukan RM500 itu yang disifatkan sangat kecil nilainya. Namun, bagi rakyat nilai RM500 itu terlalu besar dan boleh memberikan banyak manfaat kepada keluarga khususnya ketika menghadapi musim pembukaan sekolah serta mengharungi banjir.

Pemimpin PAS bolehlah berlagak kerana mereka hidup mewah sehingga tidak memerlukan wang dari BR1M yang disifatkannya sebagai ‘haram’. Namun, mereka perlu ingat wang yang diterima mereka daripada elaun sebagai wakil rakyat adalah hasil daripada rakyat. Jika mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebetulnya, maka elaun yang diterima mereka setiap bulan adalah ‘haram’.

Oleh yang demikian, janganlah kerana nilai RM500 itu kecil sehingga menilai rakyat dengan darjat yang rendah. 


Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menggunakan jawatan yang disandangnya untuk menyerang Dr Hassan Ali dengan pelbagai macam tuduhan dan dakwaan. Namun, semua tuduhan dan dakwaan Mustafa Ali itu berjaya ditangkis dan dijawab Dr Hassan Ali dengan fakta sambil melontarkan kembali persoalan kepada Mustafar Ali tentang kekerapan perjumpaannya dengan pemimpin UMNO.

Bagaimanapun, ketika diajukan soalan itu kepada Setiausaha Agung PAS itu beliau sengaja mengelak dan memberikan pelbagai jawapan konkrit seolah-olah mahu lari dari tuduhan yang dikenakan ke atasnya itu. Sebaliknya, lain soalan yang ditanya, lain pula soalan yang diberikan.

Namun, beliau mudah berbicara apabila diajukan soalan mengenai bilakah tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13. Mustafar Ali dengan cepat menjawab bulan Mac 2012 iaitu selepas perayaan Tahun Baru Cina. Tarikh tersebut adalah amat sesuai dan PAS meramalkan BN akan menggunakan Tahun Baru Cina bagi mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Selain itu, dakwa Mustafa Ali kerajaan BN bimbang dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah akan memberi kesan kepada negara. Jadi, inilah masa yang sangat sesuai.

Inilah dia semangat PAS yang hanya mahukan kuasa dan memikirkan politik sehingga mengabaikan keperluan dan kebajikan rakyat yang ketika ini sedang dilanda musibah banjir.

Berbeza dengan pemimpin PAS dan DAP yang banyak bercakap soal politik, pemimpin BN bertungkus lumus membantu rakyat dalam mengharungi banjir yang kini menjadi serangan utama ketika musim hujan ini.

PAS dan Pakatan Pembangkang mengharapkan agar setiap yang dilaksakan kerajaan BN ini akan dapat menguntungkan Pakatan Pembangkang yang biasanya akan menyelewengkan bantuan yang diberikan dengan mendakwa semua itu adalah datangnya daripada pemimpin Pakatan Pembangkang. 


Jika sebelum ini pemberian wang RM100 kepada setiap anak-anak sekolah kerajaan mahupun swasta telah mendapat sokongan dan pujian daripada ibu bapa, kini ibu bapa yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak untuk mendapatkan wang RM500 dengan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dibuka dari 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 212.

Keprihatinan kerajaan terbukti terhadap rakyat terbukti apabila ada di kalangan pemohon yang telah mengisi borang BR1M telah menerima bantuan RM500 sebagai persiapan anak-anak ke sekolah.

Bagaimanapun sambutan hangat yang diberikan rakyat terhadap BR1M itu telah membuatkan Pakatan Pembangkang risau akan membuatkan PKR, DAP dan PAS tidak lagi popular dan menjadi pilihan dalam PRU-13 nanti. Untuk itu, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja sehingga ke tahap memberikan ancaman bahaya kepada komponen BN yang menguruskan BR1M.

Terbaru, Timbalan Pengerusi Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo membuat laporan polis setelah menerima ancaman bahaya kecelakaan sekiranya meneruskan pengedaran borang BR1M. Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seapark jam 9.40 pagi.

Dalam laporannya, beliau telah menerima 5 ugutan yang diberikan dalam masa yang berbeza melalui SMS pada 24 Disember lepas. Dalam ugutan itu, beliau diugut supaya jangan mengedarkan borang BR1M kepada rakyat terutama di kawasan Petaling Jaya. Jika masih berdegil, Kelvin Chong akan menerima kecelakaan sekiranya didapati memandu kereta.

Beliau percaya, ugutan itu datangnya daripada pihak pembangkang khususnya DAP kerana kawasan Petaling Jaya diwakili dan dikuasai DAP.

Ternyata, BR1M ini mampu memberikan masalah kepada pembangkang yang percaya ia akan menghakis sokongan rakyat terhadap mereka khususnya DAP dan PAS.

Pakatan Pembangkang takut kepada BR1M.


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengakui bahawa AMK dan PKR mempunyai usaha untuk cuba menghuru-harakan Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 bersamaan dengan keputusan yang akan menentukan Anwar Ibrahim bersalah atau tidak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Saifuddin mengajak anggota parti dan penyokong gerakan reformasi keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti untuk menghuru-harakan Kuala Lumpur sekaligus menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Kepimpinan PKR mahu melihat reformasi 1998/99 berulang kembali dalam memperlihatkan kekuasaan rakyat. PKR tiada pilihan dan menyeru semua rakyat yang menyokong dan simpati terhadap Anwar Ibrahim untuk terus bersama dalam membebaskan diri daripada kezaliman institusi kehakiman dan kerajaan BN.

Saifuddin menyeru semua pihak berhimpun dan melancarkan provokasi ke atas mahkamah supaya dalam usaha menghuru-harakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Saifuddin menafikan penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengeluarkan pekeliling mengajak anggota parti itu mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari depan. Sebaliknya, menuduh UMNO dan BN yang memulakan fitnah ini dengan kekegentaran dalam kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Sambil mendakwa sifat jahat memfitnah, membohong, menyebarkan berita palsu dan usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam UMNO.

Apakah tindakan Saifuddin Nasution itu dilihat sebagai suatu tindakan yang baik dalam mencapai keamanan negara?


Walaupun teruk dikritik Dr Hassan Ali berhubung dasar Negara Berkebajikan, PAS berpegang bahawa dasar itu adalah sesuai dengan ‘hubungan’ bersama DAP dan PKR. Beliau mengakui dasar Negara Islam yang diperjuangkan selama ini tidak bersesuaian dengan ‘hubungan’ bersama DAP yang secara jelas menentang penggunaan nama Islam atau Negara Islam.

Berdasarkan pandangan Dr Hassan Ali berhubung pembentukan Negara Berkebajikan yang dilihat sebagai usaha mengabur mata rakyat terhadap hala tuju PAS dalam Pakatan Pembangkang. Sebaliknya, tegas PAS dasar perjuangan baru ini adalah bertujuan untuk ‘bersama’ dengan DAP dan PKR.

Bercakap mengenai Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS, Dr Hassan Ali menegaskan kerajaan BN yang sedia ada ini juga telah melaksanakan Negara berkebajikan sejak dahulu lagi. Justeru, Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS hanyalah retorik dan secara tidak langsung telah mempromosikan BN yang selama ini telah memperjuangkan Negara Berkebajikan.


Khalid Samad mengakui bahawa Negara Islam yang diperjuangkan PAS sebelum ini sangat tidak disukai DAP yang sememangnya anti-Islam. Justeru, bagi menyempurnakan hubungan bersama ini PAS mengambil ketetapan untuk mengubah dasar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. 


Khalid Samad menjelaskan Dr Hasan Ali sedang ‘tenat’ dan perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap dengan agenda politik parti UMNO yang bijak mengambil kesempatan dan ruang. Ini penting bagi kesejahteraan PAS dan Pakatan Pembangkang dalam merealisasikan hasrat menawan Putrajaya pada PRU-13 akan datang.

Melihat dalam konteks semasa, Dr Hassan Ali dapat disimpulkan sebagai ‘seorang yang kecewa’. Sebagai kepimpinan tertinggi PAS Negeri Selangor, Khalid Samad berasa kecewa terhadap tindakan Dr Hassan Ali yang secara terang menuduh dan mendakwa PAS telah tergelincir daripada perjuangan menegakkan Islam dan pembentukan Negara Islam.

Khalid Samad percaya Dr Hassan Ali mula jauh terperangkap dengan agenda politik parti lawan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini selepas insiden Gereja DUMC.

Untuk itu, kepimpinan PAS sedang berusaha untuk menyelamatkan Dr Hassan daripada terus mengkritik dasar PAS khususnya dalam pembentukan Negara Berkebajikan.

Khalid Samad menegaskan, PAS sentiasa membuka pintu kepadanya walaupun Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah melancarkan serangan kepada Dr Hassan Ali.

Secara peribadi, Khalid Samad menyatakan dirinya tidak bermusuhan dengan Dr Hassan Ali yang disifatkannya sebagai pemimpin yang berani berjuang demi agama Islam dan bangsa Melayu.


Negara tidak lekang dengan isu dan permasalahan yang dibuat oleh rakyatnya. Itulah namanya hidup bermasyarakat majmuk yang masing-masing mahu menegakkan kepentingan sendiri walaupun perkara itu sudah termaktub dalam sejarah dan undang-undang negara.

Bagaimanapun, negara dikejutkan dengan ucapan Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab. Pengerusinya, Dr Eu Hong Seng telah mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Dr Eu Hong Seng itu disifatkan sebagai mempertikaikan mengenai perkara tersebut seolah-olah mahu 'bermusuh' dengan orang Melayu dan Islam. Juga, antara lain cuba mempertikaikan Perkara 153 lebih bersifat 'membuli' jika ia hanya melindungi hak sesuatu kumpulan atau pihak.


Tindakan Dr Eu Hong Seng mengulas Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah suatu bentuk provokasi melampau dan boleh mengundang kepada sentimen perkauman dan keagamaan.

"Perkara 153 adalah kontrak sosial yang tidak boleh disentuh kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah mereka, kalau kita jawab dikatakan rasis, tetapi siapa yang memulakan dahulu (mempertikaikan Perkara 153)?

Justeru, adalah wajar Dr Eu Hong Seng dikenakan di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam keadaan aman damai selaras dengan kemajuan yang hendak dicapai. 

Tuesday, December 27, 2011



Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah melancarkan Gerakan Membebaskan Anwar 901 secara besar-besaran pada 9 Januari 2012 kononnya bagi menandakan kebangkitan rakyat, tarikh dimana Hakim Dato Zabidi Md Diah dijangka membuat keputusan berhubung pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim.

Penganjuran Gerakan Membebaskan Anwar 901 bertujuan mahu memberi mesej yang keras kepada kerajaan bahawa rakyat menolak sebarang bentuk penyalahgunaan Mahkamah untuk menjatuhkan karier politik pemimpin pembangkang atau pendeknya, konspirasi politik melalui perundangan.

Ketua peguambela, Karpal Singh percaya konspirasi itu wujud dan cuba dijayakan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim. Apakah setiap kali perbicaraan yang melibatkan Anwar Ibrahim dianggap sebagai konspirasi?

AMK percaya Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Kenyataan bersalah ini bukan benar-benar terlibat tapi kerana semuanya sudah diatur sebegitu rupa untuk mewajarkan dirinya ke penjara.  Disamping kelemahan pasukan pembelaan yang gagal sama sekali memfokus kepada fakta teknikal berhubung penemuan DNA di dalam dubor Saiful, sebaliknya lebih berminat mempertikaikan seksyen mana yang betul.

Menjadi kelaziman peguambela Anwar Ibrahim akan mempergunakan sepenuh ruang dan peluang di mahkamah untuk menunjukkan wujud konspirasi politik untuk membantunya chek ini di Penjara Sungai Buloh. Malah, tuduhan meliwat yang sepatutnya dijadikan asas dalam perbicaraan itu telah tidak dipedulikan sebaliknya mengecam sistem perbicaraan yang dianggap tidak menyebelahinya.

Jika dahulu, kebangkitan rakyat yang diterjemahkan penyokong-penyokong PKR pada tahun 1998/99 sehingga telah menyebabkan negara terjerumus ke kancah pergolakan kepimpinan. Inilah yang dimahukan sekali lagi Anwar Ibrahim sehingga mahu mencetuskan huru-hara pada 9 Januari 2012. Bagaimanapun, perbuatan itu tidak akan berlaku kerana rakyat kini telah sedar akan siapakah yang sebenarnya yang bersalah.

Pada asalnya Shamsul iskandar merangkap Ketua AMK akan mengetuai pegerakan tersebut namun ramai pemimpin dan ahli AMK kurang percaya kebolehan kepimpinan Shamsul Iskandar. Mereka beranggapan Shamsul Iskandar tidak layak untuk memimpin Gerakan Membebaskan Anwar 901 yang dianggap masih lagi kurang berkemahiran. Ini terbukti apabila beliau gagal dalam menghantar seberapa banyak peserta untuk membela Anwar Ibrahim semasa di mahkamah. Kalau berkelebihan pun yang ada pada Shamsul ialah beliau tidak pernah gagal menjadi yang terawal sampai ke mahkamah setiap kali prosiding Anwar berlangsung. Calon yang paling sesuai adalah Badrul Shaharin atau CheguBard.


Kenapa CheguBard dan bukan Shamsul Iskandar? CheguBard sebelum ini berjaya dengan provokasinya ke atas BN apabila memutarbelitkan fakta berhubung cincin permata yang nilainya RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri dan mengarahkan mahasiswa untuk menurunkan bendera dengan gambar Najib dibangunan keramat UMNO, PWTC.

Sementara Shamsul pula tidak ada apa kelebihan lain yang boleh dicakapkan melainkan kepetahan berucap, sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.

Apakah CheguBard mampu mengetahui Gerakan Membebaskan Anwar 901 yang dicanangkan AMK demi kebebasan politik dan Anwar Ibrahim? 


Ketika ini ramai penyokong Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan Kempen Bebaskan Anwar 901 dalam usaha menggagalkan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 9 Januari 2012.

Kebanyakan penyokong Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang percaya Anwar Ibrahim akan dijatuhkan hukuman penjara seperti mana yang disabitkan terhadap kesalahan yang dihadapinya. Ini juga menandakan seolah-olah penyokong Anwar Ibrahim percaya Anwar Ibrahim sememangnya melakukan perbuatan tersebut.

Apakah sebabnya mereka ini mahu mengadakan penganjuran Kempen Bebaskan Anwar 901? Pastinya, mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat menerusi penganjuran kempen berkenaan.

Anwar Ibrahim sebelum ini telah diberi banyak ruang dan peluang untuk membela diri terhadap tuduhan yang dihadapinya, namun beliau mengambil keputusan untuk tidak mahu membela diri sebaliknya mengecam institusi kehakiman yang disifatkannya sebagai tidak adil.

Ramai berpendapat tindakan Anwar Ibrahim itu seolah-olah mahu membuktikan kepada penyokongnya bahawa dirinya dianaiyai dalam proses sistem kehakiman yang berat sebelah. Sehingga kini, Anwar Ibrahim sedang giat mengajar dan membentuk suatu gerakan mahasiswa yang proAnwar Ibrahim yang diketuai Adam Adli, pasukan seni mempertahankan diri dan ahli-ahli AMK yang akan diketuai CgeguBard dan Shamsul Kontol serta ahli-ahli PKR yang diketuai Azmin Ali.

Anwar Ibrahim percaya rakyat masih menyokongnya berdasarkan sambutan yang diperolehinya dalam beberapa ceramah yang kebanyakannya mengecam sistem kehakiman terhadap kes liwatnya. Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim tidak mengetahui bahawa dirinya kini sudah tidak lagi popular bahkan dijangka akan kalah sekiranya bertanding dalam PRU-13 di Parlimen Permatang Pauh berdasarkan rating terkini yang memihak kepada BN.

Apapun, selamat menunggu 9 Januari 2012 buat Anwar Ibrahim yang akan melakukan chek ini di Hotel Penjara Sungai Buloh. 

Monday, December 26, 2011


Atas faktor hilang kepercayaan ke atas kepimpinan PKR, seramai 500 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. Tindakan ahli-ahli AMK ini susulan daripada beberapa insiden keluar parti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR. Kini, giliran PKR pula menerima tempiasnya walaupun ada di kalangan pemimpin PKR beranggapan jumlah 500 orang itu tidak sedikitpun menjejaskan cita-cita Pakatan Pembangkang menakluk Putrajaya.

Majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO diketuai Mohd Jefry Sallehuddin kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamaruddin. Alasan beliau dan rakannya keluar parti disebabkan sudah tidak sanggup lagi ditipu kepimpinan Pakatan Pembangkang yang saban hari mengutamakan kuasa dan politik cantas-mencantas.

Menurut Jefry Sallehuddin lagi, beliau sangat kenak dengan Anwar Ibrahim sejak 13 tahun lagi dengan 2 kali saya masuk ISA dan 16 kali saya masuk dan keluar penjara... tetapi mulai 2 Oktober lepas, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti dan menyertai UMNO.

Menyertai UMNO ini tiada paksaan mahupun dibeli oleh orang UMNO seperti mana yang dilabelkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali terhadap ahli-ahli Pakatan Pembangkang yang menyertai UMNO.

Sebaliknya, atas keterbertanggungjawaban ke atas agama, bangsa dan tanahair menyebabkan saya dan 500 ahli AMK mengambil keputusan keluar parti dan menyertai UMNO.

Keputusan mereka menyertai UMNO telah diterima dengan hati terbuka oleh kepimpinan UMNO di Bahagian Hulu Kelang dan kepimpinan tertinggi dalam usaha mengukuhkan kekuatan BN menjelang PRU-13 akan datang.

Selepas ini, menjadi harapan agar lebih ramai ahli-ahli AMK mahupun PKR di Selangor dan seluruh negara bertindak berfikiran waras demi agama, bangsa dan tanahair dengan menyertai UMNO. Hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu merealisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk hidup dalam perpaduan selaras dengan Gagasan 1Malaysia. 

Hadiah Krismas kepada Pakatan Pembangkang dan PKR


Atas iktibar dan insaf dengan nasib masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli PAS dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

Mengetuai kumpulan, Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang telah menganggotai PAS selama 40 tahun dan turut digelar Mat Sabu Bakau Tua mengakui PAS kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini. Dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada PAS dan berjuang bersama-sama UMNO.

Beliau menegaskan bahawa dia tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.

Atas sebab keprihatinan terhadap nasib orang Melayu, saya mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS dan menyertai UMNO serta menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang.

Subhie menyerahkan borang kepada ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Sambil mengakui kepincangan yang dialami PAS sekarang membuatkan ramai ahli PAS berasa sangsi dan tertekan dengan apa yang sedang berlaku. Malah setiap kenyataan pemimpin PAS ke atas kepimpinan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dilihat sebagai mahu ‘membunuh’ karier politik mereka.

Senario terbaru itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.


Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang enggan menjawab dakwaan Dr Hassan Ali berhubung perbuatannya yang kerap berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengulas kenyataan akhbar bagi menjawab dakwaan Mustafa Ali sebelum ini.

Selain pengecut, Mustafa Ali juga dilihat penakut terhadap bayang-bayang sendiri berhubung jawapan Dr Hassan Ali. Malah, seperti mengiyakan dakwaan Dr Hassan Ali  sebelum ini bahawa Mustafa Ali seorang yang tin kosomng dan penabur fitnah.

Sebaliknya, dakwaan Mustafa Ali terhadap Dr Hassan Ali yang ada mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO di sebuah hotel dalam bulan puasa lalu adalah bertujuan mengelirukan penyokong PAS mengenai perjuangan Dr Hassan dalam PAS. Malah boleh dikatakan dakwaan Mustafa Ali itu adalah suatu fitnah jahat dan mempunyai unsur-unsur untuk menjatuhkan politik Dr Hassan Ali.

PAS perlu sedar bahawa selama ini apa yang diperjuangkan Dr Hassan Ali dalam PAS adalah Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu dan bukan seperti yang didakwa Mustafa Ali. Sebaliknya, PAS telah kehilangan asas perjuangan seperti yang diperkatakan Dr Hassan Ali dalam wawancara Soal Jawab di TV3 sebelum ini.

Mustafa Ali dilihat sengaja menimbulkan isu ini untuk menutup kelemahannya yang gagal memperjuangkan Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu seperti yang dilakukan oleh Dr Hassan Ali. Malah, PAS kini dilihat sudah tergelincir daripada landasan Islam setelah ‘berkahwin’ dengan DAP.

Keghairahan Mustafa Ali menuduh Dr Hassan Ali dengan pelbagai macam dakwaan telah dijawab dengan baik lagi pantas. Setiap dakwaan Mustafa Ali telah dijawab dengan penuh fakta dan bernas sehingga menyebabkan Mustafa kini umpama 'cacing kepanasan'.

Dalam kes ini, pemimpin dan penyokong PAS tidak sepatutnya takut untuk menyokong Dr Haasan kerana apa yang diperjuangkan beliau adalah sesuatu yang amat diperlukan ketika ini.

Jangan hanya kerana takut kehilangan jawatan, pemimpin PAS lain sanggup melihat pemimpin yang berwibawa seperti Dr Hassan difitnah dengan pelbagai tuduhan. 


Tamparan bagi PAS apabila Timbalan Ketua PAS Cawangan Felda Kemahang 3, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu. Beliau akan disertai seramai 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai PAS sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka terpaksa mengambil langkah sedemikian ekoran berasa dianiaya pemimpin PAS yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut.

Selepas 3 penggal menjawat jawatan tersebut bersama PAS, beliau telah melihat kegagalan PAS dalam menjaga kebajikan penerola-peneroka Felda sebaliknya terharu dengan kejayaan kerajaan memajukan peneroka Felda. Kini, peneroka-peneroka Felda yang dahulunya penyokong PAS berikrar akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Keputusan keluar PAS dan menyertai UMNO kerana yakin parti keramat Melayu dan BN itu berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah.

Dalam PRU-13 akan datang ini, beliau dan ahli-ahli PAS lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka.


Ramai menganggap isu guru ponteng ini suatu perkara yang terpencil. Kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri sukar untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kualiti pembelajaran di sekolah. Yang menjadi mangsa pastinya anak-anak murid yang mengharapkan pendidikan yang sempurna daripada guru sesuai dengan gaji mereka perolehi saban tahun.

Dalam pemeriksaan dan pemantauan pihak Jemaah Nazir Sabah dan Jaminan Kualiti (JNJK) Sabah pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.

Melihat kepada jumlah guru yang tidak hadir itu, sewajarnya Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengambil tindakan tegas dan bukannya berdiam diri, sikap sebegini membuatkan guru-guru yang pernah membuat dirinya ponteng sekolah akan berasa selamat.

Setiap tahun, permintaan guru kepada kerajaan sering mendapat perhatian sehingga membuatkan penjawat awam yang kerja-kerja mereka lebih teruk berbanding guru diketepikan. Dan, begitu juga dengan pertubuhan dan organisasi yang mewakili guru-guru ini bertindak menekan kerajaan bagi sesuatu perkara yang tidak disukai seperti cadangan pelaksanaan pengajaran selama 9 jam sehari.

Apabila ada di kalangan guru-guru yang mendesak kerajaan menaikkan gred dan jawatan guru yang telah bekerja lebih 8 tahun, kerajaan telah mempertimbangkan dan mempersetujuinya seperti dalam Belanjawan 2012. Namun, persoalannya apakah sumbangan guru-guru itu kepada kerajaan?

Umum mengetahui setiap permintaan guru terhadap kerajaan akan dipertimbangkan dan ditunaikan. Namun, sejauh mana sumbangan mereka kepada masyarakat? Ada di kalangan guru-guru yang seronok berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran murid-murid malah yang lebih teruk menentang kerajaan. Mereka ini tidak ingat siapakah yang membayar gaji mereka?

Justeru, guru-guru tidak perlu lagi dilayan macam raja mahupun permaisuri hanya kerana mereka mendidik anak bangsa. Perkara itu perlu diperbetulkan agar penjawat awam lain yang lebih penting peranannya dari cikgu dapat dilihat dan dibela. 

Sunday, December 25, 2011



Wira Kenyalang™ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua pembaca dan bloggers yang beragama Kristian khususnya di Sarawak dan Sabah. Maaf Zahir dan Batin. 

Kepada rakyat Malaysia juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 yang akan menjelma beberapa hari lagi. 


Seperti yang diketahui, Adam Adli ‘mahasiswa’ UPSI yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di hadapan ibu pejabat UMNO di PWTC minggu lepas telah mengesahkan telah menerima notis pendengaran tatatertib dari UPSI.

Notis tersebut telah dihantar terus kepada Adam Adli menerusi seseorang. notis pendengaran tatatertib dari UPSI telah mengarahkannya hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan. Adam Adli dengan nada bongkak menyatakan dirinya akan hadir dan menegakkan hak asasi mahasiswa.

Dengan nada angkuh, Adam Adli menuturkatakan ayat-ayat bongkak seperti berikut:

“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul.

Adam Adli sekali lagi menegaskan dia tidak takut dan tunduk dengan desakan pelbagai pihak seperti yang dimaklumkan peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri dari LFL (Lawyer for Liberty). Segala kos-kos bayaran semuanya akan ditanggung PKR dan Pakatan Pembangkang.

Dalam hal ini, UPSI diminta jangan berlembut dan bertindak ikut kewarasan yang dijangka dalam mendengar segala pendengaran tatatertib nanti. Gunakanlah sebaik-baiknya peranan UPSI sebagai sebuah pentdbir untuk menghukum mahasiswa yang degil dan rosak akhlak seperti yang dilakukan Adam Adli. 


Konflik DAP yang melibatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Prof P. Ramasamy dilihat semakin tegang dalam senyap. Jika sebelum ini pemimpin DAP telah memaklumkan persengketaan Karpal Singh dan Prof P. Ramasamy telah selesai setelah diadakan pendengaran kes oleh Jawatankuasa Dipilih DAP.

Namun, semuanya boleh berubah apabila dalam keadaan tegang, Karpal Singh yang terkenal dengan sifatnya yang bongkak telah mendesak Prof P. Ramasamy meletak jawatan dan mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Prof P. Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

“Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keptusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar.

Sengketa kedua-dua pemimpin DAP itu semakin buruk apabila Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkeritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam A Tanasekharan.

Dalam pada itu, Karpal Singh juga menuduh Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Prof P. Ramasamy sebelum ini telah menaikkan darah Pengerusi DAP itu apabila telah mengumumkan calon yang akan bertanding di Pulau Pinang dalam PRU-13 akan datang tanpa pengetahuan Pengerusi DAP. Inilah yang membuatkan Karpal Singh marah dan dikatakan Prof P. Ramasamy mahu menjatuhkan kedudukan Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP. 

Saturday, December 24, 2011



Ramai bloggers propembangkang dan pemimpin PAS dan Pakatan Pembangkang menyelar Dr Hassan Ali yang menggunakan akhbar tempatan seperti akhbar Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3 dan RTM dalam menyerang PAS. Sepatutnya Dr Hassan Ali menggunakan media massa milik Pakatan Pembangkang seperti Malaysiakini, Selangor TV, Malaysia Today, Malaysia Insider dan akhbar milik Pas, Harakah.

Keadaan sebaliknya berlaku apabila Dr Hassan Ali lebih mudah dan gemar menggunakan media prokerajaan yang didakwa menyiarkan maklumat dan berita yang tidak adil. Mereka takut maklumat yang disiarkan akan mengelirukan rakyat dan seterusnya membantutkan usaha untuk mempengaruhi rakyat tentang agenda politik mereka.

Bagi menjawab pertuduhan itu, Dr Hassan Ali menegaskan beliau terharu dengan keterbukaan akhbar-akhbar yang didakwa prokerajaan kerana sikap dan sifat kewartawan yang tinggi dalam menyiarkan berita berbanding media massa milik Pakatan Pembangkang dan PAS sendiri.

Berbeza dengan akhbar milik Pakatan Pembangkang dan PAS, mereka ini menyiarkan berita berdasarkan kepentingan golongan tertentu. Sebagai contoh, akhbar Harakah milik PAS dilaporkan melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti dan meminggirkan golongan yang lain.

Lebih mendukacitakan, wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu. Akibatnya, wawancara itu disimpan dalam peti besi dan akan terus dikunci. Sekiranya dikeluarkan akan menyebabkan Harakah akan mendapat kesan yang buruk terutama dalam meneruskan operasinya.

Jika sebelum ini, pemimpin Pakatan Pembangkang kerap melaungkan kebebasan akhbar, tetapi hakikatnya mereka sendiri yang menyekat kebebasan akhbar. Ramai pihak berpendapat tindakan penerbit Harakah yang tidak mengeluarkan wawancara Datuk Haron Din berhubung isu Gereja DUMC adalah disebabkan melindungi kepentingan politik pihak tertentu khususnya pemimpin DAP.

Inilah permainan licik PAS yang akhirnya terbongkar akibat kecuaian diri dalam membezakan yang benar dan yang menumpang. 
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!