Thursday, June 30, 2011



 Anwar Ibrahim HARAM

Sesiapa di kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara yang memakai baju-T berwarna kuning dan tertulis perkataan BERSIH akan ditahan kerana mempunyai kaitan perancangan mengadakan perhimpunan haram dan juga tidak mendapat permit polis.

Selaras tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman awam dan tidak memilih bulu sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

Baju-T BERSIH ini ada kaitan dengan perhimpunan haram. Maka apa yang mereka pakai adalah haram. Tangkapan dilakukan bukan kerana baju yang dipakai tetapi kerana kesan akibat mereka memakainya

Tindakan polis menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai baju-T berwarna kuning yang tertera perkataan BERSIH sejak minggu lalu, dipertikaikan pihak tertentu yang mendakwa tiada jenayah dilakukan dengan hanya memakainya.

Sesiapa saja yang melanggar undang-undang tidak terkecuali daripada tindakan, termasuk ahli Pemuda UMNO yang didakwa mengepung dan mengancam mahu membakar ibu pejabat PKR Isnin lalu.


 
Selama ini rakyat Malaysia tidak mengetahui di manakah Anwar Ibrahim mendapatkan wang yang banyak bagi membiayai perbelanjaan PKR dalam Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. 

Persoalan ini akhirnya terbongkar apabila bekas rakan karib Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendedahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion.

Setelah beberapa tahun berjaya menyembunyikan maklumat rahsia ini, akhirnya Anwar Ibrahim telah didakwa melakukan aktiviti penggubahan wang haram ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000. 

Wang itu adalah yang dilaporkan Integriti Kewangan Global (GFI) dan digunakan oleh Anwar sehingga kini untuk menaja aktiviti parti, termasuk membeli senjata api.

RM888 bilion ini adalah rentetan sistem kronisme dan nepotisme dibawa Permatang Pauh. Satu dunia tahu wang haram ini digunakan untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Ghafar Baba) suatu ketika dulu. 

Banyak beg wang dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui jet peribadi milik dua individu kepunyaan syarikat judi di negara ini.

Dan, berkemungkinan wang haram itu juga digunakan untuk membiayai Perhimpunan Haram 2.0 bagi mencetak baju-T, banner, banting, pengangkutan dan memberi makan minum semasa perhimpunan haram itu diadakan nanti. 

Malah, menurut N Gobalakrishnan lagi berkemungkinan besar juga wang haram itu digunakan Anwar Ibrahim bagi menyedia dan membekalkan senjata untuk pengganas. 

Selain Anwar, Azmin Ali juga turut terlibat dengan aktiviti mengumpul wang secara haram membabitkan nilai RM100 juta.

Untuk lebih lanjut, baca entri ini bharian




Seperti ‘bos’nya Anwar Ibrahim, koncu-koncunya yang juga ‘wakil rakyat’ pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 telah menggunakan gelaran ‘Yang Berhormat’ untuk melakukan apa saja walaupun bercanggah dengan peranan sebenar wakil rakyat. Menjadi kebiasaan wakil rakyat PKR, kontroversi merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka. Tanpa kontroversi, wakil rakyat PKR tiada maknanya.

Terkini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan koncu-koncunya untuk melakukan tugasan mencabar dengan mengajak rakyat melakukan demontrasi dan seterunya merusuh. Dengan kekacauan ini, Anwar Ibrahim akan menggambarkan bahawa rakyat memberontak ke atas kerajaan yang sedia ada dan mahukan kerajaan yang baru.

Itulah yang sebenarnya dimahukan Anwar Ibrahim. Untuk itu, segala jentera politiknya seperti AMK, Wanita dan wakil-wakil rakyat serta pemimpin PAS dan DAP berjuang di jalanan bagi membakar semangat rakyat Malaysia. Umum mengetahui, rakyat Malaysia gemar kepada sesuatu yang menjadi tajuk utama seperti mana yang berlaku di Thailand.

Dalam menyekat Perhimpunan Haram 2.0 yang diusahakan S. Ambiga, polis telahpun menahan 14 orang termasuk wakil rakyat pembangkang dari PKR dan DAP di Sungai Siput kerana berkumpul dan mengagihkan baju-T dengan tulisan ‘BERSIH 2011’ serta risalah mengenai perhimpunan haram 9 Julai kepada orang ramai.


Wakil rakyat pembangkang dari DAP, ADUN Jalong Leong Mee Meng dan ADUN Teja dari PKR, Chang Lih Kang. Ternyata wakil rakyat pilihan rakyat di kedua-dua DUN itu tugas dan peranannya bukan menolong rakyat bahkan berusaha memusnahkan rakyat. Malah boleh dikatakan sanggup ‘membunuh’ rakyat di kawasan DUN itu sendiri dengan membenarkan penglibatan mereka dalam melanggar undang-undang.

Dalam tempoh 2 minggu ini, pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Pembangkang sibuk dengan tugasannya membawa seberapa ramai rakyat untuk dijadikan korban pada Perhimpunan Haram 2.0. Mereka bukan sahaja mengajak rakyat membuat perkara yang melanggar undang-undang negara, tetapi menghantar rakyat kepada polis untuk dijadikan mangsa perhimpunan haram. Selepas selesai perhimpunan, mereka ini akan lepas tangan dan terpulanglah kepada rakyat itu sendiri menentukan untung nasibnya.

Sejarah dahulu telah membuktikannya dan kini terpulang kepada rakyat untuk menilainya kembali dengan apa yang telah berlaku pada demontrasi sebelumnya.  

Wednesday, June 29, 2011





Selepas MB Selangor, MB Kelantan, Nik Aziz yang merupakan sekutu Khalid Ibrahim juga merupakan antara Menteri Besar yang seharusnya meletak jawatan. Selain memberikan nilai dan tunjuk ajar yang bersifat negatif, ia juga bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimana dengan Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dan pendukung kuat Islam? Berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan sememangnya tidak dinafikan Nik Aziz ni tinggi ilmunya, tetapi dari segi akhlak dan budi pekerti tersangatlah rendah. Perbuatan dan tindakan Nik Aziz yang melebihkan politik berbanding agama ternyata membuatkan rakyat berasa Nik Aziz ini tidak layak lagi menjadi pemimpin politik mahupun agama. Adalah lebih baik Nik Aziz duduk saja kat rumah dan bermain dengan cucu dan cicit.

Saban hari Nik Aziz sudah terkeluar daripada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Mengenai kesibukan rakyat bercakap pasal Perhimpunan Haram BERSIH 2.0, Nik Aziz mengutuk tindakan polis menahan dan menangkap aktivis BERSIH 2.0 yang merancang menghuru-harakan negara dan mengancam keselamatan negara. 

Sebaliknya, Nik Aziz meramalkan kerajaan akan jatuh selepas Perhimpunan Haram BERSIH. Bahkan, Nik Aziz merupakan salah seorang pendukung dan penyokong kuat Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu.

Tindakan terbaru Nik Aziz ini telah mencemarkan golongan ulama yang sebelum ini dihormati rakyat termasuk pemimpin BN. Namun, sikap yang kurang ajar Nik Aziz ini telah menyebabkan rakyat Malaysia yang sebelum ini hormat kepada golongan ulama telah bersikap menjauhkan diri. Malah, lebih teruk lagi golongan ulama dalam PAS seumpama mereka yang dahagkan kontroversi. 

Nik Aziz perlu juga mengambil berat terhadap pandangan orang muda dan bukannya hanya ikut cakap Nik Aziz sahaja. Beberapa kontroversi Nik Aziz sebelum ini sebenarnya telah menyebabkan rakyat sudah mula terfikirkan karektar sebenar Nik Aziz dalam politik Malaysia. 

Dalam hal ini, adalah lebih baik Nik Aziz berdiam diri atau ‘pencen’ terus daripada politik sebelum dosa-dosa Nik Aziz akan bertambah atas sebab kontroversi yang tiada kesudahan. Nik Aziz juga diingatkan jangan cuba membuat atau mengeluarkan fatwa yang boleh menyesatkan orang-orang Islam yang kini telahpun sesat dek kerana kerakusan pemimpin PAS dan PKR yang telah memecahbelahkan orang Islam dan Melayu.


 


 

Untuk lebih terang lagi jelas, layari laman web http://www.jais.gov.my/isuagama/ifc.php




Dalam mengekang pergerakan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang didalangi Pakatan Pembangkang, Polis hari ini telah menyerbu Pejabat komuniti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Seksyen 4 oleh sepasukan 15 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pejabat yang berselindung di sebalik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah diserbu pukul 12.00 tengah hari tadi. 

Ini merupakan tindakan tegas polis selepas menahan beberapa orang pemimpin politik pembangkang dan ahli-ahli pembangkang yang dikatakan mempunyai hubungan dengan komunis. 

Sebelum ini, polis telah memberikan amaran bahawa polis akan menjalankan tugas dalam mengekang Perhimpunan Haram BERSIh 2.0 dengan menahan sesiapa saja yang disyaki melanggar undang-undang negara. Tindakan pembangkang yang menganjurkan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 tanpa permit seolah-olah mencabar undang-undang negara.

Sikap sesetangah pemimpin Islam PAS dan PKR yang lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding perpaduan ummah dan keamanan sejagat merupakan sesuatu yang memalukan umat Islam. Berkopiah dan bertudung litup, tetapi menyokong keganasan dengan mengadakan perhimpunan haram. 

 
Ingkar kepada arahan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga keamanan, seolah-olah mengingkari arahan pemimpin negara yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah. 

Untuk itu, rakyat yang sentiasa mengutuk perhimpunan haram ini yang ternyata mahu menghancurkan umat Islam dan meruntuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Tegakkan undang-undang demi keselamatan rakyat dan jangan biarkan undang-undang dijadikan tempat sepak terajang pembangkang yang ternyata rakus mahu mendapatkan kuasa walaupun dengan cara yang haram.


 Sejak jam 10.00 pagi semalam, Johari Abdul, orang yang dibawa Eskay bagi melihat dan mempertontonkan ‘aksi-aksi ranjang bosnya, Anwar Ibrahim’ sebelum video itu dihebahkan kepada beberapa wartawan dan bloggers lain di Hotel Flamingo, Ampang pada 21 Mac lalu telah tidak dapat tidur malam dan sering mencari jalan bagaimana mahu melepaskan diri daripada percakapan beliau sebelum ini yang beriya-iya menafikan pelaku dalam video seks itu adalah bosnya sendiri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun kenyataan Johari Abdul bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi dan setiap rakyat berhak untuk berbohong dan mempunyai pandangan sendiri. Persoalannya, kenapa melibatkan negara yang mengamalkan demokrasi sebelum ini dan kaitannya dengan video seks Anwar Ibrahim. 

Berbekalkan sumpah laknat dan dakwaan Trio Datuk T dalam Mahkamah Syariah, jelas menunjukkan tindakan ketiga-tiga Trio Datuk T itu mempunyai kebenarannya. Kenapa Anwar Ibrahim senyap dalam perkara ini dan tidak membawanya ke Mahkamah Syariah untuk didakwa bersandarkan penafian Anwar Ibrahim sebelum ini. Sekiranya menafikannya sahaja tanpa tindakan undang-undang ternyata Anwar Ibrahim seorang pesalah yang tidak berani.

“Dalam rakaman selama dua minit yang dimuat naik ke laman Youtube dan dipaut ke beberapa laman blog termasuk Papa Gomo, Johari tidak menafikan pelaku di dalam rakaman video seks itu ialah Anwar”.

“Sebaliknya beliau ada menyebut 'bukan pasal Anwar tu, tapi the scene (adegan) tu…”.

