Monday, February 28, 2011



PAS itu Islam. Islam itu PAS. Lebih baik tukar begini. PAS itu Kelantan. Kelantan itu miskin. Rakyat Kelantan mesti tahu perkara ini. Selama ini PAS sembunyikannya daripada rakyat Kelantan.

PAS dan Pakatan Pembangkang ada hati nak pasang niat perintah Malaysia, tapi tengok Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, habis kacau bilau diperintahnya. Isu pasir di Selangor tiada kesudahannya disebabkan PKR dikawal DAP. PAS kat Selangor jadi lembu cucuk hidung.

Kat Pulau Pinang orang Melayu merempat di negeri sendiri. Orang India pula dinafikan haknya. Diskriminasi pemerintahan DAP yang bertunjangkan rasis menyebabkan Pulau Pinang tidak lekang dengan isu dan masalah. Tapi itu pilihan rakyat Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Kini, rakyat Pulau Pinang dah sedar. Rakyat Selangor dah mula bukak mata. Tapi, rakyat Kelantan dok masih taksub dengan Nik Aziz itu. Lihat sepanjang pemerintahannya, Kelantan juara segala juara.

Dok cerita pasal juara selain Juara Piala Malaysia, Kelantan juga juara masalah sosial. Semua ini atas dasar pemerintahan PAS dan Nik Aziz. Kalau tanya rakyat Kelantan, ramai yang mengeluh. Malu dengan negeri sendiri. Segala macam kemunduran yang ada. Tapi, tidak semua rakyat Kelantan setuju dengan Nik Aziz ni.


Melaka bandaraya bersejarah dan diperintah BN manakala Kelantan pula ditadbir PAS. Jika dibandingkan keluasan Kelantan menang dan Melaka hanya sekelumit Kelantan sahaja. Nama, Melaka gah dipersada antarabangsa dek kerana sejarah, tapi Kelantan gah juga tapi gah kerana masalah sosialnya. Nak banding sosioekonomi? Jauh panggang dari api. Kelantan jauh sangat ketinggalan.

Kelantan Serambi Mekkah, tapi langsung tak nampak macam Mekkah. Baca cerita kat bawah:

JARANG-JARANG KETUA sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan. Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah. Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang Kelantan berbanding hanya dua orang Melaka. “Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,” katanya.

Dicoretkan juga 18 perkara yang memperlihatkan perbandingan kejayaan dan kegagalan Melaka berbanding Kelantan. JUARA segala JUARA.


Ahli Dewan Negara Asal Melaka, Senator Akbar Ali mendedahkan bahawa dalam ....

“Soal penagih dadah, sekali lagi Melaka kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1,902 orang,” kata beliau. Hebat tu.

Manakala, kadar kemiskinan Melaka hanya mencatat 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus. Rakyat Kelantan tetap miskin, tapi pemimpinnya kaya-raya.

Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Mana dia tranformasi ekonomi yang diperjuangkan PAS.

Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta. Imposible. Sebabnya, Kelantan bersempadan dengan Thailand tapi kenapa kutipan Kastamnya sedikit berbanding Melaka. Melaka paling dekatpun bersempadan dengan Indonesia tapi taklah sedekat seperti Kelantan.

Penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka hanya 923 pasangan, tapi di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009. Perkara ini sememangnya tidak menghairankan. Sebabnya, ramai suami kat Kelantan pemalas dan biarkan isteri bekerja. Lepas itu ketagih pil kuda untuk kuatkan semangat seks bagi melayari nafsu.

Keseluruhan jenayah tahun 2010 di Melaka 5,967 kes berbanding Kelantan 7,900 kes. Yang ni sangat menghairankan. Tapi, kat Kelantan tiada yang menghairankan. Yang haram itu boleh jadi halal.  

Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221.

Melihat kepada bukti-bukti di atas, PAS dan Nik Aziz harus segera bertaubat dan pulanglah ke jalan yang benar.

Buat Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.

Kredit kepada blogger Azli Shukri Today...


Ketika calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad bercanang untuk terus padang dan berjumpa pengundi, PAS tidak segan silu memperkatakan tentang kepalsuan ijazah yang dimiliki calon BN itu.

Sememangnya sewaktu perkenalan calon BN, Syed Ibrahim pada Selasa lepas telah banyak mengundang kegusaran di kalangan jentera PAS. Ada ura-ura yang menyatakan PAS tidak mempunyai modal dan isu dalam menentang BN di DUN Kerdau. Ini disebabkan ADUN Kerdau sebelum ini telah menjalankan tugasnya dengan baik dan diiktiraf rakyat dan masyarakat Kerdau.

Disebabkan ketiadaan modal dan isu di Kerdau, PAS kini mengalih kepada serangan peribadi yang menjadi amalannya sejak dari dahulu lagi. Manakan tidak, ijazah calon BN pun menjadi tarikan PAS sehingga mendakwa ijazah yang dimiliki calon BN itu palsu dan bohong.

Apakah ijazah al-Azhar itu hanya untuk ahli-ahli PAS sahaja dan selain PAS dikatakan bohong dan haram? Apakah pula mazhab yang digunapakai PAS kali ini?

PAS ketika ini kekurangan atau lebih tepat lagi ketiadaan isu bagi menyerang BN. Bukan PAS sekiranya calon Pakatan Pembangkang itu tidak menyerang keperibadian calon BN.

Bagi memuaskan hati dan nafsu PAS, calon BN sedia menunjukkan ijazah yang dimilikinya. Walaupun pada mulanya niat Syed Ibrahim untuk tidak mahu menunjukkan ijazahnya itu namun demi kelangsungan hidupnya dalam menegakkan kebenaran, maka beliau sudi juga menunjukkan ijzahnya itu kepada umum.

Syed Ibrahim Syed Ahmad merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1997.

Melihat kepada serangan PAS itu sebenarnya hanya untuk menguji sama ada calon BN itu benar-benar layak memiliki ijazah daripada Universiti Al-Azhar.

Dalam menuntut ilmu, kita diajar untuk memberi dan mencurahkan ilmu kepada orang lain berbekalkan ilmu yang kita ada. Budaya memperagakan ijazah dan sijil tidak perlu kerana boleh dikatakan riak dan sombong lagi bongkak. Tapi, PAS sangat berbangga dengan ijazah yang dimiliki ahli-ahli PAS sehingga dalam setiap ceramahnya sanggup membawa ijazah yang bercopkan al-Azhar.

Strategi PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau kali ini dianggap sebagai strategi hentam keromo. Manakan tidak, selain ketiadaan isu, PAS sedaya upaya untuk menyerang BN dengan apa cara sekalipun walaupun dengan memfitnah.

PAS bukan untuk Islam, PAS hanya perjuangkan politik sempit dan menjahanamkan umat Islam. 
Ketua Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian mengumumkan mereka yang telah bersengkongkol dengan PKR dan akan bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak atas tiket PKR.

Menurut Baru Bian, mereka yang diperkenalkan ini merupakan ‘pengkhianat BN’ yang mana suatu ketika dahulu banyak dibantu BN. Namun, atas sebab tidak tercalon sebagai calon YB dan juga gagal dalam merebut jawatan maka mereka telah berpaling tadah dan menyertai PKR.


Menyertai PKR bukan sahaja dapat menjadi calon bahkan juga dijanjikan jawatan dalam PKR Sarawak. Inilah janji-janji yang dilafazkan Baru Bian dalam memperkenalkan calon PKR yang akan bertanding di DUN Tarat, DUN Baleh dan DUN Bengoh.


Peter Ato, 51, calon PKR yang berasal daripada Kampung Sidunuk, Padawan dan akan bertanding di DUN Tarat. Sebelum ini merupakan ahli majlis tertinggi dalam PRS dan berpaling tadah dengan menyertai PKR dalam usahanya mencapai cita-cita sebagai YB. Dijangkakan Peter Ato ini akan berhadapan dengan calon BN-PBB, Roland Sagah Wee Inn.


Frankie Bendindang, 54, seorang yang sangat mementingkan diri sendiri akan berhadapan dengan Presiden PRS, Dato’ Sri Jemut Masing di DUN Baleh. Baru Bian menjelaskan persaingan ini diibaratkan sebagai buku bertemu ruas.


Dikatakan sebagai konsultan IT, Willie anak Mongin, 36, akan menentang Dr Jerip Susil dari SUPP. Ketika ini Willie sangat berjaya dalam mengatur strategi dengan memburukkan nama ADUN Bengoh.
  
Inilah di antara wajah-wajah yang menjadi sandaran Baru Bian dalam menghalang dominasi BN di Sarawak dengan mempertaruhkan pengkhianat bangsa dan negeri.


Walaupun Majlis Tertinggi PKR dan Baru Bian mahupun Pakatan Pembangkang belum lagi mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang, namun Ahmad Nazib telah mempromosikan dirinya sebagai calon PKR di DUN Satok.

Sebelum ini, DUN Satok disandang YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Menurut kem PKR, keberanian Ahmad Nazib memutuskan dirinya untuk bertanding di DUN Satok atas kapisiti dirinya sebagai anak jati Satok dan telah bertungkus lumus dalam menerangkan aspirasi PKR, mengadakan ceramah secara haram dan yakin mencapai kemenangan.

Bagaimanapun, sikap keberanian Ahmad Nazib ini tidak disenangi beberapa ahli-ahli PKR DUN Satok. Menurut mereka, kenyataan Ahmad Nazib telah membelakangkan kepimpinan tertinggi mereka dan sambil mendakwa hanya beliau sahaja calon yang layak bertanding di DUN Satok segera ditepis ahli-ahli PKR. Kenyataan Ahmad Nazib ini diibarat sebagai bongkak.

Ahmad Nazib juga memaklumkan bahawa selain dirinya, tiada lagi calon PKR yang layak bertanding di DUN Satok dan seterusnya merampas kerusi itu daripada BN.

Keyakinan itu disuarakan dirinya yang yakin mempunyai sokongan padu daripada pengundi-pengundi DUN Satok dan seterusnya mencatat kemenangan. Di samping itu, Ahmad Nazib juga telah menyuarakan keyakinan mengenai kekuatan jentera PKR di DUN Satok setelah banyak wang ringgit yang telah dirinya laburkan dalam memberikan taklimat dan menjayakan kempen-kempen PKR.

Ahmad Nazib pendatang baru dalam politik Sarawak yang masih mentah dan berhingus merupakan sebahagian daripada anak didik Anwar Ibrahim. Selain karektornya yang seakan-akan sama dengan Anwar Ibrahim sehingga sanggup mempersoalkan peranan agama Islam dan kepentingan kaum Melayu di Malaysia dan di Sarawak.

Kini terpulanglah kepada pengundi-pengundi dan jentera parti DUN Satok untuk menyaingi keyakinan Ahmad Nazib untuk merampas DUN Satok.


Pemimpin BN yang menaja calon Bebas bagi menentang calon PBB disifatkan sebagai pengecut.

Ramai pihak yang mengaitkan tindakan Ketua Penerangan PRS, Tedewin Ngumbang yang telah keluar parti dan enggan menyertai SNAP. Sebaliknya, Tedewin dikatakan akan menjadi calon Bebas bagi menentang calon BN-PBB, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang di DUN Layar.Diberitakan juga PRS akan menaja 5 lagi calon Bebas bagi menentang PBB. 

Desas desus mengaitkan PRS yang didakwa menaja calon Bebas pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang semakin bertiup kencang dalam usaha melemahkan semangat dan meruntuhkan perpaduan dalam BN lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut segera dinafikan Presiden PRS sambil menjelaskan kesetiaan parti itu tetap bersama BN.

Affendi Jeman begitu lantang dalam mengulas mengenai dakwaan pemimpin PRS yang didakwanya menentang calon PBB di beberapa DUN termasuk DUN Layar yang disandang Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum itu, Affendi Jeman perlu menjawab tindakannya yang menaja beberapa calon yang akan mewakili JPUNS dengan menggunakan Bebas bagi menentang calon BN. Terdahulu, Affendi Jeman pernah menyatakan bahawa JPUNS ini menyokong dan mempertahankan UMNO dan BN, tetapi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, JPUNS mengambil pendekatan menentang BN Sarawak.

JPUNS merupakan suatu pertubuhan haram di Sarawak kerana tidak mendapat pengiktirafan daripada Pendaftar Pertubuhan Negara dan juga tidak mendapat restu dari UMNO Ibu Pejabat.

Justeru, kenyataan Affendi Jeman dan JPUNS ini hanyalah bersifat memecahbelahkan BN Sarawak.


PBB sudahpun mengenal pasti calon yang bakal membawa cabaran BN-PBB dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Tidak dinafikan ada diantara penyandang-penyandang sekarang akan diketepikan bagi memberi ruang dan peluang kepada calon baru bagi menyahut suara-suara rakyat. Tindakan ini diambil bagi memenuhi hasrat rakyat yang mahukan calon yang lebih dinamik dan memenuhi hasrat rakyat.

Sebagai parti pemerintah, BN sentiasa mengutamakan rakyat dan ini termasuklah dalam mengetengahkan calon pilihan rakyat.

