“YELLOW SATURDAY” PKR SARAWAK TIADA SAMBUTAN



Selepas 9 Julai 2011, insiden Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, PKR Sarawak telah mengambil ‘aura’ kuning apabila menjadikan setiap Sabtu sebagai Yellow Saturday.

Dengan berbaju berwarna kuning setiap Sabtu, PKR Sarawak telah mengadakan perhimpunan, perarakan dan bermacam aktiviti yang ternyata diadakan secara haram tanpa permit.

Di Kuching, sekumpulan pemimpin PKR Cabang Kuching yang diketuai See Chee How telah mengadakan perhimpunan haram di Satok berdepan dengan KFC bagi tujuan memberikan t-shirt dan surat khabar yang mengandungi fitnah terhadap kerajaan.

Tujuannya satu ialah untuk memaklumkan kepada rakyat mengenai kesalahan dan penyelewangan yang dilakukan kerajaan. Tetapi, yang peliknya, kenapa mereka ini tidak memaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka khususnya Anwar Ibrahim supaya rakyat lebih tahu akan kedudukan sebenar.

Ternyata, apabila seseorang atau kumpulan itu melanggar undang-undang dengan mengadakan secara haram dan tidak diizinkan Allah swt, maka ianya tidak akan berkesan dan menemui kegagalan.

Itulah yang dapat disimpulkan dalam aktiviti Yellow Saturday yang diadakan PKR Cabang Kuching pada petang semalam di Satok. Tetapi, di pihak PKR, pastinya jawapan yang diberikan sangat berbeza demi menjaga reputasi pemimpin mereka. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger