PKR BAHAGIAN BUKIT GELUGOR LUMPUH



Ekoran Pengerusi PKR Bahagian Bukit Gelugor, Lim Boo Chang bertindak keