Wednesday, August 31, 2011




Ketika rakyat Malaysia menerima kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Pakatan Pembangkang masih memainkan persepsi ke atas kepimpinan Najib.

Atas sebab itu, Pakatan Pembangkang kini sedang cuba memanipulasi mainan politik ke atas kreadibiliti Najib. Mereka menganggap bahawa kepopularan Najib telah menjadikan rakyat Malaysia telah menerima kerajaan hari ini dan BN.

Merdeka Centre, sebuah badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat yang berpihak dan berpangkalan dengan Pakatan Pembangkang sedaya upaya untuk cuba menjatuhkan kreadibiliti Najib bagi mengaburi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah laporan Merdeka Centre sejak akhir-akhir ini sering menjatuhkan kepopularan Najib. Merdeka Centre sebelum ini telah mengumumkan bahawa sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun.

Merudumnya sokongan Najib dikatakan akan mengikut jejak langkah Pak Lah, bekas Perdana Menteri sebelum ini telah memberi impak kepada kemerosotan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah".

Penganalisis Merdeka Centre dan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Peningkatan mendadak kepopularan Najib sejak mengambilalih pentadbiran kerajaan dan Perdana Menteri telah mengganggugugat cita-cita Pakatan Pembangkang untuk merampas Putrajaya sebelum ini yang telah berjaya menampakkan kemajuan dalam PRU-12 dengan menakluk 4 negeri.

Anggapan Pakatan Pembangkang bahawa Pak Lah akan terus menerajui pentadbiran kerajaan selepas PRU-12 dan menjayakan rancangan mereka untuk menakluk Putrajaya disebabkan kelemahan kepimpinan Pak Lah ternyata meleset apabila peralihan kepimpinan jawatan Perdana Menteri telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pentadbiran Najib yang berteraskan Gagasan 1Malaysia pada awalnya mengundang persoalan di kalangan Pakatan Pembangkang. Ini kerana rancangan dan dasar yang cuba dibawa Najib dilihat sebagai suatu pendekatan yang sukar dicapai. Atas sebab itu, Pakatan Pembangkang cuba untuk menggunakan 1Malaysia sebagai dasar yang perlu diserang.

Bagaimanapun, sangkaan itu ternyata meleset apabila kepimpinan Najib bukan sahaja berjaya malah telah mengajak rakyat Malaysia melakukan transformasi bagi membawa Malaysia sebagai negara maju tahun 2020.

Pakatan Pembangkang tiada cara lain melainkan terus menyerang kepimpinan Najib yang ternyata sudah mula menarik minat rakyat Malaysia menyokong terus BN pada PRU-13 akan datang. 



Selepas insiden dikatakan dirempuh kenderaan polis pada 9 Julai lalu semasa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan kaki Mat Sabu cedera parah dan membolehkannya menggunakan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak.

Sambil menegaskan kecederaan yang dialaminya parah hingga membolehkannya mendapat rawatan kelas pertama di Pulau Pinang. Tercetus persoalan, kenapa perlu dirawat di Pulau Pinang sedangkan kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur. Apakah tidak ada kepakaran doktor-doktor di hospital mahupun klinik swasta mahupun kerajaan di Kuala Lumpur untuk merawat kaki Mat Sabu?

Bagaimanpun persoalan ini telah terbongkar dan terjawab apabila didapati segala perbelanjaan rawatan kaki Mat Sabu yang dijalani di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang telah menggunakan perbelanjaan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang berjumlah RM8,434.05.

Terjawab sudah bahawa tujuan Mat Sabu mendapatkan rawatan kakinya di Pulau Pinang disebabkan PAS tidak mampu membayar kos rawatan kaki Mat Sabu sehingga terpaksa melutut memohon keikhlasan DAP terutama daripada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Rawatan ini wajar memandangkan Mat Sabu ketika ini sedang giat melancarkan serangan membenci UMNO dan BN ke atas pengundi bukan Melayu. Atas semangat Pakatan Pembangkang, Lim Guan Eng sanggup memejam mata dan menggunakan wang PBAPP bagi menampung kos rawatan kaki Mat Sabu.

"Saya hairan apa sebabnya Mat Sabu mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ untuk rawatan lututnya dan bukan hospital kerajaan sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya mendapat rawatan lutut beliau di Hospital Kuala Lumpur sahaja. Ini sekadar menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan tempatan DAP sahaja".

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan

Penggunaan wang PBAPP ke atas merawat kos Mat Sabu tidak sepatutnya diluluskan memandangkan kecederaan lututnya bukan berlaku ketika waktu bekerja sedangkan beliau sebenarnya menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Lantaran itu, beliau turut menyifatkan kelulusan tuntutan perubatan itu bukan sahaja satu tindakan kerajaan tempatan DAP yang menyalahgunakan kuasa malahan juga merupakan pembaziran sumber kewangan di negeri ini.

Sehubungan itu, PCM telah menggesa supaya SPRM menyiasat tuntutan perubatan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu itu. Selain itu, PCM juga akan meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) menyiasat penyelewangan yang dilakukan DAP.

Tegasnya, perkara itu perlu disiasat dengan baik supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi PBAPP harus memberikan penjelasan mengenai tuntutan perubatan tersebut.


Jika sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu secara gentelmannya mendakwa sepasukan komunis yang menyerang pasukan polis di balai polis Bukit Kepung dianggap wira sebenar kemerdekaan, hari ini Pengerusi DAP, Karpal Singh menyangkal kenyataan itu dengan berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Karpal berkata ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden Pas) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar".

Pengerusi DAP, Karpal Singh

Kenyataan yang didakwa itu, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

ini sangat memalukan kerana seorang pemimpin berbangsa Melayu telah menidakkan anak bangsa sendiri dalam mempertahankan tanahair dan membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu berbanding kaum-kaum lain. Karpal Singh yang sebelum ini lantang memperjuangkan Anwar Ibrahim telah mengambil pendekatan menidakkan kenyataan Mat Sabu yang dikatakan telah memutarbelitkan sejarah.

Seperti kata Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim sebelum, Anwar Ibrahim (Mat Sabu) harus bertaubat!

Apakah selepas ini akan ada mesyuarat tergembar bagi membincangkan sikap dan tindakan Karpal Singh yang menyangkal dakwaan Mat Sabu? Sama-sama kita tunggu!


Kajian yang dijalankan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan agensi dan jabatan di bawahnya mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kajian itu menunjukkan kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Ini sekaligus menyangkal laporan kajian kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil menambah, Merdeka Centre hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri.

Merdeka Centre dalam laporan kajiannya mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Bagaimanapun, kajian Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan agensi serta jabatan di bawahnya telah membabitkan sebanyak 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara ikhlas.


Perbezaan ini membuktikan bawah kajian Merdeka Research Centre sangat diragui dan menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian seperti mana yang dilakukan di beberapa negara barat.

"Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya".

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim

Di samping itu, peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lepas juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.

Tuesday, August 30, 2011





Bagaimana seorang itu boleh dipilih sebagai pemimpin sekiranya dia banyak memiliki kelemahan? Atau, apakah seorang pemimpin yang memiliki ‘kecacatan ingatan’ boleh dipilih sebagai pemimpin dalam PAS?

Itulah yang berlaku ke atas Mat Sabu yang dikatakan ‘tidak ingat’ atau ‘mudah lupa’ dengan ayat-ayat yang diperkatakannya ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Tetapi, beliau boleh pula ingat bagaimana kenderaan polis dikatakan ‘merempuhnya’ sehingga menyebabkan beliau terjatuh dari motosikal dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 pada Julai lalu.

Apakah Mat Sabu ‘tidak tahan’ dengan angka 21 yang dikatakan mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya?

Sekadar ingatan, Mat Sabu pernah didakwa berkhalwat dalam bilik 121 di Hotel Perdana, Kota Bharu suatu ketika dulu tetapi dibebaskan mahkamah atas alasan teknikal.

Walaupun jawapan Mat Sabu itu adalah helah politik memandangkan isu beliau menyokong perjuangan komunis telah mendapat kecaman ramai tetapi bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah tersebut telah membuka pekung sendiri. Ini disebabkan segala percakapan Mat Sabu itu bukanlah fakta tetapi sebenarnya sekadar rekaan, tohmahan dan fitnah.

Kalau benar, Mat Sabu bercakap berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang betul sudah pasti beliau akan ingat apa yang diucapkan.

Melihat kepada tindak tanduknya Mat Sabu yang sejak menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS ini, kepopularan telah semakin meningkat dan dikatakan telah menjadi ‘ayam sabung’ PAS oleh Pakatan Pembangkang dalam menyerang UMNO dan BN.

Ketika PAS sedang persiapan menghadapi PRU-13, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah memberikan lampu hijau kepada Mat Sabu untuk berkempen dengan memburukkan UMNO dan BN sebagai medan persiapan pilihan raya. Atas sebab itu, Mat Sabu telah diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menyerang kreadibiliti UMNO dan BN sepanjang tempoh pilihan raya bermula dari sekarang.

Sehingga kini, tiada seorang pun pemimpin PAS mahupun Pakatan Pembangkang yang ‘berani menegur’ tingkahlaku Mat Sabu yang dianggap mereka sebagai pemimpin yang berkuasa mutlak.

Berasaskan selok belok Mat Sabu yang ketika ini telah menerima arahan daripada kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu khususnya Cina, India dan Orang Asli untuk menyokong Pakatan Pembangkang di kawasan DUN yang dimenangi BN sebelum ini.

Apapun, tingkahlaku Mat Sabu ini bukanlah sesuatu yang bijak kerana masyarakat Malaysia hari ini tidak mudah diperdaya oleh dakyah Pakatan Pembangkang yang ketika ini gemar bermain dengan persepsi. Sebaliknya, perbuatan Mat Sabu dan Pakatan Pembangkang sendiri telah menyebabkan kemerosotan undi dan pengaruh terhadap Pakatan Pembangkang. 

Sunday, August 28, 2011




Mat Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)".

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Teks petikan Utusan Malaysia mengenai Mat Sabu panggil komunis menyerang Bukit Kepong sebagai Hero

KUALA LUMPUR 26 Ogos -- Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

"Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya.- Utusan






Apakah perbezaan Mat Sabu dahulu, kini dan selamanya? Jawapannya tiada perbezaan kerana sejak dari azali lagi (ketika kecil) Mat Sabu telah menunjukkan kedegilannya. Begitu juga kini apabila telah menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS yang juga seorang pemimpin yang berlatarbelakangkan Anwarisme.

Ketika Perhimpunan Haram BERSIH 2.0, Mat Sabu adalah hero manakala heroinnya S. Ambiga. Dengan taktik dan teknik memutarbelitkan fakta dan sikapnya yang gemar menyampaikan fitnah dan pembohongan, lakonannya bahawa dia dilanggar kenderaan polis ternyata palsu belaka.

Kini, menjelang Malaysia mencapai kemerdekaan ke-54, Mat Sabu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menidakkan pejuang-pejuang kemerdekaan di Bukit Kepong ketika berhadapan dengan komunis sebaliknya mengangkat pejuang komunis sebagai hero sebenar.

Apakah motif sebenar Mat Sabu menyatakan sedemikian sedangkan dia tahu bahawa dalam kejadian tersebut di Bukit Kepong sekumpulan komunis telah mengepong balai polis dan menyerang polis dengan kejam? Apakah itu dianggap sebagai pejuang?

Umum mengetahui kebanyakan komunis terdiri daripada kaum Cina yang tinggal di dalam hutan yang perjuangan mereka berlandaskan kepada ideologi komunis di China dan Rusia. Komunis ini tidak percayakan Tuhan sebaliknya lebih mempercayai perjuangan mereka di dunia.


Melihat kepada itu, Mat Sabu ini bolehlah dilabelkan sebagai seorang pemimpin Islam yang tidak mempercayai Allah swt dalam konteks Islam. Demikian juga, Mat Sabu cuba untuk memberikan keyakinan kepada kaum Cina bahawa perjuangan komunis adalah sama dengan perjuangan DAP selama ini. Susulan ini beliau sangat menyokong perjuangan DAP yang dikatakan mirip perjuangan komunis.

“Mat Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong”.

“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya”

“Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah”.


Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau

Ternyata kenyataan Mat Sabu sebelum ini yang mengangkat komunis sebagai hero dan menidakkan perjuangan pasukan polis dan tentera semasa menentang komunis telah menyebabkan pejuang-pejuang negara yang masih hidup terguris hati.

Kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai hero sebenar.

Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri ketika serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu juga, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.

Mat Sabu tidak layak tinggal di Malaysia ini. Tempat yang selayaknya dia tinggal ialah Rusia ataupun Benua Antartika. Sikap sebegini yang membuatkan anak muda Malaysia akan terkeliru dan lupa akan sejarah sebenar pejuang dan tokoh kemerdekaan Malaysia. 

Friday, August 26, 2011




Kenyataan Mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah disebabkan kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah. Apakah bukti-bukti yang menyokong pandangan Mufti Perak itu atau sekadar pandangan peribadinya sahaja yang tidak diketahui sebab munasababnya?

Namun, yang pasti kenyataan Mufti Perak itu terus disalahtafsirkan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan daripada hukuman penjara dalam hukumannya menyalahgunakan kuasa semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, perpaduan orang Melayu telah dihambat perpecahan. Pembebasan Anwar Ibrahim telah bermulanya orang Melayu berpecah.

Semenjak kerelaan Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberikan peluang kepada suami tercintanya, Anwar Ibrahim untuk bertanding dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen maka ketika itulah Anwar Ibrahim mula menunjukkan taringnya yang selama berada di dalam penjara telah memasang strateginya.

Pertandingan sengit antara PKR dan BN dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh membuktikan PKR sanggup melakukan apa saja demi memastikan kawasan Parlimen Permatang dapat dimenanginya. Kepopularan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada asasnya sudah mengalami zaman malap, namun disebabkan kebijaksanaan Anwar Ibrahim mengekploitasi kepimpinan negara yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kepandaiannya memecahkan perpaduan Melayu telah menyebabkan Anwar Ibrahim menang. Tidak dinafikan juga peranan PAS dan DAP yang ketika seperti duri dalam daging kepada BN untuk terus menghukum kelemahan BN pada ketika itu.

Setelah lebih 15 kali PRK diadakan di sepanjang separuh penggal pemerintahan selepas PRU-12, Anwar Ibrahim telah berjaya memecahkan perpaduan kaum orang Melayu dengan mengaitkan apa saja yang berlaku sama ada ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya di Malaysia dengan politik dan keburukan BN. Bagi Anwar Ibrahim apa yang dilakukannya dan Pakatan Pembangkang adalah betul.

Menjadi kebiasaan Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim akan merujuk kepada UMNO sebagai tumpuan utama dalam menjatuhkan BN. Atas sebab itu, ketiga-tiga kompenan Pakatan Pembangkang sering menyerang UMNO yang dikatakan mempunyai peangruh yang besar dalam masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, kes liwat Anwar Ibrahim yang sedang dalam perbicaraan membela diri sedikit sebanyak telah membuka mata orang Melayu bahawa selama ini mereka telah dipermainkan dengan adegan sandiwara Anwar Ibrahim. Semakin hari rakyat Malaysia percaya bahawa Anwar Ibrahim sedang menghadapi masalah moral. Pendedahan video seks Anwar Ibrahim bersama Chinadoll telah menyebabkan populariti Anwar Ibrahim semakin merudum di kalangan rakyat termasuk ahli-ahli PKR sendiri.

Kebijaksanaan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009 lalu dan pengenalan 1Malaysia yang berteraskan Transformasi telah membuka minda rakyat Malaysia akan cita-cita Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat mencapai negara maju menjelang 2020.

Pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara pada tahun 2008 telah mencetuskan perpecahan perpaduan orang Melayu. 



Majlis Peguam yang sinonim dengan sokongan ke atas Pakatan Pembangkang dan kerap mengkritik kerajaan diminta untuk menyatakan pandangan mengenai tindakan Anwar Ibrahim yang menggunakan mahkamah sebagai pentas politik dalam menghentam kerajaan, sistem perundangan, mahkamah, hakim dan menyatakan kes liwat ini bersikap konspirasi.

Demikian juga tindakan Anwar Ibrahim yang diberi 3 pilihan, tetapi menerima pilihan ke-2, iaitu enggan memberi keterangan bersumpah dalam perbicaraan kes liwat dengan memilih memberi keterangan dari dalam kandang tertuduh.

Anwar memilih untuk memberi keterangan di kandang tertuduh bagi membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bermula Isnin lepas.

Apakah pandangan dan pendirian Majlis Peguam di atas kedua-dua persoalan di atas?

"Kenapa anwar tidak mahu disoal siasat oleh pihak pendakwa raya, jikalau beliau (Anwar) seorang yang teraniya kenapa perlu takut”.

Dalam pada itu, persoalan lain yang ditujukan kepada peguambela-peguambela Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan diperalatkan seperti patung sedangkan mereka tahu bahawa Anwar Ibrahim sememangnya melakukan liwat ke atas Saiful. 


Wajah lembut Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sentiasa menjadi rebutan ramai dan lenggok kata-kata manisnya yang boleh membuatkan ramai orang cair dan jatuh cinta. Berbeza dengan bapanya, Lim Kit Siang yang dilihat sangat bengis dan menampakkan emosi apabila bercakap dan akan mengamuk apabila soalan yang diajukan bersifat memuji BN.

Sejak lahir hingga sekarang, Lim Guan Eng telah dilahirkan dalam keluarga yang sangat membangkang kerajaan. Dan, tidak hairanlah beliau menjadi ketua menteri pertama daripada DAP.

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Lim Guan Eng telah mengingatkan rakan-rakan pemimpin dalam Pakatan Pembangkang supaya sentiasa merendah diri. Sikap inilah yang telah membuatkan rakyat suka dengan kita tanpa melihat daripada mana kita datang.

Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu telah menyaksikan DAP dan Pakatan Pembangkang telah berjaya menawan Pulau Pinang daripada BN. Kekalahan BN ketika itu dikatakan akibat kelemahan jentera BN serta masalah dalaman yang berlaku. Namun, faktor kejayaan DAP dan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang juga menjurus kepada bagaimana bijaknya Lim Guan Eng merendah diri dengan menjadikan rakyat sebagai modal untuknya memenangi pilihan raya.

Walaupun berasasl daripada Melaka, Lim Guan Eng bijak memainkan bahasa badan sehingga membuatkan rakyat Pulau Pinang terutama masyarakat Cina terpesona dengan wajah lembutnya. Jika dibandingkan dengan kemahiran dan kepandaian mentadbir, ternyata Lim Guan Eng tidak mempunyai kemahiran itu. Ini boleh dilihat bagaimana tindakan semasa mentadbir Pulau Pinang, masyarakat Melayu ditindas dan masyarakat Cina pula diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya.


Kini, Lim Guan Eng dan rakan pemimpin Pakatan Pembangkang sedang mencongak masa depan pentadbiran mereka di Pulau Pinang. Mereka belum pasti apakah mampu untuk mempertahankan Pulau Pinang atau terpaksa menelan kepahitan untuk menerima kekalahan.

Namun begitu, barang diingat dan mungkin ada yang menyedarinya, paling ketara taktik itu dikembangkan Guan Eng ketika menggerakkan misi untuk merampas Pulau Pinang daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008. Baik menjelang penamaan calon dan memasuki gelanggang PRU tersebut, itulah mukadimah dan penutup Guan Eng sama ada semasa sidang akhbar dan siri ceramahnya.

Bagi mereka terutama kalangan orang politik, yang mengikuti rencah dan corat-coret politik negara, sikap yang ditunjukkan oleh DAP barang kali agak unik berbanding sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang terang-terangan mempamerkan aksi angkuh, berdegar-degar serta memaki-hamun BN.

Namun, bagi para penyokong BN daripada UMNO, meskipun DAP nampak seolah-olah 'merendah diri' tetapi sebenarnya itu adalah strategi taktikal politiknya dengan sekurang-kurangnya pengundi atau masyarakat akan berasa simpati dan memangkah calon parti itu.

Jika diperhatikan pada kempen PRU Ke-12, Guan Eng pada sidang akhbar di Jalan Talipon, Georgetown pada suatu ketika sering mengulang-ulang kenyataannya.

"Mahu nafikan majoriti dua pertiga BN ini pun susah dicapai, macam mana kamu (pemberita) (boleh) cakap andai kata parti-parti pembangkang akan menang kerana ia tidak mungkin berlaku.

"BN pasti menang besar, yang cuma DAP nak pastikan ialah janganlah menang habis, menang sampai tsunami," kata Guan Eng.

Malah, pemimpin DAP itu 'dengan rasa rendah diri' juga mengingatkan pakatan pembangkang jangan sesekali bercita-cita tinggi melangit untuk berdepan BN. Sebaliknya, pembangkang harus menghadapi realiti bahawa BN tidak mungkin dikalahkan dalam senario politik negara sekarang.

Tapi itu Guan Eng. Taktiknya penuh psikologi dan taktikal. Itulah 'buah silat' DAP ketika masuk gelanggang. Tidak seperti Pas dan PKR yang mudah dibaca kilasnya dan akhirnya dinilai sejak awal tidak baik untuk menjadi pilihan rakyat pelbagai kaum.

Namun, barang diingat, meskipun gaya politik DAP nampak bersahaja serta 'cantik' tetapi jika dibuat penilaian mendalam, terutama ke atas manifesto PRU tempoh hari jelas banyak lompangnya.

Kerana itulah 'lagu yang didendangkan' oleh Guan Eng dengan 'rendah dirinya' perlu diamati dan direnung secara mendalam. Jika diamatipun, kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya umum lepas untuk memberi pendapatan isi rumah sebanyak RM6,000 sebulan.

Kalau dalam Buku Jingga mereka itu, hampir 'berderau darah' dibuatnya dengan dengan janji-janji pembangkang untuk memastikan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memiliki konsesi lebuh raya untuk pemberian tol percuma. Sedangkan, berdasarkan perkiraan ekonomi, ia kelak akan memakan belanja antara RM50 hingga RM100 bilion. Jika dilaksanakan, ia akan meningkatkan defisit negara lebih daripada 6.4 peratus dari KDNK. Dengan pendapatan kerajaan RM158.6 bilion pada 2009, melaksanakan janji itu akan menelan kos hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Di sebalik janji-janji ini, bagaimana pula dengan janji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diterajui Guan Eng untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dan Tol Jambatan Pulau Pinang dalam manifesto PRU-12. Setelah mendapat kuasa, janji itu tidak ditunaikan.

Rakyat mengerti bahawa KWSP tidak boleh disalah guna kerana ia khusus untuk simpanan rakyat semasa tua dan tidak boleh digunakan untuk menghapuskan bayaran tol. Kerajaan sendiri komited dalam soal tol dengan menurunkan kadar tol di Kampung Medan - Petaling Jaya Selatan daripada RM1.60 kepada RM1 bagi meringankan beban rakyat. Malahan, kerajaan telah membuat perakuan bahawa kadar tol di empat lebuh raya PLUS tidak dinaikkan dalam masa lima tahun. Demikian juga dengan komitmen akan menamatkan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur berkuat kuasa Mei 2011.

Ketika berucap di Jalan Talipon, George Town pada kempen PRU ke-12, kata Guan Eng, bukan MCA atau Gerakan yang akan terkena bahangnya jika penafian majoriti dua pertiga BN berjaya direalisasikan. Sebaliknya, tempias dirasai UMNO yang menjadi tonggak Melayu. Kerana hanya Pulau Pinang sahaja boleh menafikan dominasi UMNO, kata Guan Eng. Terbukti Pulau Pinang kin di tangan DAP.

Cuma, jangan percaya kepada lagu 'bendera putih' yang dialunkan Guan Eng dan DAP.

p/s: Olahan daripada Utusan Malaysia



Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui umat Islam yang terlibat dan menyertai aktiviti keagamaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja. Ini berdasarkan temu bual salah seorang individu yang ditahan JAIS dalam pemeriksaan JAIS.

Susulan itu, kenyataan Datuk Hassan Ali sebelum ini yang menyokong tindakan JAIS dalam menangani permasalahan murtad di kalangan umat Islam di Selangor adalah benar. Dr Asri sebaliknya setuju dengan kenyataan Datuk Hassan Ali itu bahawa Kerajaan Selangor dan PAS bertanggungjawab dalam hal ini.

Dr Asri juga menemplak penganjur majlis itu bahawa aktiviti di DUMC itu hanya bersifat majlis komuniti sahaja. Manakan ada majlis komuniti yang menganjurkan kuiz berkaitan Islam terhadap peserta beragama Islam dalam majlis itu kecuali disebabkan beberapa maksud tersirat.

Seorang ibu tunggal dalam temu bualnya bersama Dr Asri mengaku dirinya masih Islam, tetapi anak-anaknya cuba diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian lagu-lagu keagamaan. Ini sekaligus menafikan dakwaan penganjur majlis bahawa majlis yang diadakan itu adalah bersifat berbuka puasa.

Menurut ibu tunggal itu lagi, kesemua yang dilakukan mereka itu (umat Islam yang mengikut majlis Kristian) disebabkan untuk hidup. Selama ini mereka ini telah mendapat bantuan untuk hidup dan menyebabkan berasa terhutang budi.

Atas sebab itu, mereka tidak bermasalah untuk mengikuti majlis keagamaan Kristian untuk diri dan anak-anak mereka dan seterusnya memurtadkan diri mereka dengan keluar Islam dan memeluk agama Kristian.

"Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya".

Dr Asri juga percaya Gereja DUMC itu bijak menggunakan kesempatan di atas perpecahan umat Islam di Selangor yang disebabkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim. PAS yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Selangor hari ini ternyata tidak menjalankan amanah dan tanggungjawabnya untuk memelihara umat Islam di Selangor.

Mengakui pendekatan yang dilakukan Gereja DUMC terhadap umat Islam pada ketika ini sangat mempengaruhi minda penganut Islam. Menjadi amalan pendakwah gereja bahawa sifat membantu dan bijak merebut peluang harus ditekankan dalam kaedah mendakwah supaya mereka yang terbabit akan berasakan termakan budi.

Menurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan 'mesra dan sayang'. Apakah peranan yang dimainkan organisasi yang menguruskan zakat di Selangor seperti Pusat Zakat Selangor selama ini?

Saban tahun, organisasi pusat zakat berjaya mengutip jutaan ringgit daripada umat Islam di Malaysia mengikut negeri. Tetapi, ke manakah perginya wang zakat itu? Apakah ianya disalurkan kepada mereka yang benar-benar menerimanya?

Sebelum ini, cadangan Kerajaan Selangor yang mahukan wang hasil zakat umat Islam itu turut digunakan untuk membantu rakyat yang bukan Islam. Bagaimanapun cadangan itu tidak mendapat persetujuan disebabkan tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan ia dibolehkan. Bagaimana Kerajaan Selangor mahu menggunakan wang itu untuk membantu mereka yang bukan Islam sedangkan ramai lagi rakyat Selangor yang beragama Islam hidup dalam kesusahan?

Minifesto Kerajaan Selangor dalam PRU-12 lepas yang mahu menghapuskan miskin tegar di Selangor hanya tinggal kenangan dan sekadar janji manis palsu.

Inilah nasib umat Islam di Selangor yang kebanyakannya terpinggir di negeri sendiri. Demikian juga nasib yang sama menimpa rakyat Melayu Pulau Pinang yang sekarang ini ditindas dari segi mental dan fizikal. Manakala rakyat di Kedah dan Kelantan terpaksa menelan hakikat bahawa kehidupan mereka di bawah Kerajaan Pakatan Pembangkang lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding mahu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Akhirnya rakyat sendiri yang terperangkap selepas terpesona dengan janji manis politik palsu. Tahniah kepada rakyat Sarawak yang sebelum ini banyak dimomok janji-janji palsu Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas, tetapi akhirnya tetap memilih Barisan Nasional untuk terus memerintah berasaskan kemampuan dan kebijaksanaan pemimpinnya. 

Thursday, August 25, 2011



SATU jam 45 minit. Itulah masa yang diambil tertuduh, Anwar Ibrahim untuk menghentam kerajaan, mahkamah, hakim dan mereka yang terlibat dalam menyiasat kes liwat Anwar Ibrahim.

Seperti kebiasaannya ucapan Anwar Ibrahim diselubungi bunga-bungaan dan berfalsafah serta menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi bagi menunjukkan dirinya sebagai seorang cerdik ilmunya. Selain itu, Anwar Ibrahim juga tidak menggunakan bahasa Melayu yang menjadi kebiasaan sebaliknya mahu menggunakan bahasa Inggeris. Itulah yang kadang kala para wartawan yang mahu menulis beritanya, pening lalat.

Pernyataan setebal 32 muka surat dibaca Anwar Ibrahim dalam kandang tertuduh, tetapi beliau tidak boleh disoal balas. Mengambil kesempatan itu, Anwar Ibrahim menggunakan masa satu jam 45 minit untuk memburukkan kerajaan, hakim dan mahkamah serta mengaitkan kes ini sebagai konspirasi terbaru BN untuk menjatuhkannya.

Mengapa Anwar Ibrahim kerap kali menyelitkan petikan-petikan ucapan Shakespears dan manusia Renaissance Man? Melihat kepada zaman Renaissance pada zaman pertengahan, tokoh agungnya ialah Michelangelo. Antara ukiran patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambil berbogel bulat. Patung David ada di hadapan Galeri Accademia, Florence, Itali.

Selain Michelangelo, Leonardo da Vinci juga turut dikenali sebagai the Rennaissance man. Seperti Michelangelo, Leonardo da Vinci pernah melukis gambar tersohor Vitruvian Man, seorang lelaki berbogel bulat dalam keadaan mendepa tangan dan kaki.

Mengapa Michelangelo dan Leonardo suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan? Untuk keterangan lanjut baca biografi kedua-dua tokoh zaman pertengahan itu dan untuk gambar patung David dan lakaran Vitruvian Man lihat: http://en.wikipedia.org/wiki/Renaissance.


Hari pertama perbicaraan bela diri dalam kes liwatnya, Anwar Ibrahim yang mengenakan pakaian segak dan menggunakan kot telah dipanggil untuk membela diri – mengambil keputusan membela diri dalam kandang tertuduh dengan tidak memerlukan dia mengangkat sumpah. Antara yang paling teruk dihentam Anwar ibrahim pastinya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mengadili kesnya.

Seperti biasa, Anwar Ibrahim menganggap perbicaraan kes liwatnya itu dipenuhi konspirasi politik. Ayat yang menjadi kegemarannya suatu ketuika dahulu apbila Anwar Ibrahim mula disabitkan kesalahan meliwat Sukma. Perlu diingat ini adalah pertuduhan keduanya membabitkan kes liwat.

Setelah lebih 55 kali kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful ditangguhkan, rakyat berang apabila kes itu terlalu lama tertangguh. Taktik Anwar Ibrahim yang mahukan kes liwatnya itu seboleh-bolehnya ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13.

Apakah Anwar Ibrahim tidak memikirkan penangguhan kes liwatnya itu tidak melibatkan kos? Perlu diingat perbicaraan itu dijalankan dengan wang rakyat. Jika di United Kingdom setiap saat waktu perbicaraan akan dikira sebagai kos membabitkan wang rakyat. Lagi pun dalam undang-undang ada istilah berbunyi justice delayed is justice denied atau keadilan yang dilewat-lewatkan ialah seperti menafikan keadilan itu. Rakyat mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin.

Ternyata Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dalam perbicaraan kes liwatnya dengan lagak mempunyai kuasa sehingga sanggup menjadikan mahkamah sebagai pentas politiknya.

Bagi mengelak perkara sebegini berulang, perbicaraan bela diri Anwar Ibrahim perlu dipercepatkan dan dijatuhkan hukuman setimpal. Sekiranya ini tidak berlaku, Anwar Ibrahim pastinya akan cuba menggunakan ruang dan peluang untuk terus menghentam kerajaan, hakim dan mahkamah serta membuatkan mangsa semakin tertekan. 


Ketika kes liwat membela diri Anwar Ibrahim sedang diadakan, tertuduh sempat juga memberikan amaran kepada Perdana Menteri dan SPR dalam memberikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.

Siapa mereka yang mahu memberikan amaran dan memboikot pilihan raya? Mengimbas kembali pilihan raya di Malaysia, SPR sebagai sebuah badan berkecuali yang menguruskan pilihan raya telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik sekali sehingga mendapat pengiktirafan daripada badan antarabangsa. Bagaimanapun, pengiktirafan itu tidak datangnya daripada Pakatan Pembangkang sebaliknya cemuhan yang diterima.

“Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya”.

Anwar Ibrahim

Sebelum ini Perdana Menteri telah memberikan jaminan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bertujuan untuk proses penambahbaikan.

Dengan merujuk kepada tindakan BERSIH 2.0 yang sebelum ini mengadakan demontrasi yang kononnya membersihkan pilihan raya. Desakan BERSIH 2.0 itu yang bersifat tidak menghormati perlembagaan bagaimanapun tidak diterima rakyat atas kapasiti Malaysia mengamalkan demokrasi. Untuk itu, sebarang ketetapan hendaklah berlandaskan perlembagaan dan bukannya melalui tunjuk perasaan. 



Ketika kerajaan giat menjalankan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P, Zuraida Kamaruddin telah mengambil kesempatan dengan membuat fitnah. Fitnah di bulan Ramadan bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi Zuraida kerana menurut fahamannya dan PKR, fitnah itu sebahagian daripada kehidupan mereka.

Fitnah Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat bahawa Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang. Fitnah ini menjelaskan kepada rakyat bahawa PKR kini takut dengan bayang-bayangnya yang ketika ini telah dibelenggu banyak kontroversi serta dibayangi ketuanya Anwar Ibrahim yang ketika ini sedang menjalani perbicaraan bela diri kes liwat.

Apakah Kementerian Dalam Negeri akan menyaman Zuraida Kamaruddin? Semalam, Timbalan Menterinya, Datuk Lee Chee Leong menjelaskan KDN telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Zuraida Kamaruddin. Tindakan itu diambil kerana tuduhan yang ditujukan kepada kerajaan itu tidak berasas dan sangat berat implikasinya.

Kenapa KDN mengambil masa yang panjang untuk mengemukakan saman? Apakah mahu melihat Zuraida membuat laporan polis dan mengemukakan bukti terhadap fitnahnya itu? Ternyata KDN terlalu berlembut dengan Zuraida sehingga mahu memberikan masa kepadanya untuk mengemukakan bukti sedangkan KDN tahu bahawa Zuraida tidak akan berjaya mengemukakan bukti apatah lagi membuat laporan polis.

KDN melalui Jabatan Imigresen Selangor membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11, Shah Alam bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Zuraida Kamaruddin. Dan selepas itu, baharulah KDN akan saman Zuraida secara bersama. 



Perkasa Selangor dan Pusat, GAPS dan Senator Ezam Mohd Noor telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Laporan dibuat ke atas Khalid kerana didakwa memfitnah dan menipu Sultan Selangor dalam isu penubuhan Majlis Penasihat Syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata tindakan Khalid Ibrahim adalah suatu kesalahan besar mengikut Akta Hasutan 1948 dan badan itu mahu Menteri Besar Selangor itu disiasat mengikut akta itu.

“GAPS mempunyai pandangan bahawa institusi Raja di Selangor harus dipertahankan sebagai institusi yang unggul untuk menyatukan dan membawa perpaduan rakyat dan bukan bahan untuk ditertawakan diperkotak-katikkan dan dipermainkan”.

Sebagai sebuah negara demokrasi, Ezam berasakan bertanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan Institusi Asas Negara dan beliau bersama teman-teman seperjuangan mempercayai ada agenda halus di sebalik tindakan Abdul Khalid yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan institusi Istana dan Raja Berperlembagaan.

Bukan sahaja institusi Raja diserang, malah JAIS yang menjaga hal ehwal kebajikan orang Islam juga turut diserang.

Setiausaha Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Khalid Ibrahim bahawa penubuhan Majlis Penasihat Syura itu telah dicadangkan oleh Baginda, adalah tidak benar sama sekali.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!