SEKALI LAGI A. SAMAD SAID DIJADIKAN BONEKA JALANAN PAKATAN PEMBANGKANG



Jika sebelum ini, A. Samad Said merupakan orang hadapan yang dipergunakan S. Ambiga semasa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 Julai lepas dan menjadi alat boneka PAS dan PKR semasa perhimpunan mahu menghapuskan PPSMI suatu ketika dahulu.

Kini, sekali lagi A. Samad Said akan mengetahui kumpulan ‘sorak’ Pakatan Pembangkang yang akan mengadakan protes pusingan kedua di KLCC pada petang esok. Protes ini bertujuan membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Apakah peranan A. Samad Said dalam perarakan ini dan adakah pegangan beliau ke arah Pakatan Pembangkang? Umum mengetahui Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 telahpun diluluskan Dewan Rakyat. Jadi, kenapa perlu mengadakan perarakan bantahan sedangkan wakil Pakatan Pembangkang juga terlibat sama dalam meluluskan rang undang-undang berkenaan.


Pada keesokan hari, dijangka orang yang sama (ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang) akan mengikut serta dengan berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

Nampaknya Pak Samad Said ini tidak sedar-sedar bahawa dirinya telah dipergunakan Pakatan Pembangkang demi mencapai matlamat politik mereka untuk menghancurkan negara.

Kerajaan perlu bertindak pantas dengan menarik balik gelaran Pak Samad Said yang ternyata telah menderhaka kepada negara yang selama ini menghargainya sebagai seorang sasterawan negara. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 7, 2012 at 12:35 PM

malaysia sedang menuju kehancuran...anak2 muda kebanyakan menyokong pakatan..kononya bila pakatan memerintah...minyak turun harga, elektrik turun harga, kelak yang rugi keturunan kita semua.biarlah rakyat malaysia amnya melayu terjun dengan labu2 nya..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger