SIKAP NIK AZIZ MENAMPAKKAN TIDAK KEBERTANGGUNGJAWABAN SEBAGAI SEORANG ULAMA



Setelah didesak beberapa kali berhubung tindakan seorang ahli PAS yang juga penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' yang menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi akhirnya Nik Aziz memberikan komen yang dirasakan tidak bertanggungjawab.

Jawapan Nik Aziz menegaskan beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan Shamsul Zaman Sukri itu. Sambil mengingatkan bahawa itu hak seseorang untuk menyampaikan pandangan.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

Berbeza dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang berasa dukacita di atas tindakan penceramah PAS itu yang boleh disifatkan sebagai memecah akidah, Nik Aziz sebaliknya tidak berasa dukacita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah. Bahkan, Nik Aziz secara bersahaja menyatakan sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan masing-masing. Secara jelas, Nik Aziz menerima pandangan penceramah dan ahli PAS itu dalam ceramahnya di Kelantan baru-baru ini.

Beliau juga berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong PAS supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin. Ini adalah hak asasi masing-masing. Pastinya perlakuan mereka ini bukan disorong oleh politik sebaliknya oleh nafsu.

Terdahulu, sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah PAS menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Ikon PAS itu perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin. Namun, sikap tidak bertanggungjawabnya ke atas perbuatan Shamsul Zaman Shukri telah menceritakan sebenar sikap pemimpin PAS ke atas ahlinya. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
December 6, 2011 at 11:16 AM

Dia syok orang kata dia nabi. Patutnya dialah ynag pertama membuat kenyataan untuk mengelakkan isu ini jadi kontroversi.

Anonymous
December 6, 2011 at 12:29 PM

lepas tu salahkan orang lain pula nak samakan orang dengan itu dan ini sepatutnya perjelaskan Islam sebenarnya bukan nak kaitkan denan orang lain barulah nampak yang kita seorang berilmu

Anonymous
December 7, 2011 at 11:59 PM

kalau ayat al quran pun dia kata ayat politk...

bagi dia ilmu agama pun hanya utk politik....

yg dikatakan ulamak x mampu nak beri nasihat dan membetulkan kesalahan.. ulamak apa mcm tu...

jadinya ulamak politik jugak lah...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger