Sunday, July 31, 2011



Tindakan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang membuktikan gabungan pakatan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas semakin bercelaru.

“Pembangkang tidak percaya kepada keupayaan satu sama lain, khususnya DAP yang tidak akan memberi kepercayaan kepada pemimpin PAS untuk menerajui pakatan itu”.

Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor

Tindakan Pakatan Pembangkang itu membuktikan PAS dan DAP sudah tidak lagi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memimpin mereka ekoran skandal liwat dan video seks di samping PKR yang semakin lemah dan celaru.

Di samping itu, ia bukti PAS dan DAP tidak lagi boleh bekerjasama dan perjuangan mereka juga berlainan kerana sememangnya seperti diketahui ramai, mereka mempunyai dasar dan ideologi politik yang berbeza.

Berasaskan kepada itu, Pakatan Pembangkang tahu Anwar Ibrahim meliwat Saiful dan akan disabitkan bersalah dalam kes liwat. Untuk itu, bagi menidakkan sokongan dan populariti mereka menurun terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, keputusan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam Pakatan Pembangkang dilihat satu cara mengembalikan sokongan orang Melayu.

Apakah Tengku Razaleigh Hamzah akan menerima pelawaan Pakatan Pembangkang itu? Ramai rakyat Malaysia percaya Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima pelawaan itu memandangkan misi dan visi Pakatan Pembangkang yang kabur dan corak pemerintahan mereka di 4 negeri yang bercelaru.

Tengku Razaleigh Hamzah tetap akan setia bersama BN kerana matlamat dan perjuangannya yang jelas mendukung rakyat didahulukan.

“Pemilihan Tengku Razaleigh adalah cerminan sikap pembangkang yang hipokrit dan menangguk di air keruh. Mereka terpaksa mengakui Ketua Pembangkang itu mempunyai masalah moral yang akan menjejaskan peluang mereka pada pilihan raya umum akan datang”.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari

Pelawaan Pakatan Pembangkang terhadap Tengku Razaleigh Hamzah bagi menggantikan Anwar Ibrahim membuktikan Pakatan Pembangkang tidak mempunyai persefahaman antara mereka. Tindakan secara jelas itu menggambarkan mereka sengaja mahu mengeruhkan perpaduan yang ada di dalam BN. 

Saturday, July 30, 2011


Shuhardi Md Isa, Pelakon Gagal

Setelah kejadian 9 Julai 2011 semasa perhimpunan haram 2.0, Shuhardi Md Isa lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia hari ini telah membuat sidang akhbar bagi menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Tanpa rasa bersalah, Shuhardi menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

Shuhardi bagaimanapun mendakwa dirinya tidak bersembunyi malah meminta polis datang ke rumahnya bagi menahan beliau sejurus selepas sidang media hari ini. Sambil itu, Shuhardi menemplak polis sebagai tidak profesional dalam mencari beliau.

Bagaimanapun, beliau tahu bahawa selepas lakonannya dalam perhimpunan haram itu tidak berkesan, polis telah membuat kenyataan yang mereka sedang mencari Shuhardi Md Isa bagi membantu siasatan.

Disebabkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang menyatakan Shuhardi telah didapati bersembunyi daripada polis, akhirnya beliau terpaksa menyerahkan diri. Bagaimanapun, tuduhannya yang menyatakan polis telah menjatuhkan maruah dirinya sama sekali tidak benar memandangkan bukan polis yang bersembunyi tetapi Shurhardi Md Isa lelaki yang telah melakonkan dirinya telah mati semasa perhimpunan haram itu.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya”.

Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.

Nampaknya Shuhardi Md Isa telahpun memunculkan dirinya dan polis harus segera menyelesaikan kes ini kerana menganggap perbuatan Shuhardi Md Isa itu telah melangkaui undang-undang kerana bersifat fitnah. 


Akibat tindakan terlibat secara langsung dalam penganjuran dan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, hari ini Majlis Peguam dilihat sudah tidak lagi relevan dalam konteks mengukuhkan undang-undang.

Keterlibatan Majlis Peguam dalam perhimpunan haram dan beberapa aktiviti serta program Pakatan Pembangkang menunjukkan Majlis Peguam itu sudah memasuki alam politik. Di samping itu, sejak akhir-akhir ini kecenderungan pertubuhan peguam itu yang lebih terarah kepada suara-suara sumbang dan berhaluan kiri dengan menentang kerajaan.

“Sejak kebelakangan ini, tindak-tanduk majlis itu bersifat prejudis, berat sebelah berpaksikan satu parti politik selain tidak menjalankan peranan menjaga kepentingan masyarakat”.

Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah

Untuk itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menyerahkan satu memorandum bagi mendesak Majlis Peguam supaya tidak dipengaruhi dan mencampuri isu yang dibangkitkan oleh mana-mana parti politik.

Atas perbuatan dan tindakan Majlis Peguam yang secara terang menyalahgunakan kuasa, JMM menggesa Majlis Peguam memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bersikap prejudis terhadap beberapa isu khususnya bertindak menyebelahi sebelah pihak sahaja sedangkan mereka seharusnya menghormati sistem perundangan negara.

"JMM ada bukti yang menunjukkan penglibatan ahli Majlis Peguam dalam parti DAP termasuk mendaftar sebagai ahli serta beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pihak parti pembangkang”.

Majlis Peguam dilihat mempunyai agenda politik berikutan tindakan mereka tidak henti-henti mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah merumuskan punca kematian Beng Hock disebabkan bunuh diri.

"Majlis Peguam dinasihatkan supaya membersihkan dahulu masalah-masalah salah laku peguam di negara ini dan sekiranya ahlinya yang dilantik cenderung untuk melibatkan diri dalam isu parti politik, mereka harus meletakkan jawatan daripada terus memalukan profesion dan badan itu".

Berasaskan kepada itu, wajarkah Majlis Peguam diteruskan atau baik saja dibubarkan?




Lim Guan Eng mencatat sejarah apabila menjadi Ketua Menteri pertama mendapat hadiah seluar dalam. Setiausaha politknya Ng Wei Aik juga mendapat hadiah coli yang bentuknya sama seperti seluar dalam Lim Guan Eng yang berbentuk harimau.

Pemberian hadiah ini dihadiahkan oleh seorang peniaga barangan kulit, Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia.

Menurut Mohamed Ghani, pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.



"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat".

Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani

Sebelum ini, gerai kepunyaan Mohamed Ghani didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu. Akibat tindakan kerajaan negeri itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.


Akhirnya kesemua enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat di Pulau Pinang pada 2 Julai lalu telah dibebaskan pada jam 5.30 petang di Balai Polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Pembebasan mereka dibuat selepas satu keputusan dicapai. Bagaimanapun, tindakan kesemua ahli PSM itu selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Bercakap mengenai layanan mereka semasa ditahan, Dr Jeyakumar tidak menafikan bahawa mereka dilayan dengan baik. Bolehlah dikatakan ahli-ahli PSM ini dilayan melebihi mengikut kewajaran sebagai seorang ‘tahanan’.

Enam ahli PSM itu antara 30 orang yang ditahan polis di Sungai Dua, Pulau Pinang selepas didapati cuba menghidupkan fahaman komunis dengan membawa baju tertulis kesatria Chin Peng yang merupakan pemimpin komunis.

Tindakan beberapa pemimpin PKR yang turut sama terlibat dalam menyambut kepulangan kesemua tahanan PSM disifatkan sebagai cuba menonjolkan diri kononnya merekalah yang memainkan peranan penting dalam pembebasan itu. Itulah tindakan yang selalu dibuat Anwar Ibrahim sebelum ini hingga membuatkan PKR lebih menonjol berbanding DAP dan PAS. 



Salahkah polis apabila bertindak mengikut arahan sehingga menyebabkan kecederaan? Itulah yang berlaku ke atas mangsa Yew Boon Lee yang turut menyertai perhimpunan haram. Tujuannya adalah untuk menangkis dakwaan polis sebelum ini yang menyatakan polis bertindak mengikut prosedur.

Yew Boon Lye yang juga ketua PKR Cawangan Klang telah tampil sebagai saksi bersama dengan beberapa gambar beliau bagi membuktikan kecederaan yang dialami di mukanya akibat terkena kanister gas pemedih mata di terowong KL Sentral semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam sidang akhbar itu, Yew Boon Lye telah menunjukkan beberapa keping gambarnya yang buruk akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam. Turut serta dalam sidang itu, Naib Presiden PKR N. Surendran, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Ketua Biro Perundangan PKR Latheefa Koya dan Peguam Fadiah Nadwa Fikri.

"Saya kemudiannya dengan segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik apabila pulang ke Klang. Lebam itu mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang”.

Selain Yew Boon Lye, PKR juga telah mengambil contoh pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang tulang pipinya retak dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memerlukan enam jahitan di kepalanya.

Kenapa perlu menyalahkan polis sekiranya peserta-peserta itu secara terang telah melanggar undang-undang negara dengan terlibat menyertai perhimpunan HARAM? Implikasi haram secara jelas menampakkan perbuatan itu tidak diberkati dan mengandungi unsur-unsur yang tidak baik. Untuk itu, polis tidak harus dipersalahkan dalam kejadian peserta-peserta disimbah gas pemedih mata dan air kerana polis bertindak mengikut SOP. 

Friday, July 29, 2011


Ean Yong Hian Wah, DAP ADUN Kembangan

Sebelum ini Pakatan Pembangkang banyak kali menghentam kerajaan terutama SPRM dan polis berhubung kes kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Bagaimanapun, Pakatan Pembangkang tidak pula melihat kesalahan yang berlaku di pihak mereka. Inilah yang cuba ditimbulkan rakan-rakan Teoh Beng Hock yang merasakan DAP juga bertanggungjawab dalam kematian Teoh Beng Hock.

Jurucakap kumpulan itu, Allan Liew Sin Kim menjelaskan Teoh Beng Hock sebagai ahli DAP terbeban untuk menguruskan dana bagi lebih 200 projek berkaitan parti itu di Selangor yang jelas melampaui kemampuannya sebagai seorang setiausaha politik.


Malah tiada seorang pun pemimpin DAP yang hadir untuk membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Beng Hock yang berlanjutan selama 12 jam sebelum mendiang ditemui mati.

"Bolehkah setiausaha politik uruskan 200 projek dan aliran keluar masuk wang? Sebagai manusia biasa, sudah tentu mendiang tidak dapat mengatasi tekanan itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya. Beng Hock sepatutnya tidak terlibat menguruskan projek itu dan Ean Yong tidak patut mengarahkan mendiang untuk menguruskan perkara yang melampaui kemampuannya".

Allan Liew Sin Kim

Dalam pada itu, Allan Liew Sin Kim juga mendesak Ean Yong Hian Wah memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mendiang dan orang ramai kerana Exco Selangor itu telah membabitkan Beng Hock untuk menguruskan dana bagi projek di tiga kawasan di negeri itu.

Mereka percaya Beng Hock tidak bersalah dalam pengurusan peruntukan projek oleh DAP kerana mendiang hanya menjadi saksi bagi siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

"Di mana Ean Yong ketika Beng Hock disiasat SPRM? Beliau seharusnya berusaha menyelamatkan mendiang dengan melakukan protes kerana mungkin dengan usaha itu sekurang-kurangnya mendiang masih hidup”.

"Kami amat sedih kerana hanya selepas Beng Hock meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM. Justeru, kita mahu Ean Yong beri penjelasan kepada masyarakat kerana tidak membantu mendiang pada ketika itu”.

Allan juga berharap keluarga Beng Hock boleh menerima usaha mereka dan memikirkan secara di luar kotak punca kematian mendiang.

Kemunculan mereka selepas dua tahun kematian mendiang adalah kerana berasakan bukan masa yang sesuai bagi mereka membuat kenyataan sewaktu perbicaraan kes sedang berlangsung di mahkamah.


Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dipercayai melancarkan mogok lapar (menurut kata isterinya, R Mohanarani) kerana kecewa dan hampa dengan penahanan tanpa bicaranya yang berpanjangan mengikut Ordinan Darurat.

“Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan sejak 2 Julai lalu”.

R Mohanarani

Dr Jeyakumar memberitahu beliau akan mogok lapar mulai hari ini dalam usaha mendapatkan keadilan.

“Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga semua PSM6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar”.

Mereka meneruskan mogok lapar kerana telah hilang kepercayaan ke atas polis yang didakwanya 'menembak secara liar' menolak penafian bahawa mereka sebahagian daripada BERSIH 2.0 ataupun Parti Komunis Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara menangkis dakwaan isteri Dr Jeyakumar, R Mohanarani bahawa kononnya polis sengaja melengah-lengahkan perbicaraan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata sebarang tindakan yang diambil oleh pihaknya adalah berdasarkan undang-undang yang ada demi kepentingan dan keselamatan negara.

"Kita memberi jaminan semua tahanan adalah berdasarkan langkah prosedur yang ada dalam undang-undang, peguam mereka tahu, pihak-pihak tertentu telah dibenarkan berjumpa dengan (Dr D. Michael) Jeyakumar".

Polis memberi jaminan kesemua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lalu, dijaga dengan baik mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada.



Bagi tujuan membebaskan semua enam anggota dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat, sekumpulan NGO Wanita akan bergabung bergabung tenaga dengan dan mengadakan upacara nyalaan lilin selama 12 jam.

Pengarah Eksekutif, Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) Ivy Josiah mengesyorkan kepada seluruh NGO Wanita di seluruh Malaysia untuk bersama-sama terlibat dalam program ini selepas menyerahkan memorandum bersama dengan beberapa NGO wanita kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Difahamkan beberapa NGO yang akan terlibat ialah Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Sisters in Islam (SIS), Tenaganita dan Persatuan Bertindak Wanita (AWAM) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor.

Bantahan kumpulan itu ke atas layanan buruk yang diberikan kepada tahanan EO tersebut, khususnya berhubung dakwaan seorang tahanan yang didakwa dipaksa menjalani ujian pengesan penipuan.

Apakah benar pemimpin Parti Sosialis Malaysia ini dilayan dengan buruk?

Polis memberi jaminan kesemua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lalu, dijaga dengan baik mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata sebarang tindakan yang diambil oleh pihaknya adalah berdasarkan undang-undang yang ada demi kepentingan dan keselamatan negara.

"Kita memberi jaminan semua tahanan adalah berdasarkan langkah prosedur yang ada dalam undang-undang, peguam mereka tahu, pihak-pihak tertentu telah dibenarkan berjumpa dengan (Dr D. Michael) Jeyakumar".

Selain Dr Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25.

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Apa-apa hak yang patut diterima oleh tahanan terbabit telah diberikan oleh polis termasuk layanan yang baik mengikut prosedur tahanan. Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Dakwaan NGO Wanita bahawa tahanan PSM dilayan dengan buruk ternyata meleset dan telah menimbulkan persepsi negatif kepada polis dan kerajaan. 



Surat untuk Datuk Paduka Marina Mahathir,

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur BERSIH sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.

Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak BERSIH tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang diPertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut.

Datuk Paduka keturuan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada Negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pengkhianat dan pemusnah Negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?

Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama ini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang Negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?

Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-jerih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.

Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat?

Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?

Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang.

Renung-renungkanlah Datuk Paduka. Kebenaran akan terserlah, kecurangan akan kecundang .....


Pengasas NGO Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia

Apakah benar bloggers pro-UMNO atau bloggers jalanan atau bloggers pemerhati politik menilai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin, Fareez Kamal Intidzam sebagai seorang pengganas?

Melihat kepada tindakan Fareez dan 9 lagi ahli PKR yang lain semasa cuba merempuh pengawal keselamatan bagi menyerahkan memorendum ‘BERSIH’ kepada Perdana Menteri yang dilihat sebagai tindakan yang tidak sopan dan bertamadun.

Serangan bloggers, empunya twitter dan facebook terhadap Fareez selepas insiden itu adalah disebabkan perbuatannya sendiri yang tidak sopan dan bertamadun sebagai seorang manusia yang tinggal di Malaysia.

"Dalam tempoh 24 jam penangkapan saya, saya telah teruk diserang dalam Twitter, Facebook dan blog pro-Umno yang mendakwa saya ditahan kerana cuba mensabotaj program pengagihan Jalur Gemilang," katanya.

Malaysiakini, 28 Julai 2011

Dakwaan bahawa Fareez cuba untuk mencedera atau membunuh Perdana Menteri dalam media sosial sebagai tidak mustahil disebabkan beliau adalah pengasas NGO Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia. Apakah benar ini yang akan berlaku?

Wednesday, July 27, 2011




Ketika rakyat Malaysia tidak sabar-sabar menunggu bela diri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya yang telah ditangguhkan pada 8 Ogos depan (berapa banyak kali tangguh), Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan permohonan untuk menemubual lima saksi sebelum prosiding bela diri. Tindakan ini ada kaitannya untuk terus menangguhkan prosiding bela diri bagi memberikan mahkamah meneliti permohonan Anwar Ibrahim itu.

5 saksi iaitu Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Anwar Ibrahim ditemani Wan Azizah Ismail dan peguam Ram Karpal memfailkan permohonan berkenaan melalui notis usul dan afidavit diikrarkannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, semalam, melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co.

Anwar memohon supaya lima saksi terbabit diwajibkan hadir di mahkamah atas kos pihak pendakwaan bagi ditemubual dengan alasan untuk menentukan sama ada mereka diperlukan untuk memberikan keterangan bagi pihak pembelaan.

Kami rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan tindakan Anwar Ibrahim yang kerap kali berbuat bermacam tindakan bagi menangguhkan kes liwatnya. Apakah sukarnya kes liwat Anwar Ibrahim ini diselesaikan? Apakah kerana dia bekas Timbalan Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang yang menganggap undang-undang berada di bawah kakinya?

Menjelang bulan puasa yang tidak lama lagi dan kes bela dirinya yang dijadualkan 8 Ogos ini, kami rakyat Malaysia berdoa semoga kes liwat ini segera menemui jawapannya. Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan sebagai seorang yang ‘warak’ seperti ustaz Anwar Ibrahim diminta untuk bela diri dan bukannya mencari jalan untuk terus menangguhkan perbicaraan. Selepas ini kes video porno Chinadoll pula yang akan menunggu. 


Hero Pemuda PKR Ampang

Pada waktu ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar mahu menyambut kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang, terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang ‘derhaka’ dan tidak mahu bersyukur di atas nikmat yahg diperolehinya sepanjang hidup di bumi Malaysia.

Tidak mahu mengingati pejuang-pejuang kemerdekaan yang terkorban akibat mempertahankan negara, segelintir rakyat Malaysia yang berhati gelap itu telah membuat kacau ketika pemimpin negara melancarkan kibarkan jalur gemilang bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri kabinetnya melancarkan sambutan bulan kemerdekaan dan kibarkan jalur gemilang, 10 orang ahli-ahli PKR termasuk Pembantu Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam dan pemimpin Pemuda PKR, Rozan Azem Mat Rasip telah ditangkap di KL Sentral kerana menganggu majlis atas alasan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Travers.

Pemuda PKR Ampang Yang Degil

“Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau.”

Bagaimanapun, kesemua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.


Benarkah Sistem Biometrik Tidak Telus?

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong dan bersetuju menyokong sistem biometrik yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menggantikan dakwat hitam kekal yang dicadangkan Pakatan Pembangkang. Malah kata Nik Aziz, PAS sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu.

Tidak sampai 24 jam, golongan profesional atau lebih tepat lagi kumpulan Anwarisme menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut. Lebih mendukacitakan belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa PAS Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden PAS, Husam Musa menjelaskan penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

PAS sebaliknya tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

"Kita telah bincang cadangan itu (biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima oleh SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pengundian dua kali atau lebih”.

Naib Presiden PAS, Husam Musa


Selain Husam, turut menyokong keputusan menolak kenyataan Nik Aziz Nik Mat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Semalam, Nik Abdul Aziz menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Penolakan golongan Anwarisme ini secara jelas PAS semakin tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu. Kenapa perlu menolak sistem itu sedangkan ia sebagai satu cadangan realistik bagi proses penambahbaikan pilihan raya seperti yang dikehendaki PAS dan Pakatan Pembangkang.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau PAS ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah”.

Terdahulu, SPR mempelawa wakil setiap parti politik di negara ini untuk menguji keberkesanan sistem biometrik sebelum ia diguna pakai dalam pilihan raya umum akan datang.

''Ketika bertemu pakar-pakar berkenaan, kami akan menyuarakan pelbagai soalan kepada mereka dan melihat apakah ia mengikut spesifikasi dan menjawab segala kebimbangan rakyat. Selepas berpuas hati dengan penjelasan pakar-pakar berkenaan, kami akan memanggil parti politik untuk melihat sendiri dan mengujinya serta mereka turut akan diberi peluang untuk bertanya soalan tambahan”.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar


Dalam Wacana Ilmu itu, parti politik di negara ini tidak sewajarnya menganggap SPR sebagai musuh sebaliknya suruhanjaya itu amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam sistem demokrasi di negara ini.

Pintu SPR sentiasa terbuka kepada semua untuk memberi maklum balas bagi melakukan penambahbaikan sistem demokrasi di negara ini dari semasa ke semasa.

Justeru, golongan yang dikatakan profesional dalam PAS seharusnya melihat hasil ujikaji dahulu sebelum menolak sesuatu cadangan. SPR sebagai badan bebas pastinya tidak akan tergesa-gesa bersetuju dengan cadangan menggunakan sistem biometrik itu sekiranya ia tidak sesuai atau menemui kegagalan. Berbeza dengan sistem dakwat kekal hitam yang dicadangkan Pakatan Pembangkang yang sebenarnya berunsur ketinggalan zaman. Sebelum ini hanya negara yang mempunyai ramai penduduk dan tidak menggunakan daftar pemilih sebagai kaedah mengundi seperti Indonesia, China dan India. 

Saturday, July 23, 2011


Hii Tiong Huat Diperalatkan DAP

Setelah polis berjaya menjelaskan bagaimana pembohongan Pakatan Pembangkang yang menjadi tunjang kepada perhimpunan haram 9 Julai lalu, mereka telah mengalih perhatian ke atas orang tua pula. Kali ini orang tua yang menjadi tumpuan mereka ialah Hii Tiong Huat yang menjadi orang ‘pertama’ ditangkap pada 8 Julai 2011 di Petaling Street.

Hii Tiong Huat telah didatangkan khas oleh DAP Sarawak untuk membuat kecoh di Kuala Lumpur dan mengalihkan pandangan polis supaya orang tua itu akan menjadi sasaran mereka. Ternyata, strategi Pakatan Pembangkang berjaya apabila polis menangkap Hii Tiong Huat kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Pemergian Hii Tiong Huat dari Sibu, Sarawak ke Kuala Lumpur telah dibiayai DAP. Segala kos penerbangan dan makan minum ditanggung DAP. Walau bagaimanapun, sebaik menjejak kaki ke Kuala Lumpur, Hii Tiong Huat telah pergi ke Petaling Street oleh kumpulan DAP lalu membuat kacau di situ dengan harapan akan mendapat liputan media dan perhatian polis.

Penangkapan Hii Tiong Huat menyebabkan strategi DAP berjaya dan publisiti penangkapan Hii Tiong Huat itu telah mendapat liputan meluas. Bermula dari situ, Pakatan Pembangkang telah memainkan isu ini termasuk seorang wanita tua yang memegang bunga mawar berwarna putih dan sebotol air mineral. Menggunakan taktik yang sama, Hii Tioang Huat telah ditangkap dan ditahan polis. Penahanan tersebut telah mengurangkan kos makan, minum dan tempat tinggal Hii Tiong Huat yang ditanggung sepenuhnya oleh polis.

Terbaru, Hii Tiong Huat telah dimasukkan ke wad psikiatrik oleh pihak polis memandangkan tahap kesihatannya yang terganggu. Hii Tiong Huat dipercayai seorang yang kurang siuman dan bersikap ganjil selama berada di Sibu, Sarawak. Menurut polis Sibu, tingkah laku Hii Tiong Huat sentiasa menarik perhatian rakyat Sibu dengan sikapnya yang tidak siuman dan sehingga menyebabkan rakyat Sibu tidak menghiraukannya.

Berasaskan faktor kesihatan, DAP telah mempergunakan orang tua itu (Hii Tiong Huat) untuk tujuan meraih publisiti dan membuat provokasi ke atas polis. Penangkapan Hii Tiong Huat telah menyebabkan penyokong perhimpunan haram berasa simpati terhadap Hii Tiong Huat dan memarahi polis menangkapnya. Tetapi, yang paling dikesali penyokong perhimpunan haram tidak pula memarahi DAP yang bertanggungjawab membawa Hii Tiong Huat.

Sepanjang penahanan Hii Tiong Huat, polis telah mengawasinya dengan berkesan dan pihak hospital sentiasa menjaga kesihatannya supaya segera pulih.

Dakwaan Pakatan Pembangkang bahawa Hii Tiong Huat tidak dijaga dengan betul sehingga menyebabkan dia dipermainkan pesakit lain ternyata satu lagi provokasi melampau Pakatan Pembangkang terhadap perkhidmatan hospital kerajaan dan polis. 



Tindakan Kerajaan Melaka melanjutkan operasi pusat hiburan di Melaka menjadi serangan terbaru PAS ke atas BN, tetapi hanya menutup mata tindakan PAS Kedah yang menarik balik larangan menutup premis hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadhan.

Tarik tali antara PAS dan DAP di Kedah akhirnya memihak kepada DAP. Pengakhiran ini telahpun diketahui kerana selama ini PAS hanya bersandiwara. Apakah PAS telah tunduk dengan ugutan dan desakan PAS?

Bagi mengalih tumpuan rakyat, PAS telah melakukan provokasi ke atas BN Melaka ketika Kerajaan Negeri Melaka mengambil keputusan melanjutkan masa operasi pusat hiburan.

Apakah PAS tidak membuat provokasi yang sama ke atas Kerajaan Negeri Kedah yang menarik balik larangan menutup pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan? Keputusan PAS Kedah yang mahukan semua pusat hiburan di Kedah ditutup sepanjang bulan Ramadhan telah diterima baik BN dan orang ramai. Namun, keputusan itu tidak bertahan lama selang beberapa jam sahaja PAS telah menarik balik larangan itu disebabkan arahan DAP.

Penarikan balik keputusan menutup pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadhan itu bercanggah dengan tujuan asalnya untuk menghapuskan maksiat di Kedah. Namun, kelonggaran membuka semula pusat hiburan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam hanyalah alasan dogeng.

Apakah PAS Kedah boleh mengawal orang bukan Islam di Kedah untuk tidak mengunjungi pusat hiburan di sepanjang bulan Ramadhan?

Tindakan Kerajaan Melaka dalam melanjutkan masa operasi tidaklah seteruk keputusan Kerajaan PAS Kedah yang terpaksa tunduk dengan desakan DAP. Malah keputusan Kerajaan Negeri Melaka itu berlandaskan beberapa syarat dan keperluan penduduk yang pelbagai kaum.

Pusat hiburan hanya beroperasi sehingga jam 3.00 pagi  bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

Kerajaan Negeri Melaka telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.


Tindakan lebih kurang 200 jemaah yang kebanyakan ahli PAS mengadakan demonstrasi secara aman di perkarangan Masjid Bukit Katil sebaik selesai solat Jumaat membuktikan PAS sudah ketandusan idea untuk menyerang BN.

Sekiranya Pemuda PAS Melaka menyatakan tindakan Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan Melaka menjadi Darul Maksiat, apa bezanya dengan Kerajaan PAS Kedah yang terpaksa ikut arahan DAP bagi membenarkan pusat hiburan di Kedah dibuka sepanjang bulan Ramadhan bagi menjadikan Kedah sebagai Darul Maksiat.

"Mencegah kemungkaran itu adalah perkara yang wajib bagi umat Islam tapi tindakan beliau ini lebih membuka ruang kepada maksiat dan perkara mungkar untuk lebih berleluasa lagi”.

Dakwaan bahawa BN tidak serius menangani gejala sosial yang semakin parah berlaku di kalangan masyarakat khususnya umat Islam adalah sangat tidak betul dan kenyataan Ketua Pemuda PAS Melaka itu bersifat seperti mencurah air di atas daun keladi.

Sebelum menghukum seseorang adalah lebih baik melihat perbuatan sendiri yang lebih lebih teruk. 

Ahli Parlimen Jelutong Anti-ISLAM

Ini bukan kali pertama, tetapi masuk kali kedua ugutan bunuh terhadap Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman. Kes ugutan bunuh ini dipercayai mempunyai kaitannya dengan pendedahan Razali berhubung pendedahan mengenai beberapa ahli DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian semasa majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister.

Berikutan pendedahan Razali itu, beliau telah dipecat daripada DAP pada 6 Julai 2011 berasaskan kebimbangan mereka bahawa Razali ini mampu menjadi duri dalam daging kepada DAP.

Pendedahan Razali telah meresahkan rakyat Malaysia berhubung tindakan pemimpin dan ahli-ahli DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. DAP cukup takut dengan pendedahan ini kerana rahsia ini boleh menyebabkan sokongan rakyat terhadap DAP akan merosot seperti yang berlaku kepada rakan mereka PKR dan PAS. Bagi tidak mendedahkan rahsia yang lebih besar, DAP mengambil keputusan untuk memecat Razali sebagai ahli DAP.

Umum mengetahui keahlian DAP terbuka kepada semua kaum termasuk orang Melayu. Ini bagi merealisasikan hasratnya untuk menarik sokongan orang Melayu ke atas parti itu ketika bertanding di kawasan yang majoriti Cina dan mempunyai pengundi Melayu.

Terdahulu, Razali, 42, pernah menerima ugutan bunuh menerusi nota ditulis atas sekeping kertas yang diletakkan di depan pintu rumahnya pada 2 Jun 2011 selepas mendedahkan kerahsian DAP ini.

Semalam, jam 10.05 pagi sekali lagi Razali telah menerima ugutan bunuh menerusi panggilan telefon. Seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu yang menjadi pak turut DAP telah mengugut Razali akan melakukan sesuatu terhadap dirinya jika beliau mendedahkan rahsia parti.

Razali Buat Laporan Polis

"Pemanggil itu berkata begini: Hang jangan dok dedah apa pun. Hang baru hilang kerja. Lepas ni hang pulak nanti hilang”.

Selepas dipecat daripada DAP, Razali berazam untuk mendedahkan kecurangan dan kerahsian DAP yang selama ini menjadikan PAS dan PKR sebagai kuda tunggangan mereka.

Razali sebelum ini mengumumkan akan mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu. Pengumuman Razali itu telah menyebabkan DAP semakin kepanasan bahawa kecurangan mereka terhadap PAS dan PKR akan pecah. 

Friday, July 22, 2011




Siapa tidak kenal Tian Chua @ Chua Tian Chan? Ahli Parlimen Batu yang cukup taksub dengan Anwar Ibrahim dan sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan kerajaan dan mencemar nama baik polis.

Dalam Perhimpunan Haram 2.0, Tian Chua bersama pengikutnya telah membuat provokasi melampau ke atas pasukan FRU ketika amaran demi amaran dilaungkan polis bagi meminta peserta bersurai. Namun, kedegilan Tian Chua dan diikuti penyokong-penyokongnya telah menyebabkan amaran itu tidak diendahkan.

Disebabkan niatnya untuk menakut-nakutkan polis, Tian Chua telah berlari ke arah FRU bagi tujuan merempuh sekatan polis.


Dalam keadaan mempertahankan diri, polis telah melakukan tindakan mempertahankan diri bagi mengelak sebarang kecedaran di pihak polis mahupun peserta perhimpunan haram.

Bagi mendapatkan simpati, Tian Chua telah menggunakan kekerasan polis sebagai usaha untuk menghambat kebencian rakyat terhadap polis. Bermulalah lakonan seorang lagi pelakon harapan Pakatan Pembangkang yang sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang gemar bertengkar dengan polis.

Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya Tian Chua?
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!