Saturday, April 30, 2011



Kemenangan DAP di kebanyakan kerusi DUN berbanding PKR dan PAS serta SNAP dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 telah memperlihatkan keangguhan DAP untuk terus bersuara dan mendesak kerajaan. Berbeza dengan PKR yang ramai calonnya tewas di kebanyakan kerusi DUN kepada calon BN, DAP yang sebelum pilihan raya mengambil sikap tunggu dan lihat kini telah menampakkan belangnya.

Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak telah menyaksikan majoriti pengundi Cina terutama di kawasan bandar telah menyokong DAP dan Pakatan Pembangkang. Ini telah membuatkan DAP semakin riak dan tekad untuk terus memainkan sentimen politik perkauman seperti yang diamalkan mereka sekarang. Strategi yang dikemukakan pemimpin tertinggi DAP khususnya kedua-dua anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng telah berjaya meresapi minda pengundi dan penduduk Cina di Sarawak.

Kejayaan mempertahankan dan menawan beberapa kerusi di kawasan bandar dan berjaya menumbangkan kompenan BN-SUPP sebenarnya mempunyai seribu macam hikmah.


Kejayaan DAP menanam sentimen kecinaan di kalangan masyarakat Cina di Sarawak membuktikan DAP merupakan sebuah parti yang rasis. Membawa aliran politik perkaumanan seperti yang dilakukan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 telah berjaya membuatkan masyarakat Cina di Sarawak memberontak sehingga menidakkan jasa dan perjuangan kerajaan selama ini.

Keputusan ramai pengundi Cina menyokong DAP juga memperlihatkan masyarakat Cina di Sarawak secara keseluruhannya hanya mementingkan ‘kuasa’ berbanding keharmonian kaum. DAP hanya mempergunakan PKR dan PAS serta SNAP dalam usaha memperoleh kuasa yang menjadi impian mereka selama ini.

SUPP kompenan BN Sarawak yang bermatlamat menjaga dan memelihara kepentingan kaum Cina di Sarawak ternyata ‘gagal’ menambat pengundi dan masyarakat Cina untuk bersama Kerajaan dan BN. Kegagalan ini telah membuka mata pemimpin tertinggi SUPP yang selama ini dikatakan banyak ‘tidur’ berbanding mempercayai realiti.

Kekalahan SUPP dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu pada pertengahan tahun 2010 merupakan suatu isyarat kepada SUPP. Bagaimanapun, isyarat ini tidak diambil perhatian dan hanya diambil mudah. Walaupun kalah dengan undi yang tipis, namun hakikatnya BN-SUPP tetap kalah dan terpaksa membiarkan DAP merampas Parlimen Sibu daripada BN.

Pilihan Raya Kecil Parlimen P.212 Sibu sebenarnya merupakan titik mula kecenderungan pengundi dan masyarakat Cina beralih arah dan menyokong DAP. Kelemahan jentera SUPP ketika berkempen selain tidak mengiktiraf bantuan dan sokongan rakan dalam kompenan telah menyebabkan BN kalah. Apakah SUPP telah mengenal pasti kelemahan dan kekurangan SUPP semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu dan mempelajarinya ketika berhadapan dengan Pilihan Raya DUN Sarawak?

Kesediaan Presiden SUPP, Tan Sri Datuk Patinggi Dr George Chan meletak jawatan sebagai presiden dan memberi laluan kepada muka baru seharusnya dibuat sebelu pilihan raya dan bukannya sekarang. Desakan ramai pemerhati politik berhubung perkara ini sewajarnya diambil perhatian dan bukannya mengambil sikap menemplak dan menjunjung presiden. Suara-suara akar umbi yang mahukan kepimpinan baru yang lebih muda dan pengumuman Presiden SUPP sebelum ini yang mahu berundur, tetapi ditarik balik telah menyebabkan pengundi Cina berpatah arang.

Percakaran kepimpinan SUPP telah memperlihatkan kelemahan pentadbiran Majlis Tertinggi SUPP sehingga menyebabkan masyarakat Cina berasa bosan. Percakaran sesama sendiri ini bukan sahaja memperlihatkan kelemahan, tetapi juga membuktikan bahawa tiada kesepakatan dalam memimpin sebuah parti politik. Usul mengetengahkan pemimpin muda sewajarnya dilakukan dengan betul dan tersusun bagi memperlihatkan SUPP serius untuk melakukan transformasi seperti yang dilakukan parti kompenan BN yang lain.


Hakikatnya, pengundi Cina di Sarawak tidaklah cenderung mengundi DAP dan Pakatan Pembangkang. Berdasarkan sejarah, pengundi Cina tidak pernah memperdagangkan nasib mereka dengan mengundi DAP mahupun pembangkang kerana yakin Kerajaan BN sentiasa berusaha menjaga kepentingan mereka. Namun, kegagalan SUPP mendengar dan memperjuangkan kepentingan Cina di Sarawak telah menyebabkan mereka berpatah hati walupun hakikatnya, BN sentiasa dalam hati mereka.

Kemelut undi protes pengundi Cina dapat dilihat di kawasan DUN Pending yang secara totalnya pengundi di situ menyokong calon BN-SUPP, Prof Dr Sim Kui Hian. Bagaimanapun, pengundi di situ terpaksa membuat undi berbelah lagi apabila terpaksa mengorbankan calon rakyat daripada BN itu. Keupayaan penyandang DUN Pending, Violet Yong yang kreadibilitinya semakin berkurangan ekoran prestasinya yang tidak bagus. Sepanjang menjadi wakil rakyat di DUN Pending, Violet Yong hanya bermodalkan kecantikannya sahaja dengan mendesak dan memfitnah kerajaan berbanding membawa masalah rakyat di dalam Persidangan DUN.

Kegagalan SUPP itu menyebabkan pengundi Cina melakukan undi protes bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap SUPP. Faktor Ketua Menteri Sarawak juga banyak menjadi faktor pendorong kepada tindakan mereka melakukan undi protes dalam usaha tindakan mereka itu dilihat secara wajar.

Kelemahan dan kerapuhan SUPP dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina telah diambil kesempatan DAP dengan membawa sentimen perkauman yang sedikit sebanyak berjaya meresapi hati dan minda masyarakat Cina. 

Friday, April 29, 2011





Upacara melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru ibni Al As, Bandar Baru Sentul yang dijadualkan selepas sembahyang Jumaat terpaksa ditangguhkan kepada jam 4.15 petang ekoran tindakan kecoh yang dibuat Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Mohd Aki dan penyokong-penyokong PKR dan PAS. Kekecohan ini bukan sahaja menganggu jemaah yang selesai sembahyang bahkan menyebabkan suasana di dalam masjid seumpama berada di jalanan ketika melakukan demontrasi.

Tanpa mengenal tempat ibadah dan rumah Allah, Ketua AMK dan penyokong-penyokong PKR dan PAS secara terus mengasak Masjid Amru Al As seperti kawasan demontrasi.

Dalam pada itu, ketika diajukan soalan mengenai cabaran sumpah laknat, Anwar Ibrahim ternyata berang bahkan memberikan reaksi yang kasar kepada wartawan. Malah menurut Anwar Ibrahim berhubung cabaran Datuk Shazryl Eskay untuk bersumpah laknat, beliau menyatakan tiada sesiapa pun yang mengajaknya untuk mengangkat sumpah.

Berasaskan kepada kenyataannya itu, Anwar Ibrahim sengaja mengelak soalan itu ditanya kepada dirinya yang ketika ini berada dalam situasi yang amat tertekan. Tekanan memuncak ekoran tindakan berani Datuk Shazryl Eskay dan trio Datuk T untuk bersumpah laknat sehingga menyebabkan dirinya berada dalam situasi BERSALAH.

Sambil itu, Anwar Ibrahim juga menidakkan hukum hakam agama yang menganggap Islam tidak menyuruh umatnya mengangkat sumpah.

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.

Anwar juga menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Berasaskan kepada kenyataan Anwar Ibrahim seperti di atas, jelaslah bahawa Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah laknat disebabkan beliau tahu dirinya pelakon dalam video itu dan pernah melakukan zina. Justeru, beliau tidak boleh bersumpah laknat.



Ketua AMK PKR dan penyokong-penyokong PKR dan PAS ini telah dihantar Anwar Ibrahim untuk membuat kacau dan kecoh bagi menggagalkan percubaan upacara sumpah laknat. Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah diajak Datuk Shazryl Eskay untuk bersumpah laknat di masjid yang sama tidak mahu menyahut cabaran itu sebaliknya menafikan kredibiliti Datuk Shazryl Eskay untuk bersumpah laknat.

Ekoran daripada tindakan Ketua AMK PKR dan penyokong-penyokong PKR dan PAS membuat kacau, upacara sumpah laknat telah ditangguhkan kepada jam 4.15 petang dan berakhir jam 4.25 petang.



Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat itu bagi pihak dua yang lain iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim yang turut hadir pada upacara itu.

Beliau melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang senaskhah Al-Quran di hadapan wartawan, jurugambar dan jurukamera.

"Pada hari ini 29 April tahun 2011, saya Shazryl Eskay Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut.

"Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 haribulan Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut.

"Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku."

Sebelum upacara sumpah laknat itu diadakan, satu sesi penerangan kepada Datuk Shazryl Eskay dan trio Datuk T mengenai risiko melafazkan sumpah laknat jika perkara tidak benar telah diadakan oleh seorang pendakwah bebas, Firdaus Supri. 

Thursday, April 28, 2011



Seperti diduga Anwar Ibrahim terus menerus menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak terlibat atau dalam bahasa mudah bukan pelakon dalam video itu. Apakah pula alasan dan sebab musabab yang menyatakan bahawa pelakon itu bukan Anwar?

Susulan daripada kemunculan video terbaru Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu yang merupakan kesinambungan daripada video itu, Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis. Selain membuat laporan polis terhadap usaha menghalang daripada bloggers terus menyiarkan video itu, Anwar juga membuat laporan polis berhubung gesaan Datuk Shazryl Eskay untuk meminta Anwar Ibrahim meletak jawatan.


Menjawab tuduhan itu, Datuk Shazryl Eskay yang merupakan bekas rakan karib dan juga orang yang bertanggungjawab mengatur perjumpaan Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu bersumpah bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini (28 April 2011) bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Anwar Ibrahim”.


Ditanya adakah beliau sedar akan kesan yang akan dihadapinya apabila melakukan sumpah laknat? Jawabnya, beliau sedar dan yakin berada di pihak yang benar.

Bagi menguatkan lagi sumpah yang dilakukannya, Datuk Shazryl Eskay menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas sembahyang Jumaat esok.

Dalam hal ini, Nik Aziz rakan sekutunya dalam Pakatan Pembangkang perlu memberika nasihat serba sedikit berhubung cara-cara sumpah laknat yang akan diadakan esok kepada Anwar Ibrahim supaya ia tidak salah dilakukan. Sebaliknya, membuat laporan polis, kenyataan akhbar mahupun menafikan dengan menunding jari kepada Datuk Shazryl Eskay dan Datuk T bukanlah jalan penyelesaian sebaliknya perlu juga bersumpah laknat.

Kenapa perlu takut sekiranya berada pada pihak yang benar?




Setelah rakaman video seks siri pertama didedahkan sebelum ini telah mengundang gundah gulana kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan kekalahan teruk PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak tempoh hari, kini muncul kembali video seks siri kedua yang berjudul Papa Nurul Izzah Part II.

Kemunculan video seks Anwar siri kedua, hampir kebanyakan cerita itu menghiasi tajuk utama di kedai-kedai kopi. Malah alam maya sendiri juga kecoh setelah kemunculan video seks Anwar siri kedua ini menjadi hidangan mata pembaca seluruh dunia.

Ketika kempen Pilihan Raya DUN Sarawak yang lepas, ceramah Anwar Ibrahim dan PKR kebanyakkannya banyak menceritakan tentang dirinya (Anwar Ibrahim) dianiaya oleh BN berhubung isu video seks bersama pelacur China. Kononnya video itu sengaja disiarkan dengan tujuan BN tiada lagi senjata yang boleh dilakukan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim melainkan hanya dengan taktik kotor ini.

Papa Nurul Izzah Part II

Bagaimanapun, rakyat Sarawak tidak terlena dengan dakyah Anwar Ibrahim dan PKR yang terus menerus menafikan bahawa pelaku (pelakon) dalam video itu bukan dirinya. Setelah beberapa pengamal filem dan drama serta polis menyatakan video itu adalah asli dan original, serta pelakunya menyerupai Anwar Ibrahim, secara kesimpulannya Anwar Ibrahim terbabit secara langsung dalam video itu.

Kehilangan jam tangan Omega yang cuba diselindungi Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah dengn kenyataan yang kabur dan dijawab secara tersekat-sekat menandakan keluarga Wan Azizah cuba untuk menafikan bahawa pelaku itu bukan suaminya bagi menutup kemaluannya. Bagaimanapun, rakyat Malaysia bukan bodoh sehingga boleh diperbodohkan oleh keluarga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah serta PKR.

Kemunculan video siri kedua yang di laman blog Papa Gomo dan Pisau. Net dalam alam maya merupakan penjelasan kebenaran kepada kesinambungan video siri pertama. Secarar jujur, kedua-dua bloggers itu seharusnya diberi tabik hormat kerana bukan sahaja berani mendedahkan kebenaran berhubung isu moral Anwar Ibrahim, tetapi juga mempunyai nilai kemanusia kerana sesekali tidak menyiarkan aksi ranjang Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu sebagai menghormati budaya keMelayuan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim tidak harus terlalu berasa selamat kerana selagi beliau tidak melakukan sesuatu yang harus dilakukannya dalam Sumpah Laknat, maka selagi itu aksi ranjang Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu akan cuba diuploadkan secara bersiri.



Namun, jauh malah tidak sesekali Anwar Ibrahim akan melakukan sumpah laknat memandangkan feelnya yang sentiasa cuba untuk meraih simpati rakyat kononnya dirinya dianiayai. Secara berterusan, Anwar Ibrahim dan isterinya akan terus menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam video seks itu.

Marilah kita saksikan tindakan susulan Anwar Ibrahim berhubung kemunculan video seksnya siri kedua. Apakah akan ada kenyataan akhbar yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya? Apakah pula tindakan Wan Azizah untuk terus menidakkan pelaku dalam video itu bukan suamianya setelah sebelum ini menegaskan bahawa beliau kenal siapa Anwar? Sememangnya isteri pasti mengenali ciri-ciri suaminya, tetapi sekiranya sudah lama tidak ‘berhubungan bersama’ maka sudah pasti ciri-ciri suami tidak akan diingati lagi.

Kredit kepada Papa Gomo...

Tuesday, April 26, 2011



Ketika PKR Sarawak sedang sibuk membuat ‘post mortem’ mengenai punca kekalahan teruk calon mereka dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, Naib Presiden PKR yang juga anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah telah mengemukakan tiga permintaan kepada Ketua Menteri Sarawak antaranya;

Pertama, menggesa kerajaan Persekutuan menamatkan perisytiharan Darurat Sarawak 1966 bagi menuntut hak-hak rakyat Sarawak

Kedua, memastikan Perjanjian Lapan Belas dengan Malaysia dipenuhi dengan sepenuhnya.

