Monday, October 31, 2011



Suara Pemuda PAS mahu kerajaan menghalang penyanyi rock lagenda Britain Elton John mengadakan konsert di Genting Highland pada 22 November ini. Alasannya mudah dan ringkas, tidak mahu menggalakkan maksiat disebabkan penyanyi itu gay.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS, Shahril Azman Abdul Halim telah menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John kerana didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Pemuda PAS itu menegaskan gay atau homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan Elton John adalah maksiat. Bagaimana pula dengan ceramah Anwar Ibrahim yang menghimpunkan penyokong PAS, PKR dan DAP? Apakah ia haram atau halal?

Bagaimanapun, kenyataan Pemuda PAS itu disanggah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul yang menuduh PAS jangan tiru seperti Taliban. Tuduhan itu ada asasnya memandangkan kenyataan Pemuda PAS itu seperti meludah ke langit. Akhirnya ia terkena batang hidung sendiri.

PAS diminta bersikap rasional dalam hal ini memandangkan negara Malaysia ini juga didiami bukan Islam. Sewajarnya PAS bertolak ansur dengan mereka yang bukan Islam untuk berhibur dengan menghadiri konsert itu. Rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP yang bukan Islam pastinya ada yang meminati Elton John. Demikian juga dengan Anwar Ibrahim yang menggemari penyanyi sezaman dengannya walaupun secara kebetulan sikap mereka sama dengan menggemari kaum sejenis.

Sebelum ini, Elton John mengakui dirinya gay dan homoseksual secara terbuka setelah undang-undang Britain membenarkannya. Bagimanapun, rumah tangga Elton John bersama David Furnish yang dibinanya selama 4 tahun pada 21 Disember 2005 tidak bertahan lama dan mengalami perceraian.

Tuduhan Dr Asri itu disusuli dengan dakwaan Pemuda PAS seperti tikus mondok sahaja. Ini kerana sejarah PAS juga sebelum ini pernah membantah konsert, tetapi tidak sampai ke mana sebaliknya lebih bersifat mencari publisiti. Begitu juga dengan kes video Anwar Ibrahim yang secara jelas memperlihatkan kenyataan pakar bahawa video itu tulen 99.99 peratus dan aktornya juga kelihatan jelas dalam CCTV berwarna.

Namun, apabila ditanya dengan Pemuda PAS mengenai video itu ramai yang sekadar tunduk malu dan tersipu-sipu senyum. Jawapannya mudah saja apabila ramai Pemuda PAS menyatakan itu arahan daripada bos-bos atasan.


Justeru, Pemuda PAS tidak payah bercakap soal kemaksiatan dan menentang kemungkaran sebaliknya apa yang berlaku ke atas bos mereka dalam Pakatan Pembangkang itu lebih teruk berbanding konsert Elton John yang hanya menyanyi sambil bermain piano. 


BN Sarawak dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan BN Pusat pada 1 Noevember ini bagi mengemukakan laporan mengenai persiapan BN Sarawak dalam menghadapi PRU-13 akan datang.

Laporan yang dibentangkan itu nanti antara lain strategi BN Sarawak menghadapi pilihan raya, calon-calon parti kompenan BN dan isu-isu yang membabitkan kawasan-kawasan bandar yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Persoalannya, adakah kompenan BN Sarawak mampu mengulangi kejayaan seperti yang ditunjukkan dalam PRU 2008 lalu?

Melihat kepada keputusan Pilihan Raya Negeri  Sarawak April lepas, jelas prestasi itu sukar dipertahankan khususnya bagi kompenan SUPP, PRS dan SPDP. Begitupun, prestasi PBB sebagai tunjang BN Sarawak dijangka tidak menjadi masalah untuk mengekalkan prestasinya seperti yang ditunjukkan pada PRU 2008 juga PRN 2011 lepas.


Ketika ini, Sarawak yang mempunyai 31 kerusi Parlimen – 29 daripadanya dikuasai BN Sarawak - PBB, SUPP, PRS dan SPDP manakala 2 lagi kerusi Parlimen, iaitu Bandar Kuching dan Sibu , masing-masing kawasan bandar dikuasai parti pembangkang DAP.

Mengikut tradisi, yang digunapakai selama ini, pebahagian kerusi Parlimen yang ditandingi kompenan BN Sarawak – 14 ditandingi PBB, SUPP 7 kerusi, PRS 6 kerusi dan SPDP 4 kerusi.

Dalam PRU-13, hanya kerusi Parlimen sahaja yang akan ditandingi di Sarawak memandangkan kerusi DUN diadakan berasingan dan telah diadakan pada April lepas.

Daripada keempat-empat kompenan BN Sarawak, prestasi SUPP perlu diperbaiki. Prestasi merosot SUPP pada PRN Sarawak April lepas dijangka akan berulang lagi pada PRU-13 akan datang. Jika ini berlaku dan menjadi kenyataan, kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri akan jatuh kepada Pembangkang DAP.

Sentimen benci terhadap kerajaan yang dibawa Pembangkang DAP kepada pengundi-pengundi Cina telah menular ke Sarawak seperti yang digambarkan pada PRN Sarawak Ke-10 dijangka akan berterusan pada tempoh yang agak lama.

Perhimpunan SUPP yang dijadualkan hujung tahun ini dan pemilihan jawatan Presiden SUPP bagi menggantikan Tan Sri Dr George Chan dijangka tidak akan dapat mengubah parti itu dalam masa yang singkat sekiranya PRU-13 diadakan pada awal tahun depan.


Penerimaan Gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri, datuk Seri Mohd Najib Razak semakin diterima rakyat di Sarawak. Dalam masa yang sama, sentimen rasis kecinaan yang dibawa Pembangkang DAP yang berterusan juga telah menguatkan kebencian terhadap kerajaan. Media massa seperti akhbar-akhbar Cina yang banyak memainkan isu membenci kerajaan telah diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin Pembangkang DAP.

Kini, bagi mengimbangi kerasisan mereka, DAP telah membawa dan memperkenalkan pemimpin DAP dari kalangan orang Bumiputera Sarawak termasuk Melayu. Dijangka, DAP akan cuba untuk menambah kerusi yang akan ditandinginya di kawasan Parlimen seperti Parlimen Mas Gading dan Kota Samarahan.


Keyakinan DAP begitu tinggi dan menukar coraknya untuk menghadapi kompenan BN Sarawak seperti PBB, PRS dan SPDP. Mereka tidak lagi memandang SUPP sebagai ancaman utama disebabkan kejayaan  mereka mengalahkan SUPP pada PRN Sarawak Ke-10 dan mengalih pula kepada persaingan yang lebih kompetitif.

Bagi DAP, kerusi parlimen di kawasan bandar seperti Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri pasti akan berada dalam genggaman mereka. Atas sebab itu, DAP kini meluaskan kuasa dan pengaruhnya dengan bercadang meletakkan calon di kawasan luar bandar.

Isu PRN Sarawak yang lepas masih lagi menjadi isu utama Pakatan Pembangkang dengan tanah menjadi kedudukan tertinggi di samping pembangunan setempat. Begitupun, pengumuman Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana menteri dengan memperuntukkan bajet yang besar ke atas pembangunan luar bandar dijangka akan menaikkan sedikit sokongan ke atas BN. Hanya perlaksanaan yang akan ditunggu rakyat sebelum sebarang penilaian dibuat menerusi kertas undi.

Isu tanah yang kini sedang ditangani jabatan dan agensi terlibat dan dibantu sumber kewangan oleh kerajaan Persekutuan masih belum mampu menarik sokongan rakyat khususnya di kawasan pedalaman. Fitnah dan fakta yang salah yang diberikan Pakatan Pembangkang setiap kali memberikan ceramah kepada rakyat di lapangan telah membolehkan rakyat mempercayainya.

PKR, kompenan Pakatan Pembangkang yang diterajui Baru Bian juga dijangka akan memberikan saingan kepada BN Sarawak khususnya ke atas kompenan SPDP – kerusi Parlimen Saratok dan Baram. Kedua-dua kerusi Parlimen ini berpotensi untuk diambil PKR sekiranya pucuk pimpinan SPDP tidak mengambil langkah dalam mengatur strategi menambat hati pengundi. Kelantangan pengundi di lapangan yang mahukan penyandang ditransformasikan bagi mengurangkan tekanan rakyat di atas perkhidmatan yang ditawarkan sebelum ini tidak memenuhi aspirasi rakyat. Jika ini berlaku, sokongan ke atas BN Sarawak pasti akan dapat diulangi.


Parlimen Saratok yang kini disandang Jelaing Mersat yang merupakan Setiausaha Agung SPDP merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri dijangka akan mendapat saingan sengit daripada PKR sekiranya meletakkan ADUN Krian, Ali Biju. Prestasi dan mainan tarik tali dalam menyatakan minatnya mempertahankan kerusi Saratok telah membuatkan rakyat tidak lagi berkeyakinan terhadapnya.

Begitu juga dengan Parlimen Baram apabila rakyat telah memasang 4 banner dan mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan SPDP sebaik sahaja diumumkan Presiden SPDP, tan Sri William Mawan yang mahu mengekalkan penyandangnya pada PRU-13 akan datang. Tanpa ada paksaan daripada parti politik pembangkang, rakyat keluar menyatakan suara rakyat yang mahukan transformasi calon BN.


Bagi mengimbangi isu-isu di kawasan yang pastinya membuatkan BN Sarawak tidak senang duduk, terdapat keperluan bagi parti pemerintah BN untuk melakukan transformasi politik seperti yang dilakukannya semasa PRN Sarawak yang lepas dengan mengetengahkan calon-calon baru yang lebih tangkas dan berdaya kepimpinan. Hanya melalu cara ini, rakyat akan melihat satu dimensi baru yang dibawa calon-calon baru bagi mengimbangi calon-calon Pakatan Pembangkang khususnya DAP dan PKR yang kebanyakannya mengetengahkan orang-orang muda yang berwawasan.

Permasalahan dalam SPDP yang membabitkan 5 pemimpin tertinggi SPDP yang juga wakil rakyat sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana pastinya akan membawa mala petaka yang amat besar kepada BN Sarawak juga kepada BN secara keseluruhannya. 


Pada PRU 2008, kebanyakan pemilik gerai di Selangor khususnya mereka yang berniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom menyokong Pakatan Pembangkang menerusi undi dengan mengundi calon DAP dan PKR. Mereka berbuat demikian setelah termakan janji-janji manis calon Pakatan Pembangkang.

Mereka berkumpul bagi membantah tindakan ADUN Telok Datok dari DAP, Philip Tan Choon Swee dan Anggota Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid yang didakwa lepas tangan dalam isu itu.

Itu yang berlaku pada Mac 2008, tetapi kini mereka mula sedar bahawa pemimpin Pakatan Pembangkang itu bukan sahaja tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat sebaliknya mengutarakan janji-janji kosong. Akibatnya, gerai-gerai yang diusahakan mereka sejak 60 tahun lalu telah musnah dirobohkan walaupun beberapa kali memohon penangguhan, tetapi tidak diendahkan.

Kedai mereka dirobohkan pada 26 September lalu atas arahan kerajaan negeri tanpa ada perasaan belas kasihan dengan menolak permintaan untuk menangguhkan dahulu perpindahan mereka.

Difahamkan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang ada menawarkan sebuah kedai, tetapi hanya berkeluasan 100 kaki persegi, lebih kecil dari saiz kedai asal mereka.

Seorang peniaga, Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan setimpal kepada mereka dan bukannya memberi sebuah kedai berkeluasan tidak sampai 100 kaki persegi.

"Tanah untuk kedai ini sudah dimiliki sejak zaman pemerintahan British lagi, kini hak kami sejak empat generasi lalu dirobohkan tanpa apa-apa pampasan setimpal diberikan."

Mereka difahamkan tempat tersebut diperlukan untuk kegunaan sekolah dan akur serta bersetuju dengan cadangan itu, namun mahu kerajaan negeri memberipampasan sewajarnya seperti wang atau tapak perniagaan yang bersesuaian.

Seorang lagi peniaga, Siah Peck Yoke, 53, menjelaskan dalam satu mesyuarat yang pernah diadakan sebelum ini, mereka dijanjikan pemilikan tanah kerana sudah menduduki kawasan tersebut sejak lebih 30 tahun namun itu hanya janji.

"Saya nak tanya mana semua orang kerajaan, adakah mereka turun menjalankan tugas ataupun hanya tidur. Saya ingin mereka jawab adakah mereka tidur saja."

Selepas ini, peniaga-peniaga di Selangor tidak akan tidur lena dengan memikirkan gerai mana lagi yang akan menjadi sasaran dirobohkan. 

Sunday, October 30, 2011



Andai dikatakan negeri paling mundur dari segi keperluan asas, pastinya ramai yang bersetuju memilih Kelantan. Semenjak memerintah Kelantan dari tahun 1994 hingga sekarang, masalah bekalan air paip yang menjadi manifesto PAS sewaktu pilihan raya dulu masih lagi tidak diselesaikan. Kini, dah nak masuk PRU-13, masalah ini masih juga tidak dapat diselesaikan, tetapi apabila bercakap pasal politik PAS seperti berkeyakinan bahawa PAS akan sekali lagi mempertahankan Kelantan sekali lagi.

Isu bekalan air paip di Kelantan bukanlah perkara baru yang telah kerap kali janji-janji manis mulut diberikan PAS sewaktu pilihan raya. Sehingga kini, masalah ini tiada kesudahannya sebaliknya menyalahkan kerajaan terdahulu kononnya mengabaikan kebajikan rakyat Kelantan.

Dalam hal ini, kerajaan PAS tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat bagi menangani masalah air paip. Sebagai parti yang memerintah, kerajaan PAS harus sedar tanggungjawab yang harus dipikulnya dan bukannya menyalahkan orang lain.

Kejayaan PAS menawan Kelantan daripada BN pada Pilihan Raya 1994 itu menandakan rakyat menolak kepimpinan BN dan mahukan perubahan. Mereka percaya PAS mempunyai pilihan yang lebih baik daripada BN bagi menyelesaikan masalah mereka khususnya dalam menghadapi masalah air paip.


Kemenangan PAS ketika itu dan berjaya membentuk kerajaan negeri dilihat akan dapat menyelesaikan masalah rakyat. Harus diingat, Jabatan bekalan Air Kelantan terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bagaimanapun, dari 1994 hingga sekarang, 17 tahun berlalu masalah air ini tidak juga selesai.

Terbaru, penduduk India di Kelantan pada perayaan Deepavali ini menghadapi kesukaran apabila bekalan air paip sentiasa terganggu dan yang lbih parah ada tempat yang tidak mempunyai bekalan air paip. Demikian juga pada bulan Ramadhan dan Syawal yang menyaksikan bekalan air aip terjejas hingga menyebabkan kehidupan seharian terutama untuk mengambil air sembahyang dan keperluan kehidupan harian mengalami gangguan.

Dalam aduan rakyat yang disiarkan di TV3 pada Sabtu dan Ahad menceritakan masalah air di Kelantan tidak hanya terhad kepada kawasan Kuala Krai sahaja, tetapi juga berlaku di Machang, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas.


Semasa ditemuramah, Mohd Ashiri Awang, Ketua Jabatan Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan, Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) menjelaskan pihaknya sedang dalam kajian mengenal pasti air tidak berhasil, NRW, kini dilakukan dan dijangka siap setahun lagi.

Ketika diajukan masalah air ini oleh penonton TV3 mendapati masalah air di Kelantan bukan isu baru. Bermacam liputan berita serta laporan khas dilakukan sebelum ini, namun tiada perubahan ketara.

Berikut adalah antara beberapa orang rakyat Kelantan yang ditanya mengenai masalah air paip ini:

Ramli Hussin, Wartawan: "Rakyat memang nak sesuatu perubahan dari sudut kemudahan air. Jadi mungkin dia malu ke, takut ke atau selesa dengan suasana susah dinilai. Tapi hakikatnya, mereka memberontak mengenai air ini. Saya tak tahu masalah ini akan di terjemah dengan bentuk apa."

Zamzuri Ismail, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Dia tak boleh lari dari masalah. Dia kena selesai masalah ini. Itu jalan penting. Bukan nak politikkan. Kita tak nak politikkan sebab di sini, Kelantan PAS tak payah takut. Ramai orang sokong PAS. PAS tak payah takut di Kelantan. Tapi kalau dah tak ada macam ini, saya pun fed-up betul tak. Saya 2008 pun dengan dia orang bersama dia orang. Kalau dah macam ini kita pun fed-up. Dah tak dapat bagi apa yang kita perlu."

Seorang penonton TV3 telah mengutarakan pandangan yang boleh dikongsi bersama menerusi emel. Adiknya kini sedang menuntut di Maktab Rendah Sains MARA di Tumpat, Kelantan. Adik pengadu mengadu adalah menjadi satu kebiasaan menghadiri kelas tanpa mandi untuk 3 atau 4 hari. Malah pelajar-pelajar digalak pulang ke rumah hujung minggu kerana tiada air di maktab.

Persoalan, bagaimana dengan nasib pelajar perempuan yang berhadas dan ke mana pelajar luar Kelantan pergi bila diminta tinggal luar asrama hujung minggu?

Selepas ini undi PAS, Kelantan tidak akan berair lagi. 


Selepas diberikan cuti bergaji, Prof Dr Abdul Aziz Bari sekali lagi mendapat durian runtuh apabila mendapat sebutir peluru yang diposkan terus ke rumahnya di Gombak. Selain peluru, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

Beliau menerima surat dan peluru itu sebaik sahaja hendak keluar keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai.

Peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi. Begitupun laporan polis belum dibuat sebaliknya terus melaporkannya kepada Malaysiakini untuk dijadikan bahan berita supaya semua dunia mengetahui nasib yang sudah menimpanya setelah tulah kepada Sultan.

Dengan nada selamba, beliau menyatakan tidak pernah takut dengan ugutan sedemikian. Malah berkata beliau tidak akan takut dengan permainan orang pengecut seperti UMNO.


Sebelum ini, beliau pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

Kini, masa depannya sebagai pensyarah sudah kian malap dan hitam. Bagi menjayakan kehidupannya bersama keluarga, kini Prof Dr Abdul Aziz Bari mengikut telunjuk PAS selaku parti yang simpati dengan nasibnya untuk mengadakan ceramah mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Walaupun berilmu dan pakar, hakikatnya PAS telah mempergunakan Prof Dr Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat Malaysia dengan menjaja isu akan nasibnya yang kononnya kerajaan zalim terhadapnya sedangkan hakikatnya nasibnya itu adalah disebabkan kenyataannya yang celupar dengan Sultan Selangor dan tiada kena mengena dengan kerajaan dan BN. 


Portal milik Pembangkang Sarawak Report yang diusahakan anak Sarawak di London sekali lagi mencetuskan polemik politik murahan apabila seperti biasa menimbulkan isu kononnya Alastair Campbell, bekas ketua komunikasi Perdana Menteri Britain, Tony Blair bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tuduhan terbaru Sarawak Report itu ternyata mahu menjatuhkan imej Perdana Menteri. Kini, Pakatan Pembangkang terdesak untuk mencari isu untuk menyerang peribadi Najib dalam menjatuhkan kerajaan pimpinannya. Untuk itu, setiap apa cara yang dilakukan Pakatan Pembangkang kini menjurus kepada serangan ke atas peribadi Najib dan Rosmah.

Dakwaan tersebut dibuat apabila penulis Sarawak Report melihat Alastair Campbell di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan. Sarawak Report juga melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengingatkan, jika benar dakwaan dalam Sarawak Report itu, tindakan Najib mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.

Ternyata, PAS telah termakan dakyah dan propaganda Sarawak Report yang semua orang tahu hanya merupakan portal menabur fitnah. Menjadi asam garam menjelang pilihan raya Sarawak Report kembali memukul gendang dengan menabur fitnah ke atas Perdana Menteri seperti mana yang telah dilakukan ke atas Ketua Menteri Sarawak menjelang PRN Sarawak Ke-10 April lepas. Itulah yang dilakukan penulis Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.


Ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak berusaha untuk meningkatkan sosioekonomi dan memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia, Pakatan Pembangkang seperti biasa menolak cadangan itu. Alasannya mudah, projek transformasi yang hendak dibangunkan kerajaan itu sia-sia sahaja dan menghabiskan wang rakyat.

Seperti biasa, parti bukan pemerintah akan sentiasa cuba untuk menggagalkan cadangan kerajaan  walau dengan apa cara sekalipun.

Terbaru, cadangan kerajaan mahu membangunkan Kampung Baru telah mendapat bantahan daripada parti pembangkang dan bukannya daripada penduduk Kampung Baru. Yang peliknya, kenapa Pakatan Pembangkang terutamanya PAS dan PKR sibuk menghasut penduduk Kampung Baru untuk menolak cadangan kerajaan yang mahu memajukan kampung itu?

Yang pasti, penduduk Kampung Baru merupakan majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Melayu. Menjadi tradisi PKR dan PAS akan cuba menawan hati penduduk Melayu untuk menyokong mereka dengan menyampaikan dakyah dan fitnah kononnya cadangan kerajaan itu merugikan penduduk Kampung Baru.

Seperti biasa, PAS mengeluarkan janji-janji mulut manisnya dengan akan menjamin untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Bagi memberikan lebih janji mulut, Presiden PAS itu memberikan jaminan bahawa pembangunan Kampung Baru akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam manifesto Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jaminannya akan kita fikir, kita masukkan dalam manifesto kita. Maknanya hak rakyat akan kita utamakan kerana pemaju ini ada kepentingan. Yang lebih membimbang kita ialah ia dibayangi rasuah.”

Jika ini berlaku, perkara yang sama seperti yang berlaku ke atas Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan beberapa buah kampung di Kelantan yang hanya bermodalkan janji manis mulut dan akhirnya kampung tergadai.


Ketika umat Islam di seluruh dunia sibuk dan datang berpusu-pusu ke Mekah bagi menunakan rukan Islam ke 5, Anwar Ibrahim pula sibuk menghadap mentor merangkap punca kewangannya, Al-Gore bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

Menurut Anwar Ibrahim dalam akaun twitternya, beliau menghadiri mesyuarat dengan Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu. Persoalan di sini, atas jawatan apa Anwar Ibrahim berbincang dan berjumpa di London?


Secara jelas, Anwar Ibrahim bukan menteri dalam kerajaan Malaysia dan hanya bertindak sebagai Ketua Umum Keadilan dan Ketua Pembangkang di Parlimen? mungkin persidangan dan berbincangan homoseksual seluruh dunia?

Ini berkemungkinan berlaku memandangkan latar belakang sejarah peribadi Al Gore yang merupakan mengkritik utama polisi-polisi yang diperkenalkan Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage). Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.

“Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan”.
                                     
Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore

Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.
           
Atas sebab itu, Anwar Ibrahim terbang ke London untuk mendapatkan sumber kewangan bagi Pakatan Pembangkang menghadapi PRU-13 akan datang. Kalau hendak mengharapkan dana Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, ianya masih tidak mencukupi dan memandangkan negeri-negeri itu juga menghadapi defisit ekonomi.

Gambar di atas dirakam semasa mesyuarat GIM di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore, yang melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan

Al Gore sebagai pengerusi GIM turut melantik penasihat-penasihat antarabangsa, termasuklah, Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di PBB; Jonathan Lash, bekas Presiden World Resources Institute; Mitch Kapor, pakar teknologi maklumat dan aktivis hak asasi; John Doerr, venture capitalist dan Anwar Ibrahim.

Anwar dilantik penasihat antarabangsa GIM pada Februari 2005 setelah bermesyuarat semula dengan Al Gore di pejabatnya di One Vine Street, London.

Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, GIM yang dianggotai Anwar telah melabur dana sebanyak $10 million kepada Green Road

Untuk itu, pemergian Anwar Ibrahim ke London telah direstui pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang lain seperti Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Bagi mereka tujuan Anwar Ibrahim ke London adalah untuk mendapatkan dana dan kewangan untuk membiayai kempen PRU-13 mereka akan datang. 

Saturday, October 29, 2011



Kenyataan Nik Aziz yang menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang kurang melakukan penguatkuasaan ekoran kewujudan kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan dianggap terkena batang hidung sendiri.

Seperti biasa, Nik Aziz akan menunding jari kepada kerajaan terdahulu (BN) yang dikatakan sebagai punca gejala ini berleluasa. Nik Aziz juga menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyatnya di Kelantan untuk tserlibat dalam gejala yang tidak bermaruah itu.

Alasan yang diberikan Nik Aziz itu sangat tidak bermaruah dengan menyalahkan orang lain. Sikap begini sentiasa dipunyai pemipin Pakatan Pembangkang seperti Lim Guan Eng, Mat Sabu Anwar Ibrahim dan ramai lagi. Sambil menyalahkan orang lain, kesalahan yang dilakukan sendiri tidak menjadi beban kepada mereka.

Jelas juga menggambarkan pemerintahan Nik Aziz dan PAS yang bersandarkan Islam di Kelantan GAGAL. Apakah yang dibuat Nik Aziz dan PAS sepanjang memerintah Kelantan?


Ternyata Nik Aziz dan PAS tidak melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat ada PRU 2008 yang lepas. Sebaliknya Kerajaan PAS Kelantan sibuk untuk mengaut keuntungan dengan mengambil tanah rakyat Kelantan.

Selain aktiviti pelacuran, kegiatan perjudian nombor ekor juga semakin banyak di Kelantan. Jawapan yang sama diberikan Nik Aziz, kurangnya penguatkuasaan. Difahamkan, sewaktu PAS menakluk Kelantan pada 1990, PAS telah mengharamkan jegiatan perjudian nombor ekor. Tetapi, kini aktiviti itu kian berkembang. Yang menyedihkan pusat kegiatan pelacuran dan perjudian itu berhampiran dengan pejabat Menteri Besar Kela

Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan PAS Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.

Apakah rakyat Kelantan masih mahu mengundi PAS yang akan membawa lebih banyak lagi aktiviti pelacuran dan perjudian?


Nik Aziz mempunyai kekuatan tersendiri di dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada individu-individu yang sangat rapat MB Kelantan itu. Bahkan anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh pernah beberapa penggal menjadi ahli Majlis MPKB-BRI. Peguam Nordin Nor yang juga dermawan untuk Parti PAS dan orang kuat Masjid Muhammadi turut duduk di jawatan itu. Bahkan, ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada aktivis-aktivis penting parti PAS dan antara mereka ialah,

Ustaz Abdul Rahman Yunus (Timbalan YDP PAS Kawasan Kubang Kerian)

Haji Dr. Izani Bin Husin

Wan Azimin Wan Adnan

Mohd Nor Bin Mat Yajid

Nor Hashiman Binti Deraman

Jabatan Kemasyarakatan MPKB-BRI pula diketuai oleh dua pegawai iaitu

Tuan Haji Ropien Bin Hassan dengan jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat.

Wan Mohd Sharafi Bin Wan Mustaffa dengan jawatan Penolong Pengarah Pembangunan Insan.


Laporan Ketua Audit Negara berhubung berlaku beberapa perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kerugian dan ketirisan dalam perkhidmatan awam akan diambil tindakan segera oleh pihak-pihak berwajib. Ini bagi menjamin keseriusan kerajaan dalam menangani perbuatan yang tidak bertanggungjawab tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara, beberapa kesalahan dan perlakuan yang melibatkan bentuk pembelian dan urusan jual beli barangan keperluan pejabat dan organisasi telah dilaporkan dengan membabitkan nilai yang besar. Bagi menangani masalah ini supaya menjadi iktibar dan pengajaran di masa hadapan, kerajaan akan melakukan siasatan dan mengenakan hukuman setimpal.

Bagi menangani isu penyelewengan, kerajaan telah menyediakan sistem semak dan imbang, iaitu tindakan akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan.

"Ia perlu supaya mereka yang terlibat tidak terlepas daripada hukuman dan masalah penyalahgunaan peruntukan tidak berulang.”

Kerajaan tegas mengamalkan konsep akauntabiliti dan perkara itu jelas melalui laporan yang dibentangkan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Bagaimanapun, bagi kerajaan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan. Sebaliknya, mereka kini hanya menunding jari kepada kerajaan di atas Laporan Ketua Audit Negara itu yang memfokuskan kesalahan di atas jabatan/ kementerian dalam perkhidmatan sekarang.

Akibat daripada sikap keterlaluan dalam menunjukkan kesalahan ke atas kerajaan BN, mereka tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengatasi penyelewengan yang dilakukan ke atas negeri taklukan mereka. Ini secara langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Pembangkang menghalalkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Laporan Ketua Audit Negara juga antara lain menegur dua negeri di bawah Pakatan Pembangkang, iaitu Selangor dan Kelantan berhubung beberapa kelemahan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan pengurusan kewangan selain penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri dan kawalan peruntukan yang tidak cekap.

Di Selangor, pelbagai kelemahan telah dikesan hingga menyebabkan syarikat milik penuh kerajaan negeri kurang berdaya saing. Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan sehingga kini Anwar Ibrahim tiada jawapan ke atas persoalan itu.

Kelantan pula sehingga Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan masih liat dan gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran balik hutang yang tinggi kepada kerajaan persekutuan. Menjadi kelaziman kerajaan Kelantan, mengkritik dan memfitnah kerajaan Persekutuan, tetapi meminta bantuan kewangan ekonomi pula.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga memperlihatkan penyata negeri Selangor berhubung hasil pendapatan kerajaan negeri menurun sebanyak 10.9 peratus, iaitu jumlah yang tertinggi dalam mana-mana negeri di Malaysia.

Pulangan pelaburan jangka panjang di Selangor juga tidak memuaskan apabila mendapat pulangan dividen rendah dan hanya 64.5 peratus projek Rancangan Malaysia Ke-9 dibiayai kerajaan negeri dapat disiapkan.

Laporan Audit Negara yang diumumkan awal minggu lalu juga mengandungi teguran Ketua Audit Negara yang mendapati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Selangor tidak membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan jabatan atau agensi untuk 2009.

Demikian juga dengan anak syarikat pelaburan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) juga mencatatkan kerugian RM122 juta pada tahun 2009.

Bayangkan sekiranya Pakatan Pembangkang mentadbir dan memerintah Malaysia sekiranya Laporan Ketua Audit Negara diambil kira? Pastinya, negara akan hancur dan terjerumus ke arah inflasi dan kemelesatan ekonomi disebabkan pemimpinnya yang tidak opandai memerintah dan mentadbir ekonomi sebaliknya hanya gemar bermain politik kotor. 

Friday, October 28, 2011



Pada 20 Oktober yang lepas, Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan singkat ke Sarawak. Lawatan singkat Anwar Ibrahim itu bertujuan untuk menemplak Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu. Lawatan singkat itu, Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar di hotel rasminya di Hotel Grand Continantel, Kuching yang menjadi hotel tetapnya setiap kali datang ke Sarawak.
                                                                  
Kehadiran Anwar Ibrahim telah disambut Penasihat PKR Sarawak, Hafsah Harun dan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan beberapa Exco PKR Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sejurus tiba, Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar di Hotel Grand Continantel, Kuching. Sepanjang sidang akhbar turut menemaninya, Baru Bian, Hafsah Harun, See Chee How dan beberapa Exco PKR Sarawak. Seperti biasa, kebanyakan yang hadir adalah wartawan-wartawan Cina yang datangnya dari akhbar berbahasa Cina.

Anwar Ibrahim mengambil peluang mengadakan sidang akhbar dengan menjemput wartawan-wartawan Cina dan Iban supaya mesej yang akan disampaikannya sampai ke pembaca Cina yang menyokong DAP dan PKR, dan pembaca Iban yang kebanyakannya penyokong PKR.

Selepas mengadakan sidang akhbar, Anwar Ibrahim yang ditemani Baru Bian dan Zulrusdi Hol telah melawat ke sebuah rumah di No 155, Kampung Seratau, Jalan Kuching-Serian. Kehadiran tetamu dan ditambah penyokong yang hadir adalah sekitar lebih kurang 50 orang sahaja.


Setelah kecewa dengan kehadiran tetamu dan penyokong yang tidak sampai 100 orang, Anwar Ibrahim dan rombongan telah bergerak ke Serian dan Caguor Café, Kampung Sebuloh, Batu 4, Jalan Bau/ Lundu, Bau. Di situ, kehadiran Anwar Ibrahim telah disambut lebih kurang 20 orang hadirin sahaja. Ternyata, kehadiran Anwar Ibrahim di kampung itu sangat mengecewakannya dan terpaksa mempercepatkan ucapannya kerana terlalu kecewa dengan kehadiran tetamu.

Destinasi terakhir Anwar Ibrahim dan rombongan ialah ke Restoran Sri Buntal, Kampung Buntal, Kuching. Di situ telah menanti ratusan penyokong PKR yang dianggarkan berjumlah 120 orang sahaja. Kebanyakan yang hadir adalah penyokong-penyokong PKR dari Bandar Kuching yang mengintai mahu makan percuma. Manakala hanya segelintir sahaja penduduk Kampung Buntal yang hadir pada malam itu memandangkan ketika itu malam Jumaat.

Secara ringkasnya, kehadiran Anwar Ibrahim ke Kuching dalam rangka lawatan singkatnya untuk memburukkan Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri tidak mendapat sambutan sebaliknya kekecewaan yang diterima Anwar Ibrahim. Di sebalik ucapan memburukkan Belanjawan 2012, turut diselitkan janji-janji palsu pilihan raya Pakatan Pembangkang di Selangor khususnya dalam pemberian percuma air, pemberian wang kepada warga emas, anggota keluarga yang meninggal dunia dan kelahiran bayi. Semua ini adalah untuk memancing undi pada PRU-13 akan datang dan sekaligus memburukkan negeri Selangor di bawah Pakatan Pembangkang yang sangat diketahui rakyat Sarawak. 


Ketidaksepakatan pembahagian kerusi yang akan ditandingi Pakatan Pembangkang di Kedah dijangka akan merebak ke beberapa negeri lain termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.

PKR, PAS dan DAP masing-masing tidak mahu mengalah dalam pembahagian kerusi di Kedah dengan alasan setiap calon dan parti yang akan bertanding di satu-satu kawasan akan kalah. Hakikatnya, imej BN yang sedang dalam melaksanakan transformasi di peringkat kompenan sama ada UMNO, MCA, MIC mahupun kompenan di peringkat negeri telah semakin diterima rakyat sejajar dengan hasrat Presiden BN.

Kemelut antara DAP dan PKR di Kedah berhubung pengagihan kerusi Parlimen dan DUN yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti menjelang pilihan raya umum akan datang.


Situasi terbaru yang berlaku di Kedah ini bukanlah suatu isu yang baharu, sebaliknya telah menjadi asam garam dalam setiap kali menjelang pilihan raya. Keadaan sekarang nampak berbeza kerana Pakatan Pembangkang yang beriya-iya mahu mengadakan pilihan raya sedangkan parti memerintah, BN sibuk dengan membantu menyelesaikan masalah rakyat dan memajukan negara.

Malah situasi yang berlaku di Sarawak semasa Pilihan Raya DUN Sarawak April lepas yang menyaksikan kegagalan pembahagian kerusi di antara PKR, DAP dan SNAP. Kegagalan ini telah menyaksikan pertembungan menarik antara PKR dan SNAP dengan BN. Pertembungan menarik ini akhirnya memihak kepada BN sehingga dapat mengekalkan majoriti 2/3 dalam PRN Sarawak itu.

Apakah pertembungan menarik juga akan berlaku dalam PRU-13 akan datang dengan menyaksikan pertembungan sesama kompenan Pakatan Pembangkang? Ianya tidak mustahil dan jika ini semakin parah, pastinya akan berlaku pembubaran Pakatan Pembangkang seperti mana yang sering berlaku sebelum ini. Di sini, BN akan merasai kenikmatannya untuk mencapai kemenangan mudah 2/3 majoriti.

Bagaimanapun, senario terbaru Pakatan Pembangkang itu tidak berlaku dalam BN yang menekankan semangat muafakat bagi menentukan formula pengagihan kerusi memberi keadilan kepada semua parti komponen. Oleh sebab itu, setiap kali pilihan raya, BN tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Pembangkang khususnya di beberapa kawasan yang telah dipersetujui kompenan BN.

Kemelut Pakatan Pembangkang itu sesekali tidak akan dicampuri BN sebaliknya membiarkan agar isu tersebut merebak ke beberapa negeri bagi membuktikan Pakatan Pembangkang tidak sepakat dan lebih mementingkan diri sendiri.



Dakwaan Anwar Ibrahim kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan adalah sesuatu yang bersifat kecelaruan.

Adalah menjadi sifat Anwar Ibrahim akan cuba mencari kegagalan dan peluang untuk menyerang kerajaan walaupun pada hakikatnya negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang pun terlibat sama.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Dakwaan Anwar Ibrahim itu seolah-olah melihat dirinya tidak pernah berada dalam kerajaan. Harus diingat bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu bersifat mencari kelemahan dan penyelesaian, dan bukannya mencari kesalahan dan seterusnya membuatkan kesalahan itu kian teruk.

Harus diingat bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2011 sangat penting bagi menilai prestasi perkhidmatan awam yang berlangsung untuk tempoh setahun. Semua pihak perlu memahami bahawa laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa.

Tindakan kerajaan itu disifatkan sebagai mencerminkan ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara.

Thursday, October 27, 2011

Dalam usahanya menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan cuba untuk menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan liciknya untuk mencapai hasrat itu dengan mempergunakan PAS dan DAP yang bekerjasama dengan PKR yang dianunginya. Perlantikannya sebagai Ketua Pembangkang menjadikan cita-citanya itu kian berjaya, tetapi kes liwat dan video seksnya telah membuatkan cita-citanya kini untuk menjadi Perdana Menteri kian terhakis jauh sekali.


 Tarikh Yang Sama 21.2.2011

Selain Amerika Syarikat yang mempunyai beberapa pemimpin Islam yang ditakutinya, di Malaysia Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga takut kepada beberapa individu yang pastinya akan menentukan masa depannya.

 Mohd Saiful Bukhari Azlan

Mangsa liwat Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjadi tukang bancuh kopi hingga sanggup membawa Saiful ke luar negara hanya semata-mata bancuhan kopinya yang sedap. Tetapi, hakikatnya itu cuba memancing Saiful untuk mempelawanya menjadi pasangan liwat. Keberanian Saiful dalam mempertahankan haknya telah membuatkan Anwar Ibrahim sekain kecut dan kes ini kian sampai ke kemuncaknya.

