Wednesday, November 30, 2011



Majlis Peguam yang mengadakan demontrasi dan kekacauan sempena Ahli-ahli Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang juga diadakan di Kuching bertempat di Bangunan Mahkamah Lama. Namun, perhimpunan yang dianjurkan Persatuan Dayak Iban Sarawak dan ahli-ahli Majlis Peguam (kebanyakannya Ahli-Ahli PKR Sarawak) tidak ketinggalan mengadakan protes yang sama, tetapi tiada sambutan.

Difahamkan hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang melakukan protes aman itu dengan kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli SADIA dan Majlis Peguam yang kebanyakkannya ahli-ahli PKR Sarawak.

Lebih mendukacitakan perhimpunan dan demontrasi yang diadakan itu telah mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 orang datang, tetapi amat mendukacitakan apabila hanya 20 sahaja yang kebanyakannya terdiri daripada penganjur.

Yang pasti perhimpunan aman semalam tidak mendapat sambutan daripada orang ramai malah boleh dikatakan gagal. Sasaran penganjur sebelumnya ialah lebih kurang 1,000 orang, tetapi yang hadir hanya 20 orang.

Kehadiran seramai 20 orang ahli-ahli SADIA dan Majlis Peguam yang membawa beberapa sepanduk dan poster berlegar-legar seperti ‘orang gila’ sambil melaung-laungkan batalkan rang Undang-Undang Perhimpunan Aman. Bagaimanapun, Dewan Rakyat sebulat suara bersetuju dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebelum diluluskan, setiap pemimpin tertinggi parti telah diberikan peluang untuk berhujah dan berbahas. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh kebanyakan Ahli Parlimen termasuk pemimpin Pakatan Pembangkang. Namun, tindakan mereka yang keluar dewan adalah gimik sahaja setelah memberikan hujah berkaitan Perhimpunan Aman 2011. Kononnya, mereka keluar sebagai tidak berpuas hati  dan tanda protes.

Perhimpunan pada pagi itu diketuai ADUN Batu Lintang yang juga seorang ahli Majlis Peguam, See Chee How dan dibantu Setiausaha SADIA, Nicholas Mujah.

Manakala, protes dan demontrasi yang dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur di jalan masuk menuju ke Bangunan Parlimen telah mendapat kecaman daripada rakyat Malaysia. Demontrasi yang dinaungi Majlis Peguam yang merupakan penyokong tegar Pakatan Pembangkang telah menyampaikan memorendum kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen.


Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu,
PKR umpama golok kayu,
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Sehubungan itu, jentera ketiga-tiga sayap parti itu iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu digerakkan secara bersama sebagai benteng untuk mempertahankan parti.
Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng Umno yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu.
Datuk Rosnah, Puteri adalah permata Umno. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO.


Bukan PAS nak ganti UMNO sebaliknya DAP yang ganti PAS. DAP yang disifatkan parti paling rasis yang dipimpin "kaum tertentu dari keluarga tertentu sahaja.
Apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti UMNO seperti yang dicanang oleh pembangkang sebaliknya yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS.
DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir.
Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa.
Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?
Manakala, PKR menurut Timbalan Presiden UMNO itu, adalah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.
Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik
Anwar sebelum ini berdepan tuduhan meliwat pembantu sendiri dan kesnya masih dibicarakan di mahkamah, manakala baru-baru ini keluar pula video seks yang dikaitkan dengan beliau.
Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.
PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah."
Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka.
Tembelang DAP secara terang mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam - semakin kelihatan.
Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Apa maknanya ini? Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.
Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.
DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP
Itulah matlamat Pakatan Pembangkang sekarang yang mahukan kuasa demi menjaga survival parti dalam melaksanakan idealogi politik mereka.


PAS sebuah parti berkonsepkan Islam dilihat semakin hari semakin hilang fokusnya sejak bersama dengan PKR, parti ultraliberal dan DAP, parti paling rasis di Malaysia. Disebabkan sokongan kedua-dua rakan ultraliberal dan rasis itu, PAS yang dilihat relevan dengan prinsip UMNO sebaliknya lebih tergambar dengan DAP ganti PAS.

Lihat sahaja bagaimana pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Kenapa ini berlaku?

Tindakan itu, bermakna DAP memberi definisi kepada Islam yang dianuti PAS dan menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang.


Seperti rakannya, DAP, PKR disifatkan sebagai parti “ultraliberal’ yang dibelenggu krisis kredibeliti. Dalam PKR, wujud 2 kumpulan dengan satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan ketua umum mereka.

PKR yang juga dibelenggu krisis identiti apabila namanya kian terhakis dek kerana kesalahan yang dibuat oleh pemimpin teragung PKR, Anwar Ibrahim. Inilah yang menyebabkan PKR kini semakin kurang popular jika dibandingkan DAP dan PAS.


PKR yang tidak terlepas dengan pelbagai isu dan masalah serta kegelojohan Anwar Ibrahim dalam nafsu seksnya dan kebangkitan Azmin Ali yang dilihat sebagai pengganti relevan Anwar Ibrahim telah membuatkan PKR kini dalam dilema.

Apapun, PKR yang diterajui suami isteri, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kini semakin kuat bergoyang menuju kehancuran disebabkan krisis identiti. 


DAP sehingga kini tetap dan akan meneruskan usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Sebagai sebuah parti yang paling rasis di Malaysia, tembelang DAP yang mahu mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam telah semakin kelihatan. Mengambil contoh Pulau Pinang yang dijadikan contoh terbaik dalam menghakis kedaulatan Raja-raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu.

Dalam pada itu, DAP secara terang tanpa rasa segan silu dan disokong PKR berani menyokong dan mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Secara dasarnya, Perdana Menteri boleh terbuka kepada orang bukan Melayu termasuk Cina dan India.

Menjadi perhatian sekarang bahawa, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri disebabkan dirinya itu akan disumbat ke dalam penjara atas kesalahan meliwat. Oleh yang demikian, Pakatan Pembangkang terpaksa mencari calon alternatif untuk jawatan Perdana Menteri dan Lim Guan Eng disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu apabila berjaya memerintah Pulau Pinang sebagai negeri republik.

Perlakuan DAP itu menyaksikan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok DAP yang melahap kuasa.


Lihat sahaja bagaimana dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau".

Justeru, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.

Kejayaan DAP menunggang Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan cauvinis DAP di Pulau Pinang berjaya menceritakan segala-galanya. Jika tidak, kenapa orang Melayu di Pulau Pinang terseksa dan hidup melarat di negeri sendiri?

Tuesday, November 29, 2011



Gambar ini menunjukkan kenapa Majlis Peguam beriya-iya mahu mengadakan demontrasi bagi membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah diluluskan Dewan Rakyat. 


Ketika Dewan Rakyat sedang bersidang bagi membahas dan meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, pemimpin Pakatan Pembangkang sekali lagi berdrama apabila bertindak keluar dewan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Undang-Undang Perhimpunan Aman. Sikap pemimpin Pakatan Pembangkang ini disifatkan sebagai tidak matang dan tidak mencerminkan sebagai wakil rakyat.

Apapun sikap pemimpin Pakatan Pembangkang, akhirnya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah berjaya diluluskan Dewan Rakyat dengan sebulat suara.

Dalam pada itu, pemimpin Pakatan Pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. Sebaliknya, mereka mahu setiap Ahli Parlimen berbahas berkenaan Undang-Undang Perhimpunan Aman. Jika perkara ini diambil kira, perbahasan Undang-Undang Perhimpunan Aman akan mengambil masa yang panjang dan berkemungkinan juga berlaku kekecohan yang berpanjang seperti yang berlaku pada hari ini. Semuanya ini adalah angkara perbuatan Majlis Peguam yang ternyata memihak kepada Pakatan Pembangkang.

Mengikut perkiraan Malaysiakini yang mengadakan lintas lansung daripada pihak Pakatan Pembangkang, kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan.

Bagaimanapun, tindakan Majlis Peguam yang menghasut rakyat bagi mengadakan demontrasi di jalan masuk ke Parlimen dilihat secara jelas pertubuhan bukan kerajaan itu mahukan kuasa. Mereka ini seumpama pertubuhan yang gemarkan kekacauan dan menghuru-harakan negara. 


Dalam Kongres PKR Ke-8 di Johor, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucapan perasmiannya berikrar akan meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya Anwar Ibrahim yang disabitkan kesalahan meliwat. Tindakan dan kenyataan Azmin Ali itu disifatkan sebagai menidakkan hukuman yang dijatuhkan mahkmah atas kesalahan yang dilakukan Anwar Ibrahim.

Namun, rakyat kini telah boleh menilai dengan baik akan segala aktiviti dan perbuatan pemimpin PKR yang kebanyakannya mahu menarik perhatian umum. Tidak kurang juga ramai yang berpendapat Azmin Ali itu hanya berani mengeluarkan kenyataan di bibir sahaja.

Lantas, sikap Azmin Ali itu diibarat mencabar keutuhan undang-undang negara dalam mengadili segala perbuatan yang melanggari undang-undang. Seharusnya, Azmin Ali tidak wajar duduk di Malaysia, sebaliknya tinggal di luar negara kerana tidak menghormati undang-undang negara.

Apakah kenyataan Azmin Ali itu menandakan PKR sebuah parti yang hanya tahu memberontak serta taksub melampau terhadap pemimpin mereka? Inilah yang menjadi perhatian masyarakat sekarang dengan segala macam tindak tanduk pemimpin PKR dilihat dalam konteks politik murahan. Melihat kepada situasi dan senario terbaru, ternyata PKR terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim sehingga menidakkan apa saja kesalahan yang telah dibuat ketuanya itu.

Jika sebelum ini pemimpin PKR dan Azmin Ali berkeras akan memperjuangkan konsep demokrasi sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah, tetapi kenyataan terbaru Azmin Ali memperlihatkan parti itu tidak menghormati sistem demokrasi.


Demokrasi menegaskan tiada seorang pun akan kebal dan terlepas daripada undang-undang termasuklah ahli politik seperti Anwar Ibrahim.

Inilah PKR yang hanya berjuang untuk seorang individu bernama Anwar Ibrahim. Perjuangan untuk rakyat hanya simbolik politik sahaja. 

Monday, November 28, 2011



Di mana kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang berhubung Perhimpunan Aman 2011 yang akan dibahas dan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen, sekumpulan aktivitis yang mewakili Dewan Perhimpunan Rakyat KL dan Majlis Peguam akan mengadakan pergerakaan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, jam 11.00 pagi.

Tindakan kedua-dua NGO’s itu meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11.00 pagi esok dianggap sebagai anjing menyalak.