Ketiga, mendesak kerajaan pusat meningkatkan royalty minyak negeri Sarawak kepada 20 peratus.

Nurul Izzah yang melihat calon-calon PKR tewas teruk dengan hanya menang 3 kerusi daripada 57 kerusi yang ditandingi mendakwa proses perjalanan Pilihan Raya DUN Sarawak yang dilakukan SPR penuh dengan insiden penipuan dan kelemahan sambil menghormati kemenangan PBB yang dicabar PKR semasa Pilihan Raya DUN Sarawak.

Jelas Nurul Izzah lagi, tujuan beliau dan PKR menghantar surat permintaan itu dan mendesak Ketua Menteri Sarawak adalah memastikan kesinambungan dan konsistensi manifesto Pakatan Pembangkang Kebangsaan dan usaha-usaha berterusan PKR bagi memenuhi janji-janji Pakatan Pembangkang.

Ini disebabkan PKR Sarawak yang diterajui Baru Bian tidak berani mengemukakan permintaan dan desakan itu sepatutnya telah lama dikemukakan kepada Ketua Menteri Sarawak. Atas faktor itu, sebagai Naib Presiden PKR yang juga pembantu kepada bapa dan emaknya, Nurul Izzah mengambil sikap berani untuk mendesak Ketua Menteri Sarawak memenuhi permintaan PKR.


Tahniah kepada calon-calon BN dan Pakatan Pembangkang juga Bebas yang berjaya memenangi pilihan raya dalam DUN masing-masing sehingga layak dipanggil Yang Berhormat @ YB.

Sehari selapas pengundian dan diketahui kemenangan calon masing-masing, ramai YB telah mengadakan keraian dan doa selamat bagi menyambut kemenangan. Ada yang mengadakan majlis kesyukuran di hotel-hotel, restoran dan juga di beberapa tempat eksklusif. Ramai tetamu yang hadir terutama jemputan khas di kalangan ahli-ahli parti yang telah bertungkus lumus berkempen sepanjang 10 hari.

Tidak hanya meraikan kemenangan dengan mengadakan majlis makan-makan di hotel dan restoran, ucapan selamat dan tahniah di atas kemenangan ternyata masih dilakukan di dada-dada akhbar. Ianya sama ada diucapkan oleh parti, orang perseorangan mahupun syarikat.

Tahniah kepada YB-YB kerana telah berjaya memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak 2011. Kemenangan ini bukan masanya untuk bergembira selama-lamanya sebaliknya ranjau sedang menanti YB-YB dalam mengotakan janji-janji dan yang penting memastikan aspirasi rakyat diperjuangkan.

Mulai 17 April 2011, YB-YB akan sekali lagi dinilai perkhidmatannya bagi menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak ke-11 pada 2015 atau 2016.

Selamat menjalankan tugas YB’s.




Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mendakwa punca kekalahan PKR dan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak disebabkan masa kempen yang singkat. Justeru, PKR dan Pakatan Pembangkang akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam bagi mendesak SPR memanjangkan tempoh masa berkempen yang panjang pada PRU-13 akan datang.

Terdahulu, Anwar Ibrahim dan Baru Bian menyatakan PKR akan mengemukakan petisyen berhubung kekalahan PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak di beberapa kawasan DUN. Sehingga kini, PKR hanya mengenal pasti DUN Senadin sebagai DUN yang akan dikemukakan petisyen.

PKR sekarang sedang dalam proses mendapatkan bukti-bukti kukuh bagi membolehkan petisyen dikeluarkan ke atas kawasan DUN yang diragui kemenangan BN termasuk DUN Senadin. Walaupun hanya menang di 3 DUN, PKR nyata tetap tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya yang didakwa sebagai tidak adil. 

Sunday, April 24, 2011



Rakyat Sarawak bukan pertama kali mengundi bahkan ramai pengundi yang telah mengundi lebih daripada 10 kali sepanjang hidupnya. Sepanjang proses pengundian, tiada sebarang petanda atau kelakuan yang boleh menjejaskan seseorang itu mengundi. Bahkan, ramai petugas parti terpaksa menggerakkan ahli-ahlinya dan orang ramai untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya.

Dakwaan Wanita PKR bahawa pengundi-pengundi di Sarawak khususnya di kawasan Petra Jaya ditakut-takutkan penyokong-penyokong BN adalah sangat tidak berasas sama sekali. Sepanjang proses pengundian pada 16 April itu, tiada sebarang provokasi mahupun kelakuan biadap yang ditunjukkan petugas-petugas BN melainkan satu kes melampau yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PKR di Pusat Pengundian di SK Merpati Jepang.


Lebih memalukan, penyokong PKR itu yang merupakan orang luar dari Semenanjung tanpa segan silu bertekak dengan Ketua Pemuda PBB Sarawak yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Timbalan Menteri. Perlakuan itu merupakan pertama kali dalam sejarah Sarawak memandang selama ini proses pengundian di Sarawak berjalan lancar. Tindakan itu merupakan sebahagian budaya yang kerap diamalkan Pakatan Pembangkang di Semenanjung semasa hari pengundian.

Kekalahan kesemua calon PKR di DUN Pantai Damai, DUN Demak Laut, DUN Tupong, DUN Samariang dan DUN Satok telah menidakkan PKR bertapak di Petra Jaya yang menjadi idaman mereka sebelum ini.


Wanita PKR sebelum ini menjelaskan sepanjang kempen pilihan raya yang diadakan di kawasan Petra Jaya telah menyaksikan ribuan datang menyaksikan gelagat dan ‘olah’ penceramah Pakatan Pembangkang seperti keluarga Anwar Ibrahim termasuk Wan Azizah dan Nurul Izzah, juga Khalid Ibrahim @ Khalid Gagap, Sam Ketol, Azmin Ali dan juga calon-calon PKR. Kedatangan ribuan rakyat ke kempen-kempen PKR membuatkan Wanita PKR yakin bahawa kemenangan akan memihak kepada calon mereka.

Harus diingat budaya ceramah yang dibawa Pakatan Pembangkang pada pilihan raya kali ini merupakan budaya baru di Sarawak dan ia sememangnya tidak dapat diterima masyarakat Sarawak. Manakan tidak, ceramah kempen PKR banyak berkisar menyerang peribadi pemimpin BN, memfitnah dengan menyebarkan berita dan cerita yang tiada kebenarannya dan menafikan perlakuan dan pertuduhan yang dihadapi walaupun kes itu masih dalam perbicaraan. Apakah semua ini yang dimahukan rakyat Sarawak semasa mendengar ceramah kempen PKR?


Slogan ‘Jom Ubah Sarawak’ ternyata tidak menarik minat rakyat Sarawak kerana kebanyakan janji-janji yang ditabur PKR dan Pakatan Pembangkang banyak bersifat janji manis. Rakyat Sarawak tidak bodoh seperti yang difikirkan pemimpin PKR terutama Anwar Ibrahim. Mana dia janji-janji PKR dan Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang juga Kedah? Tiada jaminan langsung janji-janji Pakatan Pembangkang yang hanya manis di mulut dan buta di hati.

Fenomena kempen di Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung. Ramai yang hadir ke majlis ceramah kempen PKR bukannya menunjukkan sokongan, tetapi kebanyakannya hadir hanya untuk mendengar, menilai, melihat wajah Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin Ali yang selama ini banyak dilihat di dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Tidak ketinggalan juga mereka ingin melihat wajah Anwar Ibrahim yang sebenarnya untuk dibandingkan dalam video terbaru Anwar Ibrahim bersama Pelacur China.



Berasaskan kepada perkiraan dan penjelasan orang ramai yang pernah datang ke ceramah PKR dan melibatkan Anwar Ibrahim, ramai yang ‘confident’ bahawa pelaku atau pelakon dalam ‘blue film’ itu adalah serupa dan 1000% percaya bahawa itu adalah Anwar Ibrahim. Juga, ramai perasan apabila melihat wajah Anwar Ibrahim yang tidak ceria apabila senyum sesuatu yang amat ‘pelik’. Ramai yang beranggapan bahawa wajahnya itu telah dimakan sumpah kerana tidak percaya dengan sumpah yang dilakukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kes Altantuya dan Saiful Bukhari dalam kes liwat.


Ditanya adakah Wanita PKR telah membuat laporan polis, Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Mokhsen menjelaskan Wanita PKR masih sedang menyiasat. Ini berhubung dengan calon PKR di DUN Tupong, Baharuddin Mokhsen yang juga abang kepada Nurhanim Mokhsen telah dinafikan kemenangannya apbila kalah kepada penyandang Datuk Daud Abdul Rahman.

Jelaslah bahawa, Pilihan Raya DUN Sarawak ini banyak membuka minda dan mata PKR bahawa rakyat Sarawak khususnya di kawasan Petra Jaya masih tidak menerima perjuangan dan wakil rakyat daripada PKR dan Pakatan Pembangkang. Selama ini BN telah menjalankan tugasnya dengan baik walaupun diakui ada beberapa isu yang masih belum diselesaikan. Bagaimanapun, komitmen kerajaan untuk terus memajukan Petra Jaya ternyata amat memberi keyakinan kepada rakyat.

Petra Jaya ke arah Putra Jaya…


Ilham Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung penggabungan DAP-SNAP hanya berpaksikan untuk mendapatkan undi penduduk Bumiputera terutama kaum Dayak. 

Kejayaan DAP memenangi 9 kerusi DUN Sarawak dengan mengalahkan seteru utamanya yang juga kompenan BN Sarawak, SUPP telah membuatkan DAP semakin angkuh. Berteraskan parti kaum Cina, DAP cuba untuk menghakis pandangan itu dengan bergabung bersama SNAP. 

SNAP yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Pakatan Pembangkang, telah keluar Pakatan ekoran tidak bersetuju dengan pengagihan kerusi. PKR yang dilihat sebagai parti dominan Pakatan Pembangkang enggan berkrompomi dengan SNAP. Ini menyebabkan SNAP terpaksa berhadapan dengan calon PKR di beberapa kawasan. Kesannya, SNAP tidak memenangi satu kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak walaupun mengetengahkan seramai 26 calon.

Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 juga menyaksikan sokongan Bumiputera khususnya masyarakat Dayak terhadap BN ternyata meningkat. Sokongan ini menyebabkan BN Sarawak memperoleh majoriti 2/3 bagi membentuk kerajaan. Manakala, sokongan masyarakat Cina dilihat semakin kendur dengan ramai calon SUPP kalah termasuk presidennya.


Sekiranya SNAP menerima pelawaan DAP itu, adalah tidak mustahil SNAP akan menjadi kuli kepada DAP dan juga PKR serta PAS. Tidak seperti SNAP dalam BN suatu ketika dahulu yang kepentingan dan perjuangan SNAP sentiasa dijaga dan dipelihara. Namun, atas faktor kepentingan peribadi, SNAP menjadi mangsa sesetengah pemimpin SNAP ketika itu. 

SNAP yang merupakan satu-satunya parti politik pembangkang tempatan dilihat terkapai-kapai mencari arah dan sokongan. Sukar untuk mereka berdiri dan bergerak sendiri memandangkan Pakatan Pembangkang dari Semenanjung menguasai politik pembangkang di Sarawak. Demikian juga, Pakatan Pembangkang itu mempunyai agenda dan impian politik yang berbeza selaras dengan ketidaksamaan idealogi politik masing-masing.

Nescaya penggabungan DAP-SNAP akan memudahkan DAP menyerapkan idealogi komunisme ke dalam masyarakat Dayak khususnya di luar bandar bagi tujuan memenangi pilihan raya. Berasaskan budaya kaum Dayak, idealogi DAP itu sangat tidak sesuai dengan masyarakat tempatan dan sangat bertentangan. Justeru, keputusan Edwin Dundang untuk tidak menerima pelawaan Lim Kit Siang itu secara membuta tuli dilihat suatu keputusan yang bijak. 

Terdahulu, DAP dicabar untuk melantik Baru Bian sebagai Ketua Pembangkang di DUN Sarawak. Ini disebabkan ada diantara ADUN DAP tidak bersetuju untuk melantik Baru Bian sebagai Ketua Pembangkang disebabkan beliau baru sahaja setahun jagung menjadi ADUN. Calon popular semestinya datang daripada DAP. Diberitakan Chong Chieng Jen, Wong Ho Leng dan Violet Yong sangat berminat menjawat jawatan tersebut lebih-lebih lagi Violet Yong yang sebelum ini mengimpikan jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Selain lantang dan berwibawa, calon-calon daripada DAP dilihat bersaing sesama sendiri bagi membuktikan mereka bukan sahaja menang pilihan raya, tetapi juga prihatin dengan masalah rakyat Cina. Sebelum ini, Chong Chieng Jen secara terbuka menyatakan minatnya untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak bersama-sama Baru Bian. 

SNAP perlu bermuhasabah diri supaya mereka tidak lagi diperalatkan DAP yang terkenal dengan lidah bercabang. Lihat sahaja Perak dahulu yang mana Menteri Besar sementara itu menjadi boneka DAP setelah Undang-Undang Tubuh Negeri tidak membenarkan kaum lain selain Melayu menjawat jawatan Menteri Besar. Oleh yang demikian, Menteri Besar Perak sementara Nizar Jamaluddin hanya diibaratkan sebagai boneka. Juga, kepada Khalid Ibrahim @ Khalid Gagap yang menjadi Menteri Besar Selangor Boneka kepada DAP. Ini disebabkan kesemua keputusan di belakang tabir adalah dilakukan DAP. 

Inilah situasi yang akan berlaku ke atas SNAP sekiranya SNAP menerima 'perkahwinan' DAP. Malah, dijangkakan ia akan lebih teruk memandangkan DAP kini mengamalkan politik perkauman. Setelah apa yang dihajati tercapai, nescaya SNAP akan ditinggalkan dan terkapai-kapai keseorangan. Cegah sebelum padah. 

Saturday, April 23, 2011



Pilihan Raya DUN Sarawak telah meninggalkan banyak kenangan dan suka duka politik Sarawak. Sepanjang Pilihan Raya Sarawak, inilah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi Sarawak semenjak kemasukan Sarawak dalam Malaysia. Bagaimanapun, Sarawak mengalami nasib yang baik apabila tidak mengalami tsunami politik seperti yang pernah berlaku pada tahun 2008.

Kejayaan BN Sarawak mendapat kuasa majoriti 2/3 dan seterusnya untuk mengekalkan kekuasaan BN di Sarawak membuktikan rakyat Sarawak selesa dengan kerajaan yang sedia ada sebelum ini. Walaupun BN Sarawak ‘teruk’ dihentam Pakatan Pembangkang daripada pelbagai sudut namun suara rakyat yang mahukan BN kekal memerintah membuktikan dasar BN selama dalam memajukan Sarawak dipercayai sepenuhnya rakyat Sarawak.

Sedikit keresahan apabila komponen BN yang mewakili kaum Cina, SUPP kalah teruk. SUPP hanya berjaya memenangi 6 daripada julah keseluruhan kerusi yang ditandinginya. Presiden SUPP, Datuk Patinggi Dr George Chan yang bertanding di DUN Pujut juga tewas kepada calon DAP yang juga muka baru dalam politik. Paling menghangatkan keadaan apabila kesemua DUN di kawasan Bandar Kuching berjaya dimenangi DAP dengan menidakkan kekuasaan BN-SUPP. Kejayaan DAP yang di DUN Batu Kawah dan DUN Pending ternyata memberikan tekanan kepada SUPP.   


Diwar-warkan sebelum ini, calon BN-SUPP di DUN Pending, Prof Dr Sim Kui Hian yang mempunyai personaliti menarik dan disenangi ramai rakyat Sarawak yang dijangka menang dan mampu merampas DUN Pending juga kalah ditangan Violet Yong, penyandang DUN Pending. Begitu juga calon BN-SUPP di Batu Kawah, Dr Tan Joo Phoi tewas ditangan calon DAP, yang merupakan bekas Pembantu Khas Violet Yong dan pertama kali bertanding dalam politik Sarawak. Apakah sebenarnya mesej yang hendak diberikan pengundi Cina Sarawak terhadap BN-SUPP? Apakah mereka mengamalkan undi perkaumanan?

Kebanyakan DAP bertanding di DUN yang majoritinya pengundi dan penduduknya terdiri daripada Cina serta menentang SUPP di kesemua DUN dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Melihat kepada keadaan ini, apakah pengundi Cina sememangnya mahukan kuasa supaya suara mereka didengar dalan DUN Sarawak? Kenapa pula pengundi Cina tidak mahu melantik wakil mereka dalam kabinet Sarawak dengan memilih wakil BN-SUPP bagi mewakili mereka? Apakah sentimen perkauman yang dibawa kedua-dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ke Sarawak telah membakar Sarawak dan mahukan Sarawak seperti Pulau Pinang yang mana kaum Cina berkuasa dan menidakkan kaum majoriti dan Bumiputera?

Kejayaan DAP memenangi banyak kerusi DUN Sarawak membuktikan rakyat Sarawak menolak kepimpinan BN-SUPP. Manakan tidak, DAP yang ramai meletakkan calon muda bagi menentang otai-otai BN-SUPP berjaya membuktikan rakyat Sarawak menolak SUPP. Kebanyakan calon muda yang diketengahkan DAP ini merupakan penyertaan pertama kali dalam politik Sarawak walaupun penglibatan mereka telah lama dengan menyandang Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen dan Violet Yong. Bagaimanapun, ada suara-suara sumbang menyatakan DAP letak sahaja calon yang berumur 12 tahun, rakyat pasti akan mengundi DAP.

Selesai Pilihan Raya DUN Sarawak, BN-SUPP bergolak dalam memilih calon yang akan menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Dengan hanya 2 calon SUPP sahaja yang menang yang mewakili kaum Cina berbanding 4 calon SUPP yang diwakili Bumiputera menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, ternyata mengundang kesukaran buat SUPP untuk memilih calon yang sesuai ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Kenyataan SUPP Pusat untuk tidak mahu memilih YB Bawang Assan, Dato’ Sri Wong Soon Koh ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak ternyata menampakkan perpecahan di kalangan pemimpin SUPP. Dato’ Sri Wong Soon Koh merupakan ketua SUPP Bahagian Sibu. Seorang lagi calon SUPP, Datuk Lee Kim Shin yang memenangi DUN Senadin dikatakan bukan Majlis Tertinggi SUPP.


Perdebatan calon yang sesuai ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak masih belum ada kesudahannya. Ura-ura sekiranya SUPP tidak ada jawapan ke atas calon yang sesuai mewakili kaum Cina ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, maka calon Bumiputera daripada SUPP sewajarnya diangkat ke jawatan tersebut. Ini disebabkan selain mencatat keputusan 100% memenangi kesemua 4 kawasan DUN, undi kaum Bumiputera ternyata meningkat. Peratusan meningkatnya undi Bumiputera ternyata memberikan gambaran bahawa jaminan yang dibawa BN dalam membangunkan Sarawak diterima rakyat Bumiputera berbanding masyarakat Cina yang sebelum ini telah senang dan mewah dengan pembangunan di kawasan bandar.


Dalam pada itu, keputusan DUN Senadin yang dimenangi calon BN-SUPP, Datuk Lee Kim Shin dengan majoriti kecil telah mengundang kekecewaan calon PKR. Sambil mempertikaikan keputusan SPR, calon dan penyokong PKR menyatakan rasa tidak puas hati dan mahu membawa kes ini ke mahkamah. SPR dalam satu kenyataan, SPR mempertahankan tindakan pegawainya dan menegaskan PKR boleh memfailkan kes ini di mahkamah bagi mencabar keputusan SPR. Pegawai SPR Senadin sebelum itu menolak permohonan calon dan ejen Pilihan Raya PKR untuk mengira semula undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Tindakan Timbalan Ketua Pemuda PBB Kidurong, Saufi Sari keluar parti hanya kerana tidak puas hati dengan kenyataan dan pendirian Ketua Pemuda PBB Sarawak, Datuk Fadillah Yusof. Kenyataan Suafi Sari berhubung kenyataannya yang bertindak keluar parti “kita di cawangan Kidurong telah dimanipulasi oleh sebuah parti yang tidak bertanggungjawab”. Apakah yang dimaksudkan ‘dimanipulasi’ dan ‘parti yang tidak bertanggungjawab’?


Ternyata tindakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PBB Kidurong bukan sahaja mengeruhkan politik Sarawak bahkan juga sikap yang ditunjukkan menggambarkan kepentingan individu. Kenapa perlu mengambil jalan mudah dan tergesa-gesa hanya kerana tidak setuju dengan kenyataan Ketua Pemuda PBB? Kenapa tidak diadakan perbincangan antara muka bagi mencari jalan penyelesaian? Nampaknya, tindakan yang diambil bekas Timbalan Ketua Pemuda PBB Kidurong ini cetek dan tidak matang dalam berpolitik.

Yang pasti, politik Sarawak tidak pernah kesunyian dengan pelbagai kontroversi dan isu. Kontroversi ini banyak mendatangkan kemusnahan dan berbanding jalan pennyelesaian. 

Wednesday, April 20, 2011




Walaupun kalah teruk dalam Pilihan Raya DUN Sarawak di DUN Asajaya, Arip Ameran menyatakan hasratnya untuk bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Ketegasan Arip Ameran ini disuarakan sebaik sahaja mengetahui beliau kalah teruk kepada calon BN, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Walaupun kalah, Arip Ameran menjelaskan persaingan sengit yang diberikan PKR di kawasan DUN Asajaya dan berjaya memperoleh sejumlah 2,208 undi telah menunjukkan dirinya mendapat sokongan rakyat Asajaya.

Semasa kempen PKR di Asajaya, Arip Ameran berjaya membawa budaya PKR di Semenanjung ke Sarawak dengan memperkenalkan budaya samseng. Budaya yang diketangahkan Arip Ameran ini sangat bertentangan dengan budaya penduduk tempatan. Selain kerakusan ahli-ahli dan petugas PKR yang kebanyakannya datang dari Semenanjung dan berkampung di Asajaya, PKR juga berjaya menanam kebencian terhadap BN Sarawak.

Itulah budaya yang dibawa PKR ke Sarawak...


Setelah mencapai kemenangan ‘bergaya’ walaupun tidak dapat menubuhkan kerajaan ekoran kekalahan teruk rakan pakatan, PKR dan PAS, DAP mempersoalkan kenapa kaum Cina tidak boleh menjadi Ketua Menteri Sarawak?

Inilah soalan yang dikemukakan ADUN Pending, Violet Yong mempersoalkan mengapa kaum Melanau, yang merupakan salah satu kaum minoriti di negeri ini dapat menjadi Ketua Menteri, sedangkan kaum Cina yang lebih besar tidak boleh.

Violet Yong dalam ceramah terakhirnya bukan sahaja membangkitkan semangat perkauman, tetapi juga mempersoalkan kenapa kaum minoriti dapat menjadi Ketua Menteri? Kenapa kaum Cina tidak boleh menjadi Ketua Menteri sedangkan mereka merupakan kaum majoriti di Sarawak?

“Kamu semua tanya balik kepada kepada Ah Hian (Dr Sim Kui Hian), mengapa Taib (Ketua Menteri) orang Melanau, dari antara satu kaum yang terkecil di Sarawak dapat jadi Ketua Menteri. Mengapa kaum Cina tidak boleh?”, katanya dalam satu kempen pilihan raya pada 13 April lalu.

“Kenapa mesti kaum Melanau, antara kaum kecil dapat memerintah Sarawak, sedangkan Cina lebih ramai tidak dapat.”

Pastinya sidang DUN Sarawak kali ini sengit berikutan suara-suara pembangkang yang majoriti Cina akan membuatkan Dewan Undangan Negeri Sarawak kecoh. Kecoh dan pastinya beberapa adegan yang pastinya akan ditonjolkan pembangkang terutama DAP. 


Kekalahan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang lalu membuka persoalan siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Apakah jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak wajar dikekalkan kepada SUPP atau diberikan kepada PRS atau SPDP?

Berasaskan keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak, PBB yang meletakkan 35 calon dalam Pilihan Raya DUN Sarawak menang kesemuanya bagi mengekalkan momentum bersih sama seperti Pilihan Raya DUN Sarawak 2006. Bagaimanapun, seperti diduga SUPP yang sebelum ini dikatakan banyak melakukan transformasi telah mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini SUPP hanya memenangi 6 daripada 19 kerusi yang diperuntukkan. Daripada 6 kerusi DUN itu, hanya 2 kerusi sahaja calon SUPP yang mewakili masyarakat Cina menang manakala 4 kerusi lagi diwakili masyarakat Bumiputera.

Apakah Timbalan Ketua Menteri Sarawak wajar diberikan kepada Dato Sri Wong Soon Koh, satu-satunya calon SUPP yang memegang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Setiausaha Agung SUPP memenangi kerusi DUN Bawang Assan? Spekulasi itu juga membayangkan berkemungkinan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak mungkin akan dipegang oleh Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.


Di sebalik persoalan jawatan Ketua Menteri Sarawak, PRS parti kedua yang mencatat keputusan cemerlang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak juga berminat dengan jawatan itu. Bagaimanapun, SUPP dan PRS menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi bagi menentukan siapakah yang paling layak menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Sarawak mempunyai 2 Timbalan Ketua Menteri, dengan seorang lagi Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu yang masih mengekalkan jawatannya.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!