Pemilihan akhir calon yang bakal bertanding sudah dilakukan malah ada beberapa kerusi milik PBB yang menyenaraikan beberapa orang calon sudahpun dikenal pasti dan akan diumumkan sebelum penamaan calon nanti.

Daripada 71 kerusi DUN Sarawak, PBB telah diperuntukkan sebanyak 35 kerusi. Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, PBB telah berjaya mencatat rekod 100 peratus kemenangan dan akan berusaha mengekalkan tradisi itu bagi menjayakan aspirasi rakyat.

Begitupun, selagi belum diadakan pilihan raya, spekulasi calon di setiap kawasan DUN sentiasa menjadi sebutan dikedai-kedai kopi mahupun semasa kenduri kahwin.

Dalam negeri demokrasi, setiap rakyat dibenarkan untuk bercakap mengenai pilihan raya dan calon kegemaran mereka. Begitupun keputusan akhir terletak di tangan Presiden parti.

Di DUN Beting Maro, kelibat beberapa penduduk tempatan membawa sepanduk masing-masing dengan tulisan, ‘Kami Menyokong Mohd Eden bin Muhamad Ali’ sebagai calon N.24 Beting Maro. DUN Beting Maro disandang YB Datuk Bolhassan Di.

Sebelum itu, kedengaran juga desas-desus penyandang YB Datuk Bolhassan Di akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Bagaimanapun, segala keputusan muktamad akan hanya diketahui Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.   

Ketika ini PAS dikatakan berminat dan akan bertanding di DUN Beting Maro bagi menentang calon BN. 

Thursday, February 24, 2011



Ekoran tindakan polis yang menghentikan perhimpunan haram PKR di kedai kopi dan paling memalukan apabila Baru Bian yang baru mendapatkan mikrofon dan mengucapkan terima kasih terpaksa menghentikan ucapan dan nyayiannya.

PKR telah mengadakan perhimpunan haram di kedai kopi tanpa mendapatkan permit. Kedegilan PKR untuk mendapatkan permit dalam perhimpunan itu menyebabkan polis terpaksa mengambil tindakan menghentikan majlis itu kerana tiada permit dan menganggu keselamatan. Menjadi tabiat dan budaya PKR setiap kali berhimpun secara haram mereka akan menganggu keselamatan orang ramai.

Pilihan Raya DUN Sarawak belum lagi bermula, tetapi PKR dan Pakatan Pembangkang telah mengadakan kempen-kempen di kedai kopi tanpa permit. Secara terang lagi jelas, PKR telah melanggar peraturan dan undang-undang negara. 

Dalam hal keselamatan, polis tidak akan berkrompomi walaupun PKR menjelaskan perhimpunan mereka bersifat aman. Secara jelas, polis maklum mengenai taktik dan budaya Pakatan Pembangkang yang bersifat ekstrim.

Sewajarnya PKR ini tidak harus wujud di Sarawak kerana kewujudannya banyak menimbulkan kekacauan dan pembohongan. Seperti rakannya di Semenanjung, PKR di Sarawak juga banyak menimbulkan kekacauan terutama apabila berkumpul secara beramai-ramai. Pembohongan menjadi trend PKR dalam setiap ceramahnya termasuklah mengenai isu tanah.

Target PKR pastinya penduduk di kawasan pedalaman yang sememangnya diakui PKR dan Baru Bian mereka ini tidak mempunyai ilmu dan yang penting mudah ditipu dan diekploitasi. Baru Bian yang kononnya membela rakyat dengan isu tanah sebenarnya berusaha untuk mendapatkan lebih klien (pemilik tanah). Lebih banyak klien maka akan lebih banyak pendapatan dan wang yang akan diperolehinya.

Itulah wajah sebenar Baru Bian di sebalik mempersoalkan tanggungjawab dan peranan polis di Sarawak.


DUN Piasau yang akan disandang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga sebelum ini berjaya mempertahankannya selama enam penggal akan ditentang calon DAP dan PKR. DUN Piasau terletak di bawah Parlimen Miri bersama dengan DUN Senadin dan DUN Pujut. Kedua-dua DUN Senadin dan DUN Pujut akan ditentang calon DAP.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang ini, DAP akan meletakkan calonnya di kawasan bandar mengikut majoriti kaum Cina manakala PKR pula akan meletakkan calonnya di kawasan luar bandar. Namun, bagi kawasan DUN Piasau ini, Pakatan Pembangkang masing-masing berebut untuk meletakkan calon mereka.

Apakah keistimewaan DUN Piasau ini sehingga menyebabkan kedua-dua parti Pakatan Pembangkang ini mahu meletakkan calon masing-masing untuk menentang BN-SUPP? Melihat kepada perkiraan, kedua-dua Pakatan Pembangkang ini sebenarnya bukannya mahu serius untuk membantu rakyat di kawasan DUN Piasau ini sebaliknya ada agenda yang lebih penting berbanding membantu rakyat.

DUN Piasau yang disandang Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Presiden SUPP. Seandainya DAP mahupun PKR yang berjaya mengalahkan Tan Sri Dr George Chan maka mereka akan dilihat kuat dan berkuasa.


Ling Sie Kiong, peguam muda yang berusia 28 tahun, masih mentah dalam politik kerana sebelum ini banyak menghabiskan masa berguru dengan Karpal Singh. Setelah belajar mengenai selok belok menipu daripada Karpal Singh, maka mengambil keputusan pulang ke Miri, Sarawak untuk mengadaptasikan kemahiran itu ke atas masyarakat Miri.

Walupun latar belakang pendidikannya tidaklah sehebat seperti yang diwar-warkan Pakatan Pembangkang namun Ling Sie Kiong ini pernah belajar secara percuma dan pengajiannya disubsidikan kerajaan ketika bersekolah di SK North dan SMK St Joseph, Miri.

Ketika anak muda yang masih berhingus ini mahu terlibat dalam politik dan bertanding di DUN Piasau, Ketua PKR Miri, Dr Teo Yu Kheng, calon yang disebut-sebut bertanding menentang Tan Sri Dr George Chan tetap dengan keputusannya biarpun DAP meletakkan calonnya di situ.

Dr Teo Yu Kheng yang sebelum ini bekerja keras untuk bertanding di DUN Piasau sehingga sanggup berbelanja lebih dengan menggunakan wang sendiri bagi membawa Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang lain ke Miri bagi menyampaikan kempen mereka. Bagaimanapun, tindakan DAP yang mahu juga meletakkan calonnya di DUN Piasau telah memaksa Ketua PKR itu akan memikirkan kembali kerjasama Pakatan Pembangkang di Miri.

Tindakan DAP itu menggambarkan bahawa mereka tidak mahu PKR menjadi parti dominan dalam Pakatan Pembangkang walaupun PKR mempunyai jumlah majoriti. Adalah menjadi dasar DAP yang mahu menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Pembangkang seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Selain penyumbang kepada kemenangan, DAP menganggap PKR masih lagi baru dalam politik khususnya sebagai Pembangkang. Oleh yang demikian, PKR sewajarnya tidak diberi ruang dan peluang untuk memimpin Pakatan Pembangkang.


Sebelum ini Sarawak telah dikejutkan dengan kemunculan laman blog dan radio berfrekuensi internet yang mengutarakan tentang perkara-perkara negatif mengenai Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud. Apakah cerita dan dakwaan yang dikemukakan di dalam laman blog dan radio internet itu benar? Atau, sebagai propaganda Pakatan Pembangkang untuk menjatuhkan Taib dan BN Sarawak?

Bercakap mengenai orang di sebalik laman blog dan radio berfrekuensi internet ini, akhbar harian Britain London Evening Standard telah mendedahkan siapa mereka yang bertanggungjawab, iaitu adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown.


Clare Rewcastle, dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia. Clare Rewcastle Brown (kiri) dan rakan setugasnya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak yang mengendalikan siaran Radio Free Sarawak memutuskan untuk tampil kehadapan.

Rewcastle Brown menubuhkan stesen radio itu empat bulan lalu dan mengambil Jaban bekerja di situ untuk mengendalikan siaran dari London di bawah nama pena 'Papa Orang Utan'.



Kecoh tatkala sekumpulan mahasiswa mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM). Demontrasi berterusan itu telah menyebabkan kemusnahan pintu masuk ke bangunan Timbalan Naib Canselor. Kemusnahan pintu masuk itu telah menyebabkan kecederaan beberapa pengawal keselamatan yang tidak terlibat cedera dan beberapa orang mahasiswa.

Kekecohan mahasiswa tercetus ekoran bantahan mereka berhubung dengan keputusan pemilihan majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditolak. Tindakan mahasiswa itu menunjukkan ketidakmatangan mereka sebagai golongan terpelajar.

Apakah mahasiswa ini datang ke universiti untuk menuntut ilmu atau berpolitik? Gelagat dan perbuatan sekumpulan mahasiswa ini mengadakan demontrasi bukan sekadar memalukan golongan mahasiswa secara keseluruhannya bahkan secara langsung mencemar nama baik mahasiswa dan universiti.

Walaupun sesetengah masyarakat melihat demontrasi itu sebahagian daripada proses membentuk kematangan, namun ia memperlihatkan perkembangan tidak sihat apabila melibatkan keganasan. Apakah budaya Malaysia dan agama Islam bersetuju dengan perlakuan keganasan? Jawapannya pasti TIDAK.

Tindakan TNC UPM yang menyerahkan kes itu kepada polis dianggap sebagai jalan terbaik. Ini disebabkan pihak universiti hanya akan dapat menghukum pelajar tersebut hanya dengan menggantung pengajian atau membuang universiti. Namun, sekiranya kes itu disiasat polis, maka sewajarnya mahasiswa yang terlibat ini boleh dikenakan hukuman lebih berat.

Melihat kepada perkara yang berlaku ini adalah tidak mustahil terdapat campur tangan daripada anasir-anasir jahat yang sememangnya gemar dengan perkara seperti ini. Dan, tidak berkemungkinan juga ada campur tangan daripada pelajar-pelajar universiti lain yang simpati dengan perjuangan sempit mereka.

Harus diingat bahawa tujuan ibu bapa menghantar anak-anaknya ke universiti adalah untuk mengaut seberapa banyak ilmu demi untuk masa depan dan bukannya terlibat dalam politik yang mampu merosakkan minda pelajar. 



PAS awal-awal lagi menaikkan bendera putih tatkala BN semakin bersemangat untuk mencapai kemenangan mutlak dan seterusnya meningkatkan sokongan majoriti berbanding majoriti sebelumnya.

Sebelum ini, PAS telah terkena kejutan sesak nafas apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan calon BN di DUN Kerdau Selasa lepas. Pengumuman calon BN di DUN Kerdau boleh diibaratkan buku bertemu ruas. Manakan tidak, dalam mana-mana pilihan raya PAS sering kali mengetengahkan calonnya yang berstatus ‘ustaz’ dan memburukkan calon BN. Dan, kali ini BN telah mengetengahkan calon yang berstatus ustaz bagi menghadapi tentangan PAS.

Di Merlimau keadaannya tidak jauh berubah apabila BN mengumumkan Roslan Ahmad sebagai calon bagi menggalas cabaran BN. Roslan Ahmad sebelum itu telah diumumkan secara rasmi di Bilik Gerakan BN Common Center di Pekan Merlimau. Pengumuman calon BN itu telah disambut dengan sorakan oleh kira-kira 2,000 penyokong parti komponen BN dan masyarakat Merlimau.

Roslan Ahmad merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin. Selain bersih dan dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Merlimau, Roslan juga diibaratkan sebagai calon sesuai bagi menerajui DUN Merlimau.

Setelah BN mengumumkan calon-calonnya di DUN Kerdau dan DUN Merlimau, kini terpulang lagi dengan jentera parti untuk meyakinkan rakyat untuk terus mengundi dan memilih BN. Dalam pada itu, calon BN di Kerdau dan Merlimau perlu berwaspada dengan taktik PAS dan Pakatan Pembangkang yang pastinya berusaha untuk mencari kelemahan dan menyerang peribadi malah anggota keluarga sekalipun.

Tunjukan kepada PAS bahawa calon-calon BN adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan calon PAS.

Tuesday, February 22, 2011



Awal-awal lagi PAS mengangkat bendera putih atau kata mudahnya mengalah sebelum bertempur terhadap BN di DUN Kerdau dan DUN Merlimau. PAS dijangka bertanding di kedua-dua kawasan DUN itu berasaskan kepada calon yang menentang BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

PAS yang ketika ini tidak dapat tidur malam disebabkan wakil rakyatnya yang sedang dibogelkan bloggers berikutan kes khalwatnya. Kes ini bukan sahaja menjatuhkan maruahnya bahkan mencalarkan PAS secara keseluruhannya. 

Apakah ini hanya sandiwara PAS supaya jentera BN leka dan lalai dalam persiapan PRK Kerdau ini? Itulah taktik politik yang sengaja diada-adakan PAS menjelang PRK Kerdau ini. Andai PRK Kerdau dan PRK Merlimau ini PAS ditakdirkan tewas maka pastinya rekod PAS dan Pakatan Pembangkang kalah terhadap BN akan dapat dilebarkan.

Pengumuman calon BN yang memilih Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkannya di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau. Calon BN itu yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Asia Barat sangat mesra dan mudah diterima rakyat di Kerdau ini. Sinonim dengan panggilan ustaz, beliau pastinya akan mendapat tentangan daripada ‘ustaz celup’ dari PAS. Pertembungan ini nanti diibaratkan Ustaz bertemu Ustaz Celup.

Apa pun tahniah dan syabas kepada Syed Ibrahim Syed Ahmad di atas pemilihan menjadi calon BN. Pastinya selepas ini Syed Ibrahim akan berkira-kira untuk mengatur strategi kempen bagi memerangi PAS yang pastinya akan memulakan perang psikologi ke atas calon BN. 


Cadangan BN Sarawak untuk memendekkan tempoh berkempen sangat disambut baik oleh orang ramai. Selain mengurangkan kos perbelanjaan parti-parti yang bertanding, ia juga sekaligus mengurangkan dosa-dosa semasa berkempen. Hakikatnya, Pakatan Pembangkang mahupun Affendi Jeman sendiri akan menggunakan masa berkempen ini untuk menyerang individu mahupun mereka yang bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Namun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) tidak setuju tempoh kempen pilihan raya negeri kelak disingkatkan tujuh hari. Pengerusinya, Affendi Jeman menyatakan kempen merupakan tempoh bagi mereka yang bertanding menyampaikan mesej dan perjuangan mereka kepada para pengundi untuk dinilai ketika memangkah undi.

Affendi Jeman juga menggunakan faktor geografi Sarawak sebagai alasan untuk masa berkempen ini dipanjangkan. Faktor tersebut menyebabkan parti politik memerlukan masa yang lebih lama untuk berkempen.

Siapakah Affendi Jeman? Apakah beliau ini benar-benar seorang ahli UMNO? Suatu ketika Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa UMNO tidak akan memasuki Sarawak. Keadaan kehidupan masyarakat Sarawak yang hidup aman di bawah pemerintahan BN Sarawak. Ini sendiri diakui Perdana Menteri semasa beliau datang ke Sarawak.


Penggunaan nama UMNO oleh JPUNS telah menyebabkan ramai masyarakat Sarawak terkeliru dengan UMNO Sarawak dan UMNO di Semenanjung Malaysia. Apakah kedua-duanya mempunyai persamaan?

Difahamkan JPUNS telah diharamkan di Sarawak semasa penubuhannya lagi. Selain diharamkan, JPUNS juga tidak diiktiraf UMNO di peringkat ibu pejabat. Pengharaman itu menyebabkan status JPUNS di Sarawak sebagai pembangkang. JPUNS kini beroperasi di Jalan Kulas, Satok.

Bercakap mengenai Affendi Jeman, beliau hanya dilihat sebagai ‘cakap tak serupa bikin’. Hari cakap lain, esok cakap lain. Sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Affendi Jeman secara terang menyatakan akan bertanding di kawasan Parlimen Petra Jaya atau Parlimen Santubong. Namun, semasa penamaan calon, batang hidungnya pun tak nampak.

Persoalan timbul, sekiranya beliau bertanding dan menggunakan nama JPUNS dan logo UMNO, apakah pula statusnya?

Untuk itu, disarankan UMNO segera mengambil tindakan JPUNS ini bagi tidak mengelirukan pengundi-pengundi di Sarawak. Ketika ini rakyat Sarawak selesa di bawah pentadbiran BN Sarawak yang disertai PBB, SUPP, PRS dan SNAP.

Terbaru, Affendi Jeman mengulas mahu menghantar calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Apakah nama dan logo yang akan digunakan JPUNS ini? Sekiranya bertanding, pastinya mereka ini akan berada di pihak pembangkang.

Susulan dengan itu, JPUNS ini haram dalam politik Sarawak. Selain tidak berdaftar, JPUNS juga dilihat sebagai memecahbelahkan perpaduan kaum yang telah wujud di Sarawak. Sekiranya benar JPUNS mahukan rakyat Sarawak hidup dalam politik yang harmoni, JPUNS perlu undur dan lenyap dalam politik Sarawak.

Monday, February 21, 2011


Suatu ketika peranan alam siber dipandang remeh oleh pemimpin-pemimpin politik BN mahupun ahli-ahli politik BN. Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya Pakatan Pembangkang dalam menyampaikan dakyah dan propaganda mereka.

BN yang ketika itu terlalu mengharapkan media-media tradisional dan moden untuk menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan. BN juga sangat sinonim dengan penguasaan terhadap media cetak dan media elektronik sehingga mengabaikan kepentingan media baru yang ketika itu baru sahaja mula tumbuh.

Ini diperjelaskan dengan kenyataan mantan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang menyifatkan pemblog (bloggers) sebagai goblok yang hanya seronok menulis untuk bacaan sendiri dan sebagai meluah pandangan sendiri.

Sebagai Menteri Penerangan ketika itu, Zainuddin Maidin menganggap bahawa media arus perdana tetap mempunyai kuasa mutlak kepada majoriti rakyat. Pemikiran singkat sehingga menganggap bloggers ini merupakan mereka yang terdiri daripada golongan penipu, penulis upahan dan desperado yang menulis bukan kerana kebenaran, tetapi untuk kepentingan peribadi.

Pada ketika Pakatan Pembangkang giat melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas BN menerusi blog, pemimpin BN ketika itu hanya sibuk mengecam, mengkritik dan mengutuk bloggers.

Kesannya, Zainuddin Maidin yang turut bertanding dalam PRU-12 telah mengalami kekalahan dek kerana tekanan bloggers. Adakah ia disebabkan kegagalan membaca angin perubahan yang dimainkan bloggers dalam dunia internet? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Perubahan ini ternyata membuka banyak pihak bahawa kuasa media baru ternyata mempunyai bahananya tersendiri. Atas sebab itu, pemimpin BN yang diketuai Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mempelopori pemimpin-pemimpin BN lain untuk memiliki dan mengaktifkan laman blog, facebook dan twitter.

Ketika Perdana Menteri meraikan teman-teman media sosialnya dalam sesi minum petang, tanpa segan silu bahkan gembira bahawa beliau kini mempunyai teman-teman facebook berjumlah 560,000 ++ dan rakan twitternya berjumlah 80,000++. Dalam kesibukan masanya, Perdana Menteri masih mempunyai kesempatan berfacebook dan bertwitter dengan teman-temannya dalam perjalanan ke pejabat. Itulah Perdana Menteri berjiwa rakyat.

Selain mempunyai facebook dan twitter, Perdana Menteri juga mempunyai laman blognya sendiri yang dipanggil 1Malaysia. Laman blog digunakan sepenuhnya untuk menjawab persoalan selain menyiarkan ucapan-ucapannya semasa menghadiri sidang, seminar, ceramah dan sebagainya. Keterbukaan Perdana Menteri dalam media sosial menunjukkan beliau sangat prihatin terhadap keperluan teknologi masa kini dan memahami asprisai anak-anak muda.

Dek kerana pukulan Rocky Bru yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dengan dakwaan yang di luar pemikiran manusia, beliau tanpa segan silu telah meminta bantuan ‘bloggers nyamuk’ untuk memperbetulkan keadaan. Kesanggupan bloggers nyamuk yang berada di pihak yang benar telah berjaya mengurangkan tekanan yang dihidapi Rais Yatim dalam mengharungi dakwaan tersebut. Alhamdulillah...


Pada ketika Pilihan Raya DUN Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, bloggers Sarawak juga tidak ketinggalan dalam terlibat bersama mengharungi alam siber ini. Suatu ketika, bloggers propembangkang Sarawak mengatasi bloggers prokerajaan. Tetapi, kini keadaannya telah jauh berubah atas kesedaran bahawa alam siber ini perlu digunakan sepenuhnya berlandaskan kebenaran. Kebenaran sentiasa terserlah.

Dalam kancah politik, bloggers Pakatan Pembangkang yang suatu ketika menguasai alam siber kini nampaknya semakin hari semakin malap. Manakan tidak, dahulu merekalah juara pembohong, juara pemfitnah dan juara segala juara. Hari ini, keadaan ini jauh berubah. Rakyat sekarang juga telah semakin sedar mengenai yang mana satu benar dan yang mana satu bohong.

Kebenaran terutama dalam menyebarkan dasar-dasar kerajaan membuktikan bloggers prokerajaan ketika ini sedang mendahului bloggers propembangkang. Tidak hanya dasar-dasar kerajaan bahkan juga penyebaran isu semasa yang tidak terdapat dalam akhbar dan media elektronik membuatkan blog sentiasa menjadi perhatian. Pendek kata, maklumat eksklusif sentiasa dinantikan pembaca.


Politik bukan hanya mempertemukan ahli politik dan ahli politik, tetapi juga bloggers prokerajaan dan bloggers propembangkang. Siapa yang kuasainya, dialah yang menang... 
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!