Kerajaan sebagai pentadbir dan pemerintah berhak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 sebagai cara dan kaedah terbaik untuk membendung perbuatan segelintir rakyat Malaysia yang sukakan negara huru-hara. Majlis Peguam yang sebelum ini terlibat dalam Perhimpunan BERSIH 1.0 dan 2.0 serta terlibat secara langsung dalam mengadakan pesta seks bebas, iaitu Merdeka Seksualiti sekali lagi dilihat mahu membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang kucar-kacir.

Umum mengetahui, Majlis Peguam menjadi anjing salakan dan tali barut Pembangkang bagi mengajak rakyat Malaysia terlibat dalam menghuru-harakan negara. Atas sebab berselindung di sebalik nama Peguam, Majli Peguam cuba untuk memerangkap rakyat dengan helah kononnya mereka ini lebih arif dan bijaksana pasal undang-undang.


Seperti biasa, mereka ini memperdayakan rakyat Malaysia dengan menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan kerajaan pada sidang Parlimen kali ini bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebarang rundingan dengan orang ramai.

Hakikatnya, rakyat Malaysia seperti pemimpin dalam Majlis Peguam dan Dewan Perhimpunan Rakyat KL ini lebih gemar melakukan sesuatu perkara yang sangat dibenci rakyat Malaysia iaitu mengadakan perhimpunan secara haram.

Lihatlah bagaimana rakyat Malaysia menolak Perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai lepas apabila memingkirkan arahan dan segala macam perhatian bagi membangikitkan rakyat kononnya dalam mengembalikan kuasa rakyat. Sebaliknya, rakyat kini sedar mereka bukan sahaja dipergunakan pihak tertentu seperti Majlis Peguam sebaliknya bagi membolehkan pembangkang mendapatkan kuasa secara haram.

Bagi yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara, marilah kita sama-sama menolak keganasan seperti yang cuba tunjukkan sebilangan rakyat Malaysia yang terlalu mengikut nafsu serakah yang diselubungi syaitan. 

Sunday, November 27, 2011



Cakap-cakap PKR sebuah parti politik yang paling lemah di kalangan parti pembangkang dalam Pakatan diakui sendiri pemimpin tertinggi PKR. Ini bukanlah perkara baru dan atas beberapa sebab pemimpin PKR kerap kali cuba menonjolkan parti itu sebagai parti yang relevan dalam politik hari ini walaupun mengalami pelbagai halangan dan cabaran.

Sekiranya masih ingat, pada Kongres PKR yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya pada tahun 2010, Timbalan Presiden PKR ketika itu Senator Dr Syed Husin Ali telah mengingatkan anggotanya bahawa parti itu merupakan anggota yang paling lemah dalam Pakatan berbanding PAS dan DAP.

Dalam menghadapi realiti itu, PKR harus menerima hakikat bahawa parti itu diwakili bekas anggota parti lain (UMNO) yang membawa bersama idealogi parti lain ke dalam PKR sekaligus berlakunya pergeseran di kalangan ahli PKR. Demikian juga PKR yang mengaku parti pelbagai kaum, tetapi mempunyai masalah dalaman yang melibatkan kepentingan kaum, dikatakan pemimpin Melayu PKR memandang rendah terhadap kaum lain dalam PKR terutamanya masyarakat India sehingga menyebabkan mereka terasa teraniaya dan ditindas.


Dalam setiap pilihan raya samaada Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan Raya Negeri Sarawak lepas yang menyaksikan permintaan PKR terhadap kerusi melebihi daripada kemampuannya. Walaupun PKR dilihat sebuat parti yang kecil, tetapi nafsu untuk bertanding dalam pilihan raya sangat besar. Jadi, tidak hairanlah PKR bertembung dengan sebilangan parti pembangkang tempatan seperti SNAP dalam PRN Sarawak Ke-10.

PKR juga tidak menafikan bahawa di kalangan pemimpin tertingginya banyak diisi pemimpin Melayu, tetapi tetap berkeras mewakili pelbagai kaum. Juga, di kalangan pemimpin PKR seperti 3 beranak, Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah antara pemimpin PKR yang paling kaya. Tidak terkecuali Azmin Ali yang menumpang kekayaan 3 beranak itu.

Kekayaan pemimpin PKR bukanlah suatu isu baru. Atas sebab itu, Anwar Ibrahim secara terang-terangan tanpa meminta pandangan pemimpin PAS dan DAP menolak cadangan Perdana Menteri berkenaan kenaikan elaun Ahli Parlimen. Berbeza dengan kebanyakan Ahli Parlimen PKR yang elaun bulanan yang diterima mereka terpaksa diberikan separuh kepada parti bagi menguruska aktiviti parti. Senario itu menyebabkan kebanyakan Ahli Parlimen PKR tidak cukup elaun untuk membantu rakyat di kawasannya.


Penganalisis politik dari UCSI, Ong Kian Ming berpendapat imej PKR terlalu bergantung kepada Anwar Ibrahim. Walaupun beberapa pemimpin PKR seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Chegu Bard dan Tony Pua bergerak sendiri dalam mengutarakan isu nasional, ianya masih tidak cukup untuk menidakkan PKR sebagai parti paling lemah dalam Pakatan.

Kemunculan parti KITA yang dipimpin bekas orang kuat PKR, Zaid Ibrahim dijangka memberikan persaingan sengit kepada PKR walaupun KITA kalah kepada PKR. Kini, PKR bukan sahaja berhadapan dengan PAS dan DAP dalam Pakatan, tetapi juga kepada KITA yang sehaluan sebagai pembangkang juga kepada UMNO dan BN secara keseluruhannya.

James Chin dari Sunway University juga berpendapat PKR merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang paling lemah, lebih lemah daripada parti KITA berdasarkan kecelaruan organisasinya di peringkat akar umbi.

Walaupun memenangi beberapa kawasan di bandar, tetapi sehingga kini masih gagal mengukuhkannya dan dijangka kalah teruk dalam PRU-13 akan datang. Kebanyakan rakyat mengundi PKR hanyalah disebabkan hubungannya dengan PAS dan DAP, dan bukannya berdiri atas nama PKR. Demikian juga ketika itu rakyat berdendam dengan BN yang ketika itu dilihat sangat lemah hingga tercetusnya tsunami politik.


Kejayaan BN mengukuhkan kedudukannya dalam politik negara dengan melakukan transformasi politik dilihat menjadi kegusaran pemimpin PKR. Ancaman Anwar Ibrahim akan dipenjarakan ekoran perbuatan terkutuknya sendiri dijangka akan menghancurkan parti itu. Keyakinan Anwar Ibrahim bahawa Azmin Ali akan diangkat sebagai penggantinya telah tidak dapat diterima ahli-ahli PKR yang melihat Azmin sebagai pemimpin yang akan merosakkan lagi parti yang kini telah rosak.

Masalah yang paling besar dihadapi PKR pada PRU-13 pastinya pembahagian kerusi di peringkat Parlimen mahupun DUN. Dengan selera yang masih besar dan mahu membuktikan PKR masih parti yang relevan, Anwar Ibrahim pastinya akan menempatkan seberapa ramai calon PKR. Namun, PAS dan DAP tidak akan semudah itu untuk menerimanya memandangkan kreadibiliti PAS dan DAP lebih kuat berbanding PKR. Jadi, PRU-13, PKR bukan sahaja berhadapan dengan BN dan KITA, tetapi juga PAS dan DAP.

Di sebalik semua yang berlaku di atas, pemimpin PKR akan terus cuba menyakinkan pengundinya bahawa mereka mempunyai pelan peralihan pucuk pimpinan dan keyakinan dalam menghadapi pilihan raya. Namun begitu, apa saja yang dilakukan PKR, rakyat secara keseluruhannya masih belum percaya dan mempercayainya. 

Saturday, November 26, 2011



Pada hari ini, PKR mengadakan Kongres Kebangsaan PKR Ke-8 bertempat di Johor. Dianggarkan lebih 2,000 perwakilan PKR dan pemerhati dari seluruh negara menghadirinya. Bersesuaian dengan kongres itu, telah ada cakap-cakap perwakilan bahawa PKR merupakan parti paling lemah berbanding PAS dan DAP dalam kelangsungan Pkataan Pembangkang.

Penurunan merudum PKR disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan tindak-tanduk Azmin Ali yang cuba menangkis pengaruh pemimpin-pemimpin PKR lain dalam usahanya menjadi pengganti Anwar Ibrahim pada masa akan datang.

Demikian juga, sejak kebelakangan ini ramai pemiminpin dan anggota PKR yang mengambil keputusan melompat parti dan perletakkan jawatan pemimpin akibat daripada kecelaruan dalam pemilihan PKR pada tahun lepas.


Berasaskan kepada kejatuhan pengaruh PKR dalam Pakatan Pembangkang, ramai penganalisis politik berpendapat usaha menaikkan kembali imej PKR akan melalui kesukaran disebabkan kepercayaan orang ramai terhadap parti itu telah terhakis.

Menurut penganalisis politik dari UKM, Dr Sivamurugan Pandian, menjelaskan halangan paling besar yang perlu dihadapi PKR dalam memulihkan imejnya ialah wujudnya persepsi bahawa mereka terlalu memberi tumpuan terhadap penglibatan orang Melayu sedangkan parti itu dikatakan mewakili pelbagai kaum dan etnik.

Selain itu, PKR juga mengalami masalah kepimpinan di Selangor apabila ramai ahli PKR tidak berpuashati dengan corak pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai boneka DAP. Demikian juga perebutan kuasa antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali yang merupakan kemuncak konflik dalaman PKR di samping pembubaran PKR di Sabah dan keluar parti di kalangan ahli-ahli PKR di Sarawak.

Manakala, jawatan Presiden PKR yang disandang Wan Azizah dilihat tidak berfungsi berbanding jawatan Ketua Umum PKR yang tiada dalam perlembagaan PKR.


Kejayaan PKR dalam sejarah penubuhannya hanya dapat dilihat pada tahun 2008 ketika kemenangan bergayanya dalam PRU-12. Namun, setelah 43 bulan berlalu, tanggapan PKR kuat kini telah berubah, daripada sebuah parti yang baik dan diterima rakyat tetapi kini telah menjadi teruk dan semakin dipinggirkan rakyat.

Untuk itu, Kongres PKR pada minggu ini di Johor akan digunakan sepenuhnya oleh pemimpin tertinggi PKR dalam usaha menyakinkan kembali rakyat akan agenda sebenar PKR yang dilihat telah jauh menyimpang.

Biarpun pelbagai langkah yang diambil PKR, namun ia tidak dapat mengelak daripada dilihat sebagai sebuah parti yang tidak disenangi dalam Pakatan Pembangkang. Selain dikatakan memonopoli kuasa seperti yang ditunjukkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, PKR juga mahu dilihat sebagai jaguh apabila mahu meminta kerusi yang lebih banyak dalam PRU-13 akan datang seperti mana yang dilakukannya pada tahun 2008. Pastinya, tujuan tersirat adalah untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa PKR masih sebuah parti popular dalam Pakatan Pembangkang.

Hakikat yang tidak dapat disangkal oleh pemimpin tertinggi PKR ialah penyebab utama kejatuhan PKR pada pandangan rakyat ialah Anwar Ibrahim. Apakah akan terjadi kepada PKR sekiranya Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sebelum PRU-13 nanti?


Krisis dalaman SPDP yang sekian lama menghantui Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom akhirnya selesai apabila mengumumkan keputusan MesyuaratDisiplin Parti SPDP yang mengambil ketetapan Ketua Kumpulan 5 SPDP, Sylvester Entri ak Muran disingkirkan dari parti. Manakala, 4 lagi ADUN, Paulus Palu Gumbang, Datuk Peter Nansian, Rosey Yunus dan Datuk Dr Tiki Lafe masih dalam pertimbangan dan SPDP masih membuka pintu kepada mereka ini.

Krisis yang bermula sejak 2 tahun lepas dan hanya menglibatkan bekas Setiausaha SPDP, Sylvester Entri ak Munan telah merebak kepada 4 lagi pemimpin tertinggi SPDP yang dikatakan pengikut kepada Slyvester Entri. Disebabkan itu, tertubuhnya Kumpulan 5 SPDP yang menjadi punca kepada permasalahan dalaman SPDP.

Keputusan Majlis Disiplin SPDP semalam telah mengulangi drama PRS sebelum ini dalam peristiwa yang berbeza sehingga menyebabkan bekas ADUN Pelagus, Larry Sng tidak berparti. Dan, kini ia terjadi ke atas Sylvester Entri yang merupakan ADUN Marudi dan juga Menteri Muda (Bekalan Air).

Walaupun keputusan ini lewat diumumkan, tetapi ramai pihak berpendapat ia suatu keputusan yang telah dijangka. Sebelum ini, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom telah banyak memberikan peluang dan masa kepada Kumpulan 5 SPDP ini untuk kembali kepada parti, tetapi ianya tetap tidak diambil endah oleh mereka.

Dalam Kumpulan 5 SPDP ini, Datuk Peter Nansian memegang jawatan Menteri Muda (Pembangunan Kilang Perindustrian) dan Rosey Yunus menjawat Menteri Muda (Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga). Harus diingat bahawa penempatan mereka ke dalam kebinet negeri Sarawak ini adalah atas persetujuan dan pertimbangan Presiden SPDP. Untuk itu, dalam soal kelayakan dan jawatan dalam kabinet, Presiden SPDP tidak melihat kepada krisis yang dialami sebaliknya melihat kepada kewajaran seseorang calon itu. Bagaimanapun, mereka yang terpilih ini sedikitpun tidak mengucapkan terima kasih kepada Presiden SPDP atas pertimbangan berikut.

Walaupun disingkirkan daripada parti berkuatkuasa serta merta, Presiden SPDP mengumumkan kerusi Marudi yang dimenangi Sylvester Entri di DUN Marudi tetap milik SPDP. Presiden SPDP juga secara berkeras akan membantah kemasukan Sylvester Entri ke parti lain.

Dalam pada itu, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan juga mengumumkan kedudukan Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe yang digugurkan daripada calon Parlimen Mas Gading pada PRU-13 akan datang sebagai bukan calon boleh menang. Bagi meyakinkan rakyat di kawasan Mas Gading, SPDP akan turun padang bagi menjelaskan kepada mereka berkaitan keputusan itu.

Sebelum ini, Borneo Post pada terbitannya 12 November lepas menyiarkan 5 penyandang bagi kawasan yang ditandingi PBB, Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Parlimen Samarahan, Datuk Seri Sulaiman Taib, Parlimen Batang Sadong, Nancy Syukri, Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Karim dan Parlimen Mukah, Datuk Seri Michael Toyad.

Keputusan mengumumkan senarai kawasan dan penyandang yang akan digantikan bagi menghadapi PRU-13 dilihat sesuatu yang bijak memandangkan ianya akan memberikan kelebihan kepada rakyat di kawasan untuk mengenali bakal calon. Bagaimanapun, usaha melobi sebagai calon tidak dapat disangkal memandangkan kini ramai yang mempunyai minat untuk menjadi Yang Berhormat.

Berdasarkan keputusan yang diambil SPDP itu, ianya dapat dilihat dalam konteks positif dengan memfokuskan kepada persediaan parti menghadapi PRU-13 akan datang. 

Friday, November 25, 2011



Ini bukan kali pertama penduduk Melayu di Pulau Pinang ditindas dan diperlakukan seperti binatang oleh pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang semenjak pengambilan pemerintahan pada tahun 2008. Semenjak itu, penduduk Pulau Pinang hidup dalam keadaan yang sangat membimbangkan dan sentiasa memikirkan apakah yang berlaku pada esok hari dan masa akan datang?

Pengkhianatan wakil rakyat DAP ke atas penduduk Pulau Pinang bukanlah perkara baru. Terbaru, dua orang penduduk Pulau Pinang, Fatimah Sharmin Abdullah, 30, dan Sarimah Packeer Mohd, 43, yang bersuamikan warga asing, telah dimaki hamun dan dihina sedemikian rupa dengan dituduh sebagai pengkhianat negara. Apakah hanya bersuamikan seorang bukan warganegara Malaysia dianggap sebagai pengkhianat negara?

Kejadian berlaku apabila berlaku kebakaran yang melibatkan sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara pada petang Selasa lepas. Kunjungan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang kononnya mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa telah bertukar menjadi suatu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan oleh mereka. Sambil meninjau, Ng Wei Aik telah melemparkan kata-kata kesat ke atas mereka sehingga menyebabkan mereka berasa amat malu. Kejadian berlaku di khalayak ramai dan setiap tutur katanya didengari orang ramai.

Tuduhan Ng Wei Aik itu sangat menguris hati perasaan mereka yang selama ini tidak pernah dilayan sedemikian. Malah, tutur kata seorang pemimpin itu dianggap sebagai ‘hadiah’ yang tidak akan dilupakannya dan akan menjadi penguat kepada mereka untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang. Mereka beranggapan semua pemimpin Pakatan Pembangkang kurang ajar dan hanya berani mengambil kesempatan dan berlakon di hadapan orang ramai.

Sarimah yang telah berkahwin dengan suaminya, seorang warganegara Bangladesh sejak 15 tahun dahulu dan berkahwin mengikut undang-undang. Namun, beliau telah dituduh sebagai pengkhianat negara sambil dianggap sebagai komunis.

"Jika saya berkahwin dengan warga asing, itu hak saya. Suami saya ada dokumen perjalanan sah dan perkahwinan kami mengikut undang-undang."


Ini bukan kali pertama ADUN Komtar itu menimbulkan kontroversi. Awal tahun ini, Ng Wei Aik mencetuskan kontroversi semasa mengetuai 'operasi merampas barang' di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum yang disifatkan sebagai biadab dan tidak ubah seperti mafia.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu juga didakwa mengeluarkan ungkapan berunsur perkauman, iaitu 'tutup kedai, balik India' terhadap pekerja restoran berkenaan.

Semasa lawatan meninjau kebakaran itu sambil menghulurkan bantuan, Sarimah dan Fatimah memaklumkan mereka tidak diberikan bantuan oleh Ng Wei Aik kerana para pekerja mereka yang tinggal di bahagian belakang kedai tersebut dituduh sebagai punca berlaku kebakaran. Manakala, penduduk lain yang kebanyakannya berketerunan Cina diberikan bantuan.


"Kami rakyat Pulau Pinang, sudah tentulah kami mengharapkan kerajaan negeri bantu tetapi ini yang kami dapat daripada mereka."

Menurut Sarimah, sebagai wakil kerajaan negeri, dia (Wei Aik) sepatutnya bersikap profesional. Dia kena periksa punca kebakaran, jangan suka-suka buat tuduhan.

Tidak cukup dengan itu, Ng Wei Aik telah menghalau suaminya dari lokasi kebakaran dan mengugut mereka berdua keluar dari negara ini. Berikutan kecewa dan marah dengan apa yang berlaku, kedua-dua mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani.

Inilah wajah pemimpin DAP yang mewakili Pakatan Pembangkang. Tidak cukupkah penduduk Pulau Pinang diancam dan didera pelbagai rupa hanya kerana beberapa perkara yang tidak disukai pemimpin Pakatan Pembangkang. Pastinya selepas ini, gelora perubahan akan berlaku di Pulau Pinang bagi mengajar pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang akan cara pemerintahan dan pentadbiran. PRU 13 akan menjadi saksi perubahan itu. 

Thursday, November 24, 2011



Dunia siber atau alam maya disifatkan sebagai ruang terbuka untuk sesiapa sahaja mengeluarkan kenyataan dan artikel yang berbentuk pandangan mahupun kritikan dengan menggunakan kemudahan media sosial seperti blog, facebook dan twitter.

Politik Malaysia sekarang ini banyak bersandarkan kepada kecanggihan media sosial namun sesekali tidak menidakkan kepentingan media tradisional yang mempunyai pengikut tersendiri terutama di kawasan luar bandar.

Kesediaan ahli politik menggunakan media sosial sebagai wadah perjuangan demi memahami permasalahan rakyat di kawasan. Inisiatif Perdana Menteri dalam penggunaan media sosial blog, facebook dan twitter bagi menjalankan kerja-kerja seharian dan sekaligus menjadikan media sosial sebagai tujuan merapatkan Perdana Menteri kepada rakyat menerusi alam maya.

Dalam dunia serba kecanggihan ini dan menjelang PRU-13, Perdana Menteri telah menyarankan kepada kesemua Ahli Parlimen BN mempunyai sekurang-kurangnya satu medium media sosial bagi memudahkan hubungan dan pertalian bersama rakyat. Medium perlu memandangkan generasi muda hari ini gemar berkomunikasi hanya menggunakan media sosial berbanding kesediaan mereka bertemu secara bersemuka.

Selepas perasmian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC pada 20 November lepas, ramai ahli bloggesr Sarawak khususnya ahli-ahli parti telah mengeluarkan artikel berhubung keperluan hubungan Ahli Parlimen bersama bloggers Sarawak.


Secara asasnya, kita tidak boleh menidakkan bahawa kesemua Ahli Parlimen mahupun ADUN tidak mempunyai medium media sosial. Harus diingat kejayaan BN Sarawak mengekalkan penguasaan memerintah pada PRN Sarawak Ke-10 April lepas bukanlah disebabkan faktor penguasaan alam maya secara 100 peratus mahupun kebijaksanaan bloggers prokerajaan sebaliknya ia adalah atas usaha semua pihak termasuklah kepimpinan, parti dan pihak-pihak yang tidak bertuan, tetapi mempunyai visi dan misi bagi membantu BN Sarawak mengekalkan kuasanya.

Apakah selepas PRN Sarawak Ke-10, bloggers prokerajaan di Sarawak masih lagi berjuang atas nama agama, bangsa dan tanahair, atau terus tidur bersama mimpi-mimpi indahnya sambil menikmati kemenangan 2/3 BN? Ramai berpendapat kebanyakan bloggers prokerajaan ini  telah tidur lena atau mungkin sudah terkubur!

Berbeza dengan bloggers propembangkang yang tetap ligat memperkatakan tentang masalah di kawasan khususnya di kawasan yang menjadi topik hangat. Masalah tanah, pembangunan dan kesediaan wakil rakyat di kawasan menjadi sebahagian daripada sajian mereka setiap hari. Bagaimanapun, sajian mereka ini sedikit pun tidak terjawab oleh bloggers prokerajaan yang diamanahkan mempertahankan kerajaan seperti yang didakwa mereka. Akibatnya, bloggers prokerajaan sering kali diperkotakkatikan bloggers propembangkang.

Penggunaan Facebook sebagai kaedah bersembang secara terus dalam pelbagai hala menjadi pilihan sesetengah wakil rakyat. Beberapa contoh ADUN BN Sarawak yang cenderung menggunakan medium ini seperti ADUN Demak Laut, ADUN Nangka, ADUN Dalat dan beberapa lagi ADUN lain lagi membuktikan mereka ini mampu berdiri sendiri. Demikian juga dengan Ahli Parlimen seperti Ahli Parlimen Petra Jaya, Ahli Parlimen Sibuti dan beberapa lagi Ahli Parlimen sentiasa mengiringi keperluan kecanggihan media sosial. Di pihak pembangkang, mereka ini telah lama menggunakan kaedah media sosial ini termasuklah semasa berkempen PRN Sarawak Ke-10. Perkara atau faktor utama pemimpin Pakatan Pembangkang menang dan berjaya menambahkan bilangan kerusi dalam PRN Sarawak ialah dengan mengaplikasikan secara maksimum penggunaan media sosial.

Melihat kepada perkembangan ini, wakil rakyat BN Sarawak tidaklah buta IT seperti yang diperkatakan sesetengah pihak bahkan keperluan media sosial kini lebih terarah kepada keperluan sampingan selepas melawat kawasan bagi membuktikan bahawa wakil rakyat membuat kerja. Justeru, keperluan media sosial pada hari ini diibaratkan sebagai wadah untuk mendapatkan atau mengadakan sesuatu isu serta permasalahan di dalam sesuatu kawasan yang luas dan memberi kelebihan kepada rakyat yang lebih gemar menekan butang kekunci berkaitan masalah.

Selain blog dan facebook, twitter juga mempunyai kewibawaannya sendiri dalam menyalurkan maklumat secara terus. Ini bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat kepada ramai rakan, tetapi juga dapat memberitahu situasi semasa yang sedang berlaku. Lihat saja bagaimana twitter ini pun boleh dijadikan bukti bagi membuktikan sesuatu peristiwa sebagaimana temberang Anwar Ibrahim dapat dibuktikan dalam kes video seksnya.

Hakikatnya, pemimpin perlu mempunyai medium media sosial sebagai suatu keperluan dan bukannya lagi suatu kepastian.

Wednesday, November 23, 2011



Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, April lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah mengadakan sidang DUN buat kali kedua. Sidang DUN kali ini memfokuskan kepada pembentangan Belanjawan 2012 bagi negeri Sarawak seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri pada bulan Oktober lepas.

Seperti mana sidang DUN pertama sebelum ini yang menyaksikan kesemua ADUN DAP tidak menghormati Dewan apabila memakai baju kot semasa menghadiri majlis perasmian DUN Sarawak yang disempurnakan TYT Sarawak. Walaupun telah dimaklumkan dan diperuntukkan untuk menggunakan pakaian khas DUN seperti yang telah diperuntukan dalam undang-undang DUN, namun sikap degil dan kurang ajar ADUN DAP itu memperlihatkan bahawa mereka ini sememangnya pemimpin yang perlu diajar.


Berbeza pula dengan rakan mereka, ADUN PKR dan Bebas masih mematuhi arahan Dewan dengan mengenakan pakaian rasmi majlis perasmian DUN. Secara jelas bahawa ADUN DAP sememangnya bersikap kurang ajar berbanding ADUN PKR.

Dalam sidang DUN buat kali kedua, ADUN DAP sekali lagi membuat hal apabila bertindak kurang ajar dan tidak profesional apabila menuduh Speker DUN sebagai berat sebelah. Sikap tidak profesional itu telah menyebabkan ADUN DAP, Wong King Wei telah diarahkan keluar Dewan pada petang kelmarin.

