Monday, May 30, 2011



Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) YB Datuk Daud Abdul Rahman sebelum ini telah membuat kenyataan berhubung terdapat sebilangan guru-guru agama yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang membawa budaya dan pemikiran negatif ke Sarawak

Susulan daripada nasihat Daud itu, Pengerusi PAS Sarawak, Adam Ahid melenting dan mengutuk kenyataan itu sebagai tidak wajar.


Terdahulu, Daud mengingatkan guru-guru agama supaya tidak membawa budaya dan anasir negatif terhadap kerajaan yang disebarkan dari Semenanjung Malaysia dikhuatiri menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.

“Kita di Sarawak serba salah kerana kita mempunyai masalah kekurangan guru, walaupun demikian memang kita mengakui ada segelintir guru dari Semenanjung Malaysia terutamanya dari Kelantan datang ke sini membawa budaya dan cara pemikiran terhad dan tertutup ke sini,” katanya.

Majlis Islam Sarawak (MIS) sentiasa memantau kes-kes penyelewengan budaya tidak sihat di sekolah-sekolah untuk mencegah perkara itu berlaku.

“Jika kita dapati ada guru agama dari Semenanjung Malaysia berkelakuan demikian, mereka boleh diambil tindakan dengan menghantar mereka pulang.
“Jadi orang ramai yang dapat statistik (bukti) yang mengatakan mereka (guru agama) ini benar-benar berkelakuan demikian harus memaklumkan kepada kami supaya dapat dibawa ke pihak Jabatan Pelajaran untuk diambil tindakan,” tegasnya.
“Kita tidak cukup guru agama jadi kita terpaksa meminjam guru agama dari Semenanjung Malaysia untuk memenuhi kekosongan itu,” ujarnya.
Kenyataan Daud itu ada kebenarannya kerana kebanyakan guru-guru agama dari Pantai Timur Semenanjung ditempatkan di kawasan luar bandar. Mereka ini bukan sahaja berperanan dalam mendidik bahkan giat memberikan ceramah atau tazkirah kepada jemaah di surau dan masjid yang berunsurkan politik. Mereka ini mengambil pendekatan membenci kerajaan dan menjadikan PAS sebagai contoh kepada politik yang suci dan bersih.

Demikian juga semasa Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu yang lepas apabila sebahagian guru-guru dari Pantai Timur Semananjung Malaysia turut sama berhimpun dan menyertai sesi penamaan calon DAP, Wong Ho Leng. Mereka ini sekiranya ditanya, datang ke Sarawak buat apa, jawapan yang sangat sinonim ialah berniaga kain. Tetapi, hakikatnya mereka ini merupakan guru-guru dari Semenanjung khususnya yang mengajar agama.

Oleh yang demikian, sebelum Pengerusi PAS Sarawak melenting adalah lebih baik menyelidik terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu perkara. Seseorang tidak akan bercakap dan mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya sekiranya tiada bukti dan fakta yang sahih. Berbeza dengan pembangkang yang sentiasa menghentam walaupun hakikatnya perbuatan itu tidak dilakukan sama sekali. Perbuatan seperti itu diibaratkan sebagai memfitnah. 

Sekiranya tidak percaya, tanyalah kepada guru-guru agama dari Pantai Timur yang datang ke Sarawak. Datang ke Sarawak hendak mengajar atau hendak menyebarkan fahaman politik?

Saturday, May 21, 2011



MOHON MAAF atau JUMPA KEMENTERIAN DALAM NEGERI! Itulah kenyataan tegas Ketua Pemuda PBB, YB Datuk Fadillah Yusof kepada Pengerusi Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS), Francis Siah.

Sebelum ini, Francis Siah telah mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk berundur sebelum 13 Ogos 2011. Sekiranya desakan itu tidak ditunaikan seperti tarikh yang ditetapkan, satu demontrasi besar-besaran akan dilakukan bagi mengugut Ketua Menteri Sarawak mengikuti desakan MoCS.

Sebagai tunjang perjuangan BN, Ketua Pemuda PBB telah memberikan tempoh 7 hari untuk Francis Siah memohon maaf kepada rakyat dan Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut YB Fadillah, Pemuda PBB bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang wujud dan akan bertindak jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

Terdahulu, Pemuda PBB Zon Kuching, Samarahan dan Bintulu telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Francis Siah yang disifatkan sebagai menganggu ketenteraman dan keselamatan negara. Oleh sebab itu, Pemuda PBB meminta polis membuat siasatan terperinci untuk membolehkan pencegahan awal daripada memudaratkan keadaan.

Pemuda PBB akan melihat serta memerhati pergerakan MoCS termasuk desakan untuk Francis Siah memohon maaf kepada rakyat Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya dalam tempoh 7 hari itu, Francis Siah gagal menunaikan permintaan Pemuda PBB maka tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sekiranya ini terjadi maka Francis Siah boleh didakwa mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara dengan mengadakan demontrasi.

Merujuk kepada tindakan Francis Siah yang disifatkan sebagai penderhaka itu adalah satu penghinaan kepada sistem demokrasi negara. Rakyat Sarawak telah membuat pilihan raya dan telah memilih sistem demokrasi berasaskan parti dan di sini kita telah memilih siapa yang akan menjadi Ketua Menteri.

Marilah kita tunggu dalam tempoh 7 hari. Apakah Francis Siah akan memohon maaf atau Pemuda PBB akan ambil tindakan sewajarnya?

Thursday, May 19, 2011




Walaupun didesak banyak pihak untuk menarik balik kenyataan berhubung ugutannya untuk memaksa Ketua Menteri Sarawak berundur dan meletak jawatan sebelum 13 Ogos 2011, Francis Paul Siah tetap dengan keputusannya dan tidak akan berganjak walau seinci pun.

Keengganan Francis Paul Siah dan Movement of Change Sarawak (MoCS) atau Gerakan Untuk Perubahan Sarawak untuk tidak berganjak dan akan meneruskan demontrasi besar-besaran sebagai tanda protes sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

Francis Paul Siah sebaliknya menyelar tindakan Pemuda PBB Sarawak yang membuat laporan polis terhadapnya sebagai membuta tuli dalam mempertahankan Ketua Menteri Sarawak. Terdahulu, beberapa Pemuda PBB Zon Kuching, Samarahan dan Bintulu telah membuat laporan polis dan sehingga kini polis belum lagi memanggil Francis Paul Siah untuk diambil keterangan.


Pemuda PBB membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat Francis Paul Siah dan MoCS yang dikatakan akan membuat demontrasi secara besar-besaran. Demontrasi yang akan dilakukan MoCS ini didakwa bakal mengundang huru-hara dan membawa masuk gejala tidak sihat. Ura-ura Farncis Paul Siah mahu menjadikan demontrasi ini sebagai langkah pertama untuk menggulingkan Ketua Menteri Sarawak seperti mana yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah yang menjadi sumber inspirasinya.

Tindakan Francis Paul Siah yang mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan sebelum 13 Ogos 2011 juga bercanggah dengan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-10, yakni terus memberi mandat kepada BN sebagai pemerintah dan Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.


Sambil menegaskan bahawa beliau sememangnya mahu melihat Ketua Menteri Sarawak dan BN Sarawak tewas dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas bagi memberi ruang dan peluan kepada Pakatan Pembangkang untuk memerintah Sarawak.

Dalam usaha mempertahankan pendiriannya itu, Francis Paul Siah menjelaskan bahawa sekiranya pemimpin anda (Ketua Menteri Sarawak) melakukan sesuatu yang salah, anda tidak wajar takut memberitahu tentang kesalahan itu. Atas sebab itu, adalah wajar saya menegur pemimpin anda supaya mengetahui tentang kesalahannya itu.

Menurutnya lagi, desakannya itu tidak menyalahi undang-undang dan setiap rakyat adalah berhak untuk bersuara. Malah katanya lagi, MoCS tidak menyentuh yang sangat sensitif berhubung kaum dan agama.

Menyedari bahawa perbuatannya yang mengugut Ketua Menteri Sarawak sebagai suatu yang tidak salah malah tindakannya yang mahu mengadakan demontrasi sebagai tidak menyalahi undang-undang, Francis Paul Siah bertekad untuk meneruskan cadangannya itu dan tidak akan berganjak walau seinci pun walaupun beliau ditangkap pihak berkuasa. 

Wednesday, May 18, 2011



Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen enggan mengulas sama ada cadangan penggabungan antara DAP dan SNAP akan menjadi kenyataan atau sebaliknya. Mengulas mengenai penggabungan antara kedua-dua parti itu disifatkan sebagai ‘perkara besar’ dan pastinya akan memberi impak yang baik kepada DAP.

Seperti sedia maklum DAP kini terdesak untuk mendapatkan sokongan masyarakat Dayak sekiranya mahu ‘merampas’ Sarawak daripada BN. Ini disebabkan halangan DAP dan Pakatan Pembangkang dalam memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak adalah kesetiaan masyarakat Dayak di luar Bandar yang masih memihak BN. Manakala, pengundi Melayu masih tetap setia bersama BN walaupun dikatakan wujud perpecahan perpaduan dalam masyarakat Melayu.

Hasilnya, BN-PBB telah berjaya mengekalkan keseluruhan 35 kerusi yang dipertandingkan manakala PRS tewas 1 kerusi dan SPDP tewas 2 kerusi. SUPP, parti yang sebelum ini dikhabarkan akan mengalami kekalahan teruk telah mengalami kekalahan yang sangat memalukan dalam sejarah penubuhannya dan sejarah politik Sarawak.

Bagaimanapun, sehingga kini idea penggabungan DAP dan SNAP masih di peringkat perbincangan dengan lebih lanjut memandangkan SNAP perlu meneliti perkara ini terlebih dahulu bersama dengan ahli majlis tertinggi mereka. SNAP pastinya tidak mahu pisang berbuah 2 kali selepas insiden bersama PKR yang ternyata sangat mengecewakan SNAP.

Sehingga kini, DAP telah mengadakan beberapa perbincangan dan pertemuan secara tidak rasmi berhubung perkara ini. Dalam menentukan kesediaan SNAP menerima cadangan DAP, SNAP terpaksa berhadap dengan ahli-ahli majlis tertinggi dan ahli-ahli di peringkat cawangan sebelum memutuskan sama ada menrima atau tidak. Dalam hal ini, DAP sangat berkeyakinan andai penggabungan ini menjadi kenyataan, nescaya menjadikan DAP lebih kuat.

Mengulas kenyataan DAP itu, SNAP menepis dakwaan DAP itu dengan menyatakan SNAP tidak selesa dengan penggabungan bersama Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10.

SNAP sebelum ini telah membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada empat orang yang diketuai Agustine Liom, bekas Hakim Mahkamah Sesyen dalam melihat sebarang bekerjasama bersama DAP atau melihat cadangan yang dikemukakan PRS.

Selain DAP, SNAP juga dikatakan akan berbincang dengan PRS berkaitan dalam isu penggabungan. Pelawaan itu telah dikemukakan Presiden PRS dalam usaha mengukuhkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat Iban dalam PRS, SPDP dan SNAP.

Dalam erti kata lain, SNAP yang kesemua calonnya tewas dalam Pilihan Raya DUN Sarawak dijangka akan membuat keputusan terbaik bagi menentukan masa depannya.

Bekerjasama dengan DAP umpama mengungkit kisah silam bersama PKR kerana DAP merupakan sekutu PKR dan ini mengundang ketidakselesaan di kalangan ahli dan penyokong SNAP. Demikian juga, kerjasama SNAP dengan DAP yang diibaratkan menghantar diri ke dalam ‘neraka’ ekoran sikap DAP yang mempergunakan sokongan masyarakat Dayak demi untuk memperoleh kuasa.

Pilihan alternatif pastinya memikirkan pelawaan PRS untuk bergabung bagi membentik komuniti Dayak dalam politik Sarawak. Walaupun sejarah SNAP sebelum ini pernah bersama BN, namun kepimpinan negara yang berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri yang lebih mengutamakan rakyat atas semangat Gagasan 1Malaysia mampu untuk memulihkan perhubungan yang sedia renggang ini.

Fokus utama BN adalah untuk memastikan setiap kaum dan bangsa di Malaysia memperoleh kepentingan dan kesenangan selaras dengan misi dan visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.




Jam 4.00 petang, rombongan Pemuda PBB Zon Kuching telah membuat laporan polis terhadap Francis Paul Siah mengenai isi kandungan ugutan beliau untuk mengadakan demonstrasi rakyat secara besar-besaran sekiranya Ketua Menteri Sarawak tidak meletak jawatan sehingga 13 Ogos 2011 nanti.

Rombongan Pemuda PBB Zon Kuching telah diketuai oleh Wan Hamzah bin Wan Paie selaku Ketua Pemuda Zon Kuching yang diiringi bersama 10 orang Ketua Pemuda PBB dari seluruh Kuching dan lebih kurang 50 orang ahli Pemuda PBB serta pihak media tempatan dan nasional.


Pemuda PBB Zon Kuching meminta agar pihak polis membuat siasatan ke atas perkara-perkara berikut;

1.         Francis Siah mempunyai niat untuk mengadakan demonstarsi jalanan besar besaran ala Timur Tengah yang boleh mengancam ketenteraman awam di Sarawak. Dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa rancangan tersebut akan diadakan secara aman, namun di dalam perenggan terakhir artikel tersebut beliau menyatakan sekiranya terdesak beliau akan melakukan apa sahaja untuk memaksa Ketua Menteri Sarawak berundur. Ini memberi gambaran bahawa beliau mempunyai potensi untuk menjadikan perhimpunan itu sebagai momentum dalam menghuru-hara Sarawak. Ini boleh dianggap sebagai subversive dan menghasut rakyat untuk memberontak dan ini adalah satu kesalahan besar di sisi undang undang negara.

2.         Pemuda PBB Zon Kuching juga mahu pihak polis menyiasat apakah Francis Siah menerima bantuan dana dari negara Barat yang ingin melihat Malaysia menjadi padang jarak padang terkukur seperti yang dilakukan oleh mereka di Timur Tengah. Ini kerana perancangan besar Francis Siah ini melibatkan jumlah dana yang besar, dan sekiranya dana ini wujud dan benar dari pihak negara barat maka siasatan haruslah dibuat adakah Francis Siah ini menjadi perkakas negara Barat di Sarawak.

3.         Tindakan Francis Siah ini menghina sistem demokrasi dan menghina suara rakyat Sarawak yang dengan jelas mahu Ketua Menteri Sarawak dan BN memimpin semula Sarawak. Tindakan ini jelas menolak dan menghina asas perlembagaan negara.

4.         Francis Siah juga menghasut orang awam untuk membenci SPR dengan menyatakan pilihan raya yang lepas telah berjalan dengan tidak benar dan tidak tulus. Ini bermakna beliau menghasut rakyat Sarawak untuk membenci agensi yang dipayungi secara langsung oleh kuasa Yang Dipertuan Agong lebih lebih lagi keputusan pilihanraya telah pun diperkenankan melalui pengwartaan baru baru ini.


Atas laporan polis ini maka Pemuda PBB Zon Kuching menyatakan 3 pendirian yang berikut;

1.         Pemuda PBB Zon Kuching akan menjadi banteng kukuh mempertahankan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak dan Francis Siah perlulah berhadapan dengan Pemuda PBB dahulu sebelum mencabar Ketua Menteri

2.         Pemuda PBB Zon Kuching juga menyeru semua rakyat Sarawak agar memboikot dan menggagalkan perancangan jahat Francis Siah. Ini adalah perlu bagi memastikan kesejahteraan dan kestabilan negeri Saeawak akan terus terpelihara.

3.         Pemuda PBB Zon Kuching memberi masa selama 7 hari untuk Francis Siah menarik balik artikel itu, sekiranya tidak maka kami akan membawa laporan polis ini kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan menuntut agar tindakan yang keras diambil terhadap Francis Siah demi kebaikan seluruh rakyat negeri Sarawak.

Kredit kepada Rajahmas


Ketika rakyat Malaysia di seluruh negara berasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan di atas usaha menubuhkan Klinik 1Malaysia bagi kesenangan dan keselesaan rakyat menerima rawatan khususnya kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Dengan hanya berbekalkan RM1, setiap pesakit akan menerima rawatan yang sempurna dan dibekalkan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan penyakit bagi kegunaan rakyat. Andai ubat-ubatan ini dibekalkan oleh klinik-klinik swasta pastinya kos ini akan mencecah puluhan malah ratusan ringgit.

Penubuhan Klinik 1Malaysia yang dicadangkan di setiap kawasan Parlimen dan akan diperluaskan di setiap DUN pastinya memberikan lebih banyak kemudahan kepada rakyat. Kini, rakyat tidak perlu lagi berasa kesihatan mereka diabaikan malah kerajaan begitu prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Perkara ini tidak berlaku di Pulau Pinang, apabila Kerajaan Negeri yang diperintah DAP dan Pakatan Pembangkang mempersoalkan penubuhan Klinik 1Malaysia malah dicadangkan mahu menghapuskan klinik 1Malaysia di negeri itu. Itulah yang dikemukakan ADUN Sungai Puyu, Phee Boo Poh yang membawa usul ini dalam sidang DUN Pulau Pinang.

Phee Boo Poh menjelaskan penubuhan Klinik 1Malaysia disifatkan sebagai suatu pembaziran. Ini kerana di Pulau Pinang terdapat banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan dengan kos yang di luar kemampuan.

Apakah klinik swasta ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dengan hanya kos RM1?

ADUN Sungai Puyu itu lebih bersikap pentingkan diri sendiri berbanding peranannya sebagai wakil rakyat. Apakah semua rakyat Malaysia mampu mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta yang mengenakan caj yang mahal dan di luar kemampuan rakyat?

Berbeza dengan Phee Boo Poh dan keluarganya serta kaum kerabatnya yang mendapat rawatan di klinik-klinik swasta dengan kos yang mahal atas sebab kemampuannya. Apakah ADUN itu tidak melihat kemampuan rakyat di kawasan DUN Sungai Puyu malah keseluruhan rakyat di Pulau Pinang? Andai Phee Boo Poh hanya melihat seberapa golongan rakyat yang berada adalah lebih baik ADUN itu letak jawatan dan jangan menjadi wakil rakyat.

Sehingga kini, Klinik 1Malaysia bukan sahaja menerima pesakit daripada rakyat yang menyokong BN sahaja, bahkan mereka yang menyokong malah ahli DAP sendiri, PKR dan PAS juga menerima rawatan di Klinik 1Malaysia. Dalam soal kesihatan dan kepentingan rakyat, kerajaan dilihat sangat tidak berkrompomi berbanding DAP dan Pakatan Pembangkang yang bekerja berasaskan idealogi politik.

Lihat juga Rajahmas

Tuesday, May 10, 2011



KUCHING – Ketika rakyat Malaysia dan seluruh pemimpin dunia menunggu detik 16 Mei 2011, Anwar Ibrahim kini kelihatan semakin tertekan. Akibat tertekan menunggu tarikh keramat itu yang akan menentukan masa depannya, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat kenyataan ‘bodoh’ apabila menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty.

Kecelupuran Anwar Ibrahim itu telah memperlihatkan sikap biadap seorang yang tidak layak diangkat sebagai pemimpin. Tidak pernah pemimpin terhormat dan dihormati seperti Perdana Menteri diselar dengan sedemikian rupa oleh pemimpin yang kini kredibilitinya telah jatuh menjunam akibat perbuatan dirinya sendiri.

Cercaan Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri itu bukan sahaja boiadab bahkan dianggap kurang ajar dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang bercita-cita besar seperti Anwar.

Seperti biasa, ramai pihak yang menggesa Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, sebagai ‘Anugerah Tuhan’ manakan mahu Anwar Ibrahim mahu berbuat sedemikian kerana menganggap dirinya sahaja yang terbaik di kalangan pemimpin akhir zaman ini.

Anwar dalam ceramah di Dewan Hamzah, Klang, Selangor, Sabtu lalu, didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang membawa maksud anak babi dalam bahasa Melayu.


Kenyataan biadab dan celupar yang keluar dari mulut Anwar sejak kebelakangan ini ada kaitannya dengan fikiran ketua pembangkang yang berada dalam keadaan tertekan. Selain menunggu tarikh 16 Mei 2011, Anwar Ibrahim juga menunggu nasibnya selepas video seksnya bersama pelacur China tersebar luas di internet.

Penyebaran video seks itu tidak ‘memalukan’ Anwar Ibrahim kerana sehingga kini beliau sering menafikan penglibatannya walaupun hakikatnya pelakon video itu menyerupai Anwar Ibrahim dan telah disahkan sendiri oleh rakannya yang sanggup melakukan sumpah laknat. Bagaimanapun, keluarga Anwar, iaitu isterinya Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah ternyata tertekan dengan penyebaran video seks suami dan bapanya.

Anwar telah diminta ramai pihak untuk melihat cermin bagi mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mencerminkan atau mengatakan tentang sesuatu yang tidak baik kepada orang lain. Perbuatan Anwar Ibrahim itu bukan sahaja melukakan hati Perdana Menteri yang selama ini ikhlas memperjuangkan nasib rakyat, tetapi juga telah melukakan hati rakyat Malaysia yang selama ini menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia!


KUCHING – “Tolonglah jangan hina kami”. Itulah sistem pesanan ringkas (sms) yang dihantar Ketua Penerangan PKR Kebangsaan, Tian Chua kepada rakannya, Wong Ho Leng, Pengerusi DAP Sarawak.

Tian Chua menemplak kenyataan Wong Ho Leng yang mengatakan PKR merupakan parti yang tidak dapat menerima kenyataan dalam pembahagian jawatan menteri dalam Kabinet Bayangan yang diumumkan DAP pada minggu lepas.

DAP sebelum ini telah mengumumkan senarai Kabinet Bayangan bagi memantau pergerakan dan tugas Kabinet Sarawak. Dalam senarai Kabinet Bayangan itu, PKR hanya diwakili 3 orang manakala PAS hanya seorang. Turut membezakan Kabinet Bayangan dan Kabinet Sarawak adalah penglibatan ‘menteri’ yang kalah dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang lepas iaitu Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Pembentukan Kabinet Bayangan yang diumumkan DAP pada asasnya tidak direstui PKR kerana penglibatan PKR hanya sedikit dan ‘portfolio’ menteri yang diberikan sangat tidak menguntungkan PKR. Untuk itu, tiada seorangpun wakil PKR yang hadir semasa Wong Ho Leng mengumumkan Kabinet Bayangan di Pejabat DAP.

Sejurus DAP mengumumkan Kabinet Bayangan, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR menyatakan senarai itu belum muktamad dan tidak bersetuju dengan senarai tersebut. Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak semasa kenyataan akhbarnya membidas Kabinet Bayangan itu sebagai memperlihatkan DAP mempunyai autonomi dalam Pakatan Pembangkang di Sarawak. Penolakan Baru Bian adalah susulan daripada kenyataan Anwar Ibrahim yang menolak Kabinet Bayangan itu setelah menerima makluman daripada Baru Bian.

Menurut Tian Chua, sudah semestinya PKR Sarawak akan merujuk kepada kami apabila berhadapan dengan masalah dengan ahli Pakatan Sarawak.

Sebelum ini dalam mesyuarat Pakatan Pembangkang, kebanyakan urusan dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan pandangan dan idea DAP. PKR Sarawak hanya sebagai parti yang mengangguk dan hanya berkata ‘ya’.

Ini telah terbukti dalam pembentukan senarai Kabinet Bayangan yang dicetuskan DAP apabila kesemua ‘menteri’ yang memegang portfolio penting dipegang DAP. Penyertaan PAS dalam Kabinet Bayangan itu juga dipersoalkan PKR kerana calon PAS itu kalah dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Penolakan PKR dalam pembentukan Kabinet Bayangan menyebabkan DAP terpaksa memikirkan jalan lain. Walaupun DAP menang besar berbanding PKR, namun mereka sedar bahawa DAP tidak boleh keseorangan sebagai pembangkang di Sarawak. Sebelum ini DAP yang bertindak sendirian ternyata membawa banyak kekurangan khususnya dalam menghadapi serangan dan kecaman BN. Dalam menguatkan hasratnya untuk merampas dan mentadbir Sarawak, DAP sangat memerlukan PKR sebagai kuda tunggangan khususnya bagi mendapatkan sokongan masyarakat Bumiputera dan Melayu. 

Saturday, May 7, 2011



KUCHING – Mengejutkan! Itulah yang boleh diperkatakan kepada tajuk utama Utusan Malaysia pada hari ini. Pastinya siapa yang membacanya seakan-akan tidak percaya apa yang diperkatakan wartawan Utusan Malaysia itu dan lebih-lebih lagi setelah membaca keseluruhan kandungannya. Apa pun, percayalah bahawa DAP sanggup membuat apa sahaja demi mencapai matlamat politiknya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular seperti yang pernah dilakukan ‘abang’nya di Singapura.

Susulan dengan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 5 Mei 2011 lepas antara jam 8.00 malam hingga 8.30 malam.

Laporan polis dibuat ekoran daripada tindakan Ahli Parlimen DAP bagi Parlimen Jelutong yang telah mengadakan jamuan makan bagi meraikan pastor-pastor dari Sarawak dan luar negara bertempat di Hotel Red Hock, Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Ianya telah dihadiri lebih kurang 100 orang yang merupakan petugas-petugas Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jelutong, para pastor-pastor dari dalam dan luar negara termasuk Jeff Ooi serta ADUN DAP Kidurong, Ciew Chiu Seng.


Selain menikmati makanan, kesemua pastor yang berjumlah 35 orang telah mengangkat sumpah dengan membuat bulatan dan bersentuhan tangan sambil berikrar dalam bahasa Inggeris, iaitu ingin menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri Malaysia adalah daripada kalangan penganut agama Kristian.

Difahamkan perbuatan ini bukanlah pertama kali, bahkan telah beberapa kali diadakan dan ianya membabitkan pemimpin dan ADUN daripada DAP. Bagaimanapun, mengapa DAP kali ini berani menghebahkan perbuatan ini yang jelas menggugat perpaduan agama dan negara?

Berdasarkan keberanian Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP itu sebenarnya berani membuat tindakan sedemikian kerana yakin pengundi dan masyarakat Cina di Malaysia telah memihak kepada DAP. Justeru, beliau tidak khuatir tentang kesan yang akan dihadapinya, memandangkan masyarakat Cina yang menyokong DAP sentiasa bersamanya.


Kejayaan DAP dalam Pilihan Raya DUN Sarawak juga membuatkan Jeff Ooi dan DAP kian berani membuat kacau bilau. DAP percaya masyarakat Cina sudah bersama mereka. Desakan Violet Yong yang mempersoalkan kenapa Ketua Menteri Sarawak tidak boleh dipegang oleh kaum Cina juga merupakan tindakan keterlaluan DAP dalam usaha mendapatkan kuasa dan sokongan masyarakat Cina yang atas pagar. Adalah tidak mustahil masyarakat minoriti suatu hari nanti akan menjadi suara majoriti disebabkan kuasa politik yang selama ini diidamkan akan dapat dicapai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bertunjangkan sokongan Anwar Ibrahim yang menjadi perisai dan alat boneka DAP, juga semangat Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri nescaya mereka akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-citanya itu. DAP sekarang bukan sahaja bertindak atas dasar politik, malah lebih daripada itu demi memastikan kuasa berada dalam tangan mereka. 

Thursday, May 5, 2011



KUCHING – DAP Sarawak has the autonomy to make their own decision concerning State DAP matters and PKR Sarawak should operate as such too, said Chong Chieng Jen, Sentosa State Assemblyman when asked on PKR defacto leader, Anwar Ibrahim who commented that the shadow cabinet is just a proposal.

Chong said he was not sure why Anwar should make such statement as the discussion on Sunday on the Shadow cabinet was carried out with the Vice president of National PKR, Datuk John Tenewi Nuek, Ibi anak Uding and PA to Baru Bian, Vernon Kedit.

Maybe Anwar was not briefed at that time. “I am not in the position to comment on PRK but in Sarawak, the matters concerning us would be decided by us. I also do not see the issue here. The PKR were with us during the meeting and they even make some changes,” he said.

Initially, he said PKR Batu Lintang See Chee How was given the Tourism portfolio but when a call was made by Vernon to him, See said he is more interested in Environment thus the portfolio was added to him.

Chong said even Baru Bian was consulted when the list was finalized and had agreed to it.

“It is a shadow cabinet and everyone was entrusted to do more of what they were assigned. The responsibility is huge and we will look at the performance of each individual. There is no withholding anyone doing more than was assigned. Even in future we could make a swap if one is better in the other on the posts,” he added.

Chong also wondered why the Barisan Nasional is kicking out a big fuss over the shadow cabinet. He said they may have been concerned about the PR’s intention of being serious in their jobs. He added that the questioning of Wong Ho Leng as an opposition is unfair to Wong who is a credible leader.

Kreadit Sarawak Update


KUCHING - Baru Bian kesal dengan tindakan kawan-kawannya dari DAP yang hanya mengutarakan Kabinet Bayangan kepadanya melalui via sms Blackberry daripada Veron Kedit pada jam 1.20 petang, iaitu 10 minit sebelum sidang akhbar yang dibuat Wong Ho Leng.

Senarai Kabinet Bayangan yang dikemukakan Wong Ho Leng dan DAP itu sememangnya telah diduga Baru Bian dan PKR memandangkan DAP mempunyai kelebihan apabila ramai calon mereka menang berbanding PKR dan PAS. Mahu tidak mahu, PKR terpaksa akur dan mengikut telunjuk DAP yang mempunyai suara majoriti.

Dalam senarai Kabinet Bayangan itu, PKR hanya mendapat 3 jawatan ‘menteri’ termasuklah Baru Bian sendiri. Manakala, satu lagi jawatan ‘menteri’ itu terpaksa diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid yang tewas dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Adam Ahid merupakan satu-satunya bukan ‘menteri’ bertaraf YB yang dipilih ke dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang sebagai ‘hadiah’ kepada sahabat.

Ketidaksediaan Baru Bian menerima Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang ini ada asasnya kerana beliau tidak diberitahu dengan lebih lanjut tentang penubuhan Kabinet Bayangan ini. Sebaliknya, beliau hanya mengetahui ketika Wong Ho Leng dan DAP mahu membuat sidang akhbar. Ternyata usaha membentuk dan mewujudkan Kabinet Bayangan ini bukan idea Pakatan Pembangkang sebaliknya ilham DAP yang mahu menunjukkan kekuasaannya.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim dalam blognya juga menjelaskan Kabinet Bayangan yang dibentuk DAP itu tidak mencerminkan semangat setiakawan dan kesepakatan. Sebaliknya, Kabinet Bayangan itu lebih menjurus kepada kekuasaan DAP yang dilihat mahu menonjolkan identitinya sebagai parti dominan dalam Pakatan Pembangkang. Justeru, PKR tidak mengiktiraf penubuhan Kabinet Bayangan yang tidak mencerminkan semangat Pakatan Pembangkang.

Bagaimanapun, DAP Sarawak tetap dengan keputusannya untuk mengekalkan barisan senarai Kabinet Bayangan. Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak menjelaskan Anwar Ibrahim tidak berhak untuk mencampuri urusan Pakatan Pembangkang di Sarawak. Selain mengalami kekalahan yang memalukan, PKR juga harus menerima hakikat bahawa parti itu tidak diterima di Sarawak berbanding DAP. Oleh itu, PKR seharusnya menjaga dan menguruskan Anwar Ibrahim untuk terus tidak didakwa dalam kes liwat dan video seksnya yang kini tersebar luas.

Menteri Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara

MIRI – PAS Sarawak melalui Pemuda PAS Sarawak menyatakan kekesalannya terhadap DAP yang hanya menyenaraikan seorang sahaja wakil PAS ke dalam Kabinet Bayangan.

Menurut Mohammad Arifiriazul, Ketua Pemuda PAS Sarawak menjelaskan kuota yang diberikan DAP terhadap PAS dalam barisan Kabinet Bayangan sangat tidak sesuai dan memalukan. Manakan hanya diberikan satu kuota sahaja sedangkan DAP mempunyai ‘menteri’ yang lebih ramai berbanding PAS dan PKR.

Dalam pada itu juga, kuota jawatan ‘menteri’ yang diberikan kepada PAS bagi menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara adalah suatu yang dianggap kuno. Memanglah PAS ini memperjuangkan Islam, tetapi hanya memberikan jawatan ‘menteri’ berkaitan agama sangat tidak bertepatan dengan dasar Pakatan Pembangkang untuk membawa perubahan kepada rakyat berasaskan slogan Jom Ubah.

Keupayaan BN Sarawak yang melantik semula menteri dan menteri muda dalam barisan Kabinet Sarawak sebelum suatu rombakan kecil akan dibuat pada Jun 2011 bagi mengisi beberapa jawatan menteri muda yang kosong dan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak menunjukkan kematangan politik Sarawak.

Kesepakatan dan perpaduan yang ditunjukkan BN Sarawak dalam membentuk Kabinet Sarawak ternyata memberikan rasa hormat PAS terhadap BN Sarawak. Tidak seperti rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang, DAP ternyata mahukan kuasa tanpa mahu melihat dan memahami hati rakan-rakan mereka. Tindakan ini seumpama menikam belakang kawan.

Walaupun kempunan untuk menghadirkan diri dan menyertai Persidangan DUN Sarawak bagi penggal baru ini yang dijadualkan pada bulan Julai 2011, PAS tetap akan terus mendekati rakyat bagi memperjelaskan agenda dan misi PAS di Sarawak.

PAS akan terus berusaha untuk diterima rakyat Sarawak walaupun kecundang di kesemua kawasan DUN yang ditandingi mereka. Walau bagaimanapun, jumlah undi yang diterima PAS pada pilihan raya kali ini telah meningkat dan pastinya memberikan petanda bahawa yang cukup baik pada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. 


Gesaan Perdana Menteri untuk membawa PAS bersama UMNO dan BN dalam memperjuangkan Islam dan Melayu telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza di kalangan pemimpin PAS. Ramai pemimpin PAS yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mengambil sikap degil sambil menyatakan idea itu sebagai mengarut.

Demi mencapai agenda dan suatu rentak politik yang mempunyai kepentingan, gesaan Perdana Menteri itu dianggap sebagai tidak relevan dengan situasi politik sekarang. Manakala, bagi yang melihat perjuangan agama, bangsa dan tanah air, gesaan ini sesuai pada masanya demi melihat rakyat Malaysia hidup dalam aman dan fokus mencapai negara maju.

Penyatuan UMNO dan PAS pastinya mendapat tentangan yang hebat khususnya daripada pihak yang taksub dengan kepentingan politik. Utusan Malaysia pada muka depannya bertarikh 4 Mei 2011 telah menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda bahawa pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut Dr Juanda, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Al-Quran sendiri melalui ayat 13, surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah’’.

Bagaimanapun, pelawaan Perdana Menteri itu ditolak keras pelbagai pemimpin kanan PAS termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri menegaskan sekiranya PAS tidak mahu menyertai dan bersama UMNO, PAS seharusnya keluar daripada Pakatan Pembangkang kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Di sebalik bantahan terhadap desakan Perdana Menteri agar PAS segera meninggalkan Pakatan Pembangkang dan bersama UMNO untuk terus memperjuangkan Melayu dan Islam di Malaysia, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara terbuka menemplak desakan Perdana Menteri itu dengan menjadikan rakan twitternya, Jack Fadzli sebagai bahan cemuhan.

Petikan twitter Mahfuz Omar terhadap rakan twitternya, Jack Fadzli:

"Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini".

Perdana Menteri sebelum ini meminta PAS yang membawa identiti Islam dan Melayu dengan menyertai Pakatan Pembangkang bersama PKR dan DAP untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang dan menyertai UMNO untuk memperjuangkan Islam dan Melayu di Malaysia.

Hakikatnya, PAS yang agendanya membawa Islam ternyata tidak diterima rakyat memandangkan matlamat PAS semakin menyimpang setelah bergaul dengan DAP dan PKR. Ini terbukti apabila PAS yang bertanding di 5 kawasan DUN di Sarawak pada Pilihan Raya DUN Sarawak lepas tewas di kesemua kawasan walaupun dengan kehadiran ramai bala tentera dan pemimpin tertinggi PAS ke Sarawak. 

Wednesday, May 4, 2011




Ketika pengumuman angkat sumpah menteri-menteri Kabinet Sarawak yang terdri daripada Menteri dan Menteri Muda, Pakatan Pembangkang juga membentuk Kabinet Bayangan yang akan memperlihatkan keinginan yang tinggi untuk mereka memerintah Sarawak bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Setelah gagal membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 yang lepas, Pakatan Pembangkang yang sebulat suara telah bersetuju membentuk ‘Kabinet Bayangan’ yang bertujuan untuk memantau prestasi menteri dan menteri muda.

Selain memantau, Kabinet Bayangan ini juga akan terus mendesak Kerajaan Negeri Sarawak dalam memenuhi tuntutan Pakatan Pembangkang khususnya dalam pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus.

Berbeza dengan Kebinet Sarawak yang kebanyakannya menteri dan menteri muda masih disandang oleh penyandangnya dan dijangka akan dirombak pada Jun 2011 nanti. Bagaimanapun, Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang turut menambah beberapa ‘portfolio’ seperti yang terkandung dalam kabinet pusat antaranya tadbir urus baik, hal ehwal Tanah Adat, hal ehwal wanita, perpaduan negara dan hal ehwal pengguna.

Dalam kenyataan akhbarnya, Pakatan Pembangkang yang diketuai Wong Ho Leng menjelaskan Kabinet Bayangan mereka itu dianggotai 15 anggota Pakatan Pembangkang yang menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang lepas dan seorang lagi bukan wakil rakyat yang juga anggota PAS yang tewas di DUN Sebuyau, Adam Ahmad.

Bersama itu juga Pakatan Pembangkang sebulat suara melantik Wong Ho Leng sebagai Ketua Pembangkang di DUN Sarawak. Keputusan itu adalah mjktamad dan diambil kira berdasarkan kemenangan besar DAP berbanding PKR dan PAS.

Desas-desus yang menyatakan Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang ternyata meleset sama sekali walaupun beliau merupakan calon popular untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Selain memegang jawatan Ketua Pembangkang, Wong Ho Leng juga memegang jawatan sebagai ‘Menteri’ Sumber Asli dan Tadbir Urus Baik manakala calon popular, Baru Bian dilantik sebagai ‘Menteri’ Pembangunan Tanah dan Hal Ehwal NCR. Seperti diduga, tugas memegang jawatan sebagai ‘Menteri’ Kewangan disandang Chong Chieng Jen.

Berikut adalah senarai beberapa lagi ‘Menteri’ dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang.

‘Menteri’ Kerajaan Tempatan: Ling Sie Kiong dari DAP

‘Menteri’ Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar: See Chee How dari PKR

‘Menteri” Pembangunan Luar Bandar: Chew Chiu Sing dari DAP

‘Menteri’ Pembangunan Perindustrian: Yap Hoi Liong dari DAP

‘Menteri’ Kesihatan Awam: Dr Wong Hua Seh dari DAP

‘Menteri’ Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Wanita: Violet Yong Wui Wui dari DAP

‘Menteri’ Kemudahan Awam” Wong King Wei dari DAP

‘Menteri’ Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi: Chew Wang See dari DAP

‘Menteri’ Pertanian: Ting Tze Fui dari DAP

‘Menteri’ Perumahan dan Pembangunan Bandar: Fong Pau Teck dari DAP

‘Menteri Hal Ehwal Pengguna: David Wong Kee Woan dari DAP

‘Menteri Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara: Ali Biju dari PKR/ Adam Ahid

Dalam menyaksikan relevannya Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang ini, setiap ‘menteri’ yang dilantik dan dipertanggungjawabkan harus mengemukakan laporan berdasarkan portfolio masing-masing bagi mengetahui prestasi Kabinet Sarawak.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!