Ini jelas bertentangan dengan pendirian Johari sebelum ini yang bermati-matian menegaskan bahawa pelaku di dalam rakaman video seks itu bukan Anwar atas beberapa faktor terutama kerana keadaan fizikal yang berbeza.

Bagaimanapun, pendirian Johari tetap sama bahawa 'pelakon utama' dalam video seks itu bukan Anwar.

"Apa saja dalam video itu, saya tak tahu sebab saya tak ingat. Saya tak tahu (tentang dialog itu). Apa yang rasmi, saya buat tiga sidang akhbar mengatakan itu bukan Anwar. Apa saja dalam video itu saya tidak tahu sebab saya tak ingat.

"Tentang jam, (Datuk) Shazryl Eskay ada tunjukkan tetapi saya tidak tahu jenama apa. Saya tak peduli," katanya.

Sambil itu, Johari tidak menafikan dakwaan meminta wang bagi membawa beberapa Ahli Parlimen keluar PKR seperti yang dinyatakan Trio Datuk T. Sebaliknya, Johari cuba mengelak pertanyaan itu dan lebih menumpukan kepada usahanya untuk melepaskan diri daripada tuduhan kenyataannya sebelum ini yang mengiyakan bahawa pelaku dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim.


Ramai rakyat Malaysia hanya mengenali S. Ambiga sebagai Pengerusi BERSIH 2.0 dan bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, tetapi ramai yang tidak mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Bagi pemimpin PAS yang membawa gerakan Islam, mereka TAHU siapa S. Ambiga, tetapi hanya tutup mata memandangkan kepentingan politik mengatasi segalanya. 

Selain sebagai Peguambela kepada Lina Joy dalam kes keluar Islam (Murtad), S. Ambiga juga merupakan anti Islam. Lihat fakta di bawah. 

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam, Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. 

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. 

12. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Rujuk laman web sebagi bukti kenyataan dan fakta di atas JAIS 

Berdasarkan kepada fakta di atas, perjuangan S. Ambiga selama ini sebenarnya bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya anti Islam. Kenapa pemimpin PAS mendiamkan diri dan Anwar Ibrahim yang kononnya memperjuangkan Islam (Anugerah Tuhan) bersubahat dengan S. Ambiga ini. Tepuk dada tanyalah S. Ambiga. 


p/s: AMBIGA – Boleh juga diperincikan dengan lebih jelas dan detail, siapa sebenar Ambiga?
A         -           Ayo
M         -           Ma
B         -           Bang
I           -           Ingin
G         -           Gosok
A         -           Anwar





Benarkah Anwar Ibrahim mempergunakan S. Ambiga dan Hishamudin Rais sebagai tunggangan dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0? Apakah rasionalnya Anwar Ibrahim mempergunakan mereka dalam perhimpunan haram itu?

1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hanya pada nama sahaja, secara jelas merupakan gerakan pembangkang bagi menumbangkan kerajaan melalui perhimpunan haram dan keadaan huru-hara.

2. Pemimpin Pakatan Pembangkang mempunyai hubungan dengan Perhimpunan Haram BERSIH berikutan penglibatan ramai pemimpin pembangkang daripada PKR, PAS dan DAP sebagai ahli jawatankuasanya.

3. Pakatan Pembangkang menggunakan S. Ambiga sebagai Pengerusi BERSIH 2.0 bagi mengaburi mata rakyat. 

4. Kemerosotan sokongan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang telah merisaukan dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan terdesak menganjurkan Perhimpunan Haram BERSIH bagi menumbangkan pemerintah.

5. Pakatan Pembangkang juga menggunakan Hishamuddin Rais yang merupakan bekas tahanan ISA dan lari ke luar negara sebagai perancang utama Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dan membantu mencari jalan mengeluarkan Anwar Ibrahim daripada dakwaan kes liwat dan skandal video seksnya.

6. Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 didalangi PKR seperti dalam surat pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bagi mengarahkan ahli parti itu menyertainya.

Rakyat Malaysia renungilah sendiri bagaimana Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini di dalangi Pakatan Pembangkang yang kononnya mendukung demokrasi.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!