Dakwaan Wong King Sei bahawa Speaker DUN bertindak berat sebelah dalam persidangan petang semalam telah tidak diterima Speaker DUN. Ini kerana Speaker telah bertindak mengikut undang-undang dan telah cuba untuk mengawal situasi dengan membenarkan kedua-dua pihak mengemukakan hujah. Sepanjang sidang berlangsung, kedua-dua pihak telah diberikan ruang dan peluang dalam mengemuka dan membahaskan segala persoalan yang telah dikemukakan secara bertulis atau tidak bertulis.

Dalam sidang DUN Sarawak petang semalam, selepas permasyhuran Speaker, Wong King Wei bertanya tentang sebahagian daripada perbahasan pada Jumaat lepas tidak terdapat dalam catatan persidangan.  

Dalam jawapan Speaker, sesi permasyhuran bukan sesuai untuk bertanya tentang catatan persidangan. Namun, jawapan yang diberikan Speaker ke atas persoalan Wong King Wei itu tidak dapat memenuhi hati dan perasaannya sehingga menyebabkan Wong King Wei menuduh Speaker berat sebelah. 

Sama ada ADUN DAP itu tidak memahami Dewan atau buat-buat tidak memahami maka Wong King Wei terus melulu menuduh Speaker DUN berat sebelah. Akibat sikap ADUN DAP itu yang cepat melenting dan kurang ajar, maka bermulalah episod yang sangat dinantikan DAP apabila bertikam lidah dengan Speaker Dewan. Menjadi kelaziman ADUN DAP yang kebanyakannya biadap dan kasar bagi menunjukkan mereka ini membuat kerja khususnya membantu rakyat.


Tetapi, hakikatnya mereka tok hanyalah macam anjing menyalak di tepi jalan yang tiada sebarang tujuan hanya untuk mendapatkan perhatian.

Speaker yang mempunyai kuasa mutlak telah mengarahkan Wong King Wei keluar Dewan, namun beliau enggan sebaliknya menimbulkan kata-kata kesat ke atas Sepaker. Tindakan kurang ajar ADUN DAP itu sememangnya sinonim dengan kebanyakan ADUN DAP lain. Situasi ini berulang seperti mana yang berlaku ke atas ADUN Meradong pada sidang DUN sebelum PRN Sarawak lepas apabila diarahkan keluar Dewan kerana berbohong dan telah dikenakan tataterbit dengan digantung menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.

Bagaimanapun, kedegilan Wong King Wei keluar Dewan telah memaksa anggota polis untuk membawanya keluar Dewan sebagai jalan terakhir sebagai mengakhiri pertikaman lidah dengan Speaker Dewan.  

Tuesday, November 22, 2011



Di sebalik kejayaan kontijen Malaysia mengungguli beberapa sukan di Indonesia sehingga membolehkan Malaysia mengumpul lebih kurang 60 pingat emas, iaitu melepasi sasaran Majlis Sukan Negara termasuk ibu segala sukan, bola sepak yang mencipta kejayaan lebih manis apabila berjaya mempertahankan pingat emas dan mengalahkan tuan rumah Indonesia dalam pertarungan sengit di Stadium Bungkarno.

Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia atau lebih tepat lagi Harimau Muda mengalahkan pasukan Indonesia atau lebih dikenali Garuda telah berjaya menenggelamkan suara-suara sumbang dan tohmahan penyokong Indonesia ke atas Malaysia.Namun, pasukan Malaysia banyak menerima layanan buruk berbanding layanan yang sewajarnya daripada rakyat Indonesia.


Sepanjang berada di Indonesia bagi menyertai Sukan SEA XXVI, kontijen Malaysia telah menerima layanan buruk daripada rakyat Indonesia.Ini membuatkan kontijen Malaysia semakin bersemangat untuk mencipta kejayaan khususnya bagi memberikan pingat emas kepada Malaysia.

Namun, persoalan di sini, kenapa kontijen Malaysia sahaja yang menjadi sasaran cemuhan rakyat Indosnesia?Inilah yang bermain di fikiran atlet-atlet dan pegawai Malaysia di sepanjang menyertai Sukan SEA di Indonesia.

Setelah dikaji dan diselidiki, mengapa kontijen Malaysia menerima layanan kurang ajar daripada rakyat Indonesia, ianya ada kaitan dengan pemimpin Pakatan Pembangkang.Apakah benar sentimen kebencian datangnya daripada pemimpin Pakatan Pembangkang?

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Pembangkang lagak datang ke Indonesia bagi meraih sokongan pemimpin di Indonesia dan memburukkan nama pemimpin Malaysia khususnya pemimpin BN. Setiap kali datang ke Indonesia, pemimpin Pakatan Pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah akan memburukkan nama pemimpin BN dan kerajaan Malaysia.

Perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang yang kerap kali memburukkan nama Malaysia di Indonesia telah membakar dan menyemarak perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia. Inilah yang berlaku ke atas rakyat Malaysia di Indonesia.

Sepanjang Sukan SEA ini berlangsung, perasaan benci itu hanya ditujukan kepada kontinjen negara kerana pemimpin pembangkang dari Thailand, Vietnam mahu pun Singapura tidak pernah ke Indonesia secara berkala semata-mata kerana mahu memburukkan kerajaan dan negara sendiri demi kepentingan politik sempit.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!