 Wan Azizah Wan Ismail

Isteri kepada Anwar Ibrahim ini sememangnya seorang isteri yang taat kepada suami walaupun pelbagai perlakuan yang dilakukan Anwar Ibrahim itu boleh menggugat kesabaran seorang isteri. Demi kasih kepada anak-anak yang dilihat banyak menyebelahi Anwar Ibrahim, Wan Azizah tiada pilihan lain selain menyebelahi Anwar Ibrahim walaupun hakikatnya Wan Azizah tersepit di antara anak-anak dan kebenaran.

 Papa Gomo

Blogger ini dilihat sangat merbahaya dan boleh mengancam untuk membunuh kedudukan Anwar Ibrahim lebih-lebih lagi dalam kes video seksnya yang memperlihat batang tubuh Anwar Ibrahim tanpa seurat benang bersama pelacur kelas atasan dari China. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan Papagomo dan rakan-rakannya sangat dinanti rakyat dan membuatkan Anwar Ibrahim hanya menghitung hari bila tembelangnya akan musnah.

 Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan

Penarikan balik sepina yang ditujukan khas kepada Tan Sri Musa Hassan telah menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya penakut temberangnya akan pecah lebih-lebih lagi orang penting seperti Tan Sri Musa Hassan itu lebih mengenali Anwar Ibrahim.

Individu di atas adalah sebahagian sahaja dan pastinya ada ramai lagi individu yang menjadi orang yang ditakuti Anwar Ibrahim. 
Kematian ngeri beberapa pemimpin Islam di beberapa buah negara Islam menunjukkan negara-negara kuasa besar khususnya negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat terdesak untuk mengekalkan kuasanya hegemoninya.

 Bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein

Bermula dengan pembunuhan tragedis bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein semasa Perang Teluk yang menyaksikan tentera Amerika Syarikat dan Britain telah menyerang negara Iraq yang dilihat melanggar kedaulatan Iraq. Dakwaan bahawa Saddam Hussein pencetus keganasan hanyalah helah sebaliknya mahu menakluki negara Iraq demi kepentingan ekonomi dalam menguasai minyak.

 Bekas Pemimpin Al-Qqeda, Allahyarham Osama bin Laden

Atas tujuan memerangi keganasan, Amerika Syarikat telah melancarkan serangan nekad dan memburu pemimpin tertinggi Al-Qaeda, Osama bin Laden. Bagi Amerika Syarikat, kejadian 11 September yang telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk Amerika Syarikat menjadi titik tolak untuk melancarkan perang memerangi keganasan. Dengan angkuh, kematian Osama bin Laden itu telah menggambarkan Amerika Syarikat sebagai polis dunia yang bertindak mengawal keadaan.

 Bekas Perdana Menteri Libya, Allahyarham Muammar Gaddafi

Tempoh 6 bulan menyaksikan pemberontokan penduduk Libya yang didalangi Amerika Syarikat yang berakhir baru-baru ini dengan membawa kematian bekas Perdana Menteri yang juga pemimpin yang dikehendaki Amerika Syarikat, Muamar Ghadafi. Kematian tragiknya yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sekoran mayatnya yang dibiar dan dipamerkan seolah-olah membuktikan bekas Perdana Menteri Libya itu bersalah.

 Pemimpin Hammas, Palestin, Ismail Haniyah

Ismail Haniyah dikenal sebagai tokoh pragmatis yang lebih terbuka untuk berdialog dengan Israel. Namun dia menegaskan bahawa dialog damai dapat dilakukan bila Israel menerima hak-hak Palestin.

Namanya mula dijulang ketika Hamas, parti politiknya menang dalam pemilihan legislatif Palestin pada Januari 2006. Mempunyai hubungan erat dengan pemimpin spiritual Hamas, Syekh Yassin yang dibunuh oleh Israel. Hamas yang dipimpinnya menjadi pilihan rakyat Palestin yang bosan dengan perundingan yang dipegang oleh Fatah namun tidak pernah berhasil mengembalikan hak rakyat dan tanah Palestin, malah terus hilang.

 Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad

Sepanjang memerintah Malaysia, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya membawa Malaysia dari sebuah negara yang masih muda dalam mengecapi kemerdekaan ke arah negara membangun dan kini misinya diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.

Suaranya di peringkat antarabangsa sangat dihormati dan tidak kurang juga digeruni oleh negara-negara kuasa luar seperti Amerika Syarikat terutama dalam isu seperti negara-negara membangun dan isu Palestin yang sehingga kini tiada kesudahan. Peranannya dalam membawa keluar Malaysia dalam kemelesatan ekonomi akibat kejatuhan nilai mata wang dunia tanpa memerlukan pertolongan bank dunia.

Presiden Iran, Mahmaoud Ahmadinejad

Ahmadinejad nama yang menjadi kegerunan bagi Amerika Syarikat dan Israel ekoran sikapnya yang anti kedua-dua negara yahudi itu. Tindakan Amerika Syarikat yang cuba untuk mengucar-kacirkan Iran seperti yang dibuatnya ke atas Mesir, Syria dan Libya tidak berjaya disebabkan kesetiaan rakyat Iran ke atas Presiden Iran itu. Pastinya, Amerika Syarikat tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usahanya untuk memecahbelahkan rakyat Iran. Yang pasti, Amerika Syarikat dan Israel takut akan kebijaksanaan kepimpinan Ahmadinejad.

Kebijaksanaan mereka ini dalam memimpin negara masing-masing telah dicemburui pemimpin-pemimpin negara Barat yang tidak senang dengan keamanan dan kedamaian yang dinikmati rakyat di bawah pemerintahan mereka. Atas foktor cemburu dan ekonomi, pemimpin-pemimpin kuasa Barat cuba untuk meneguhkan peranannya sebagai kuasa dunia walaupun hakikatnya mereka ini hanyalah bersifat pengacau sahaja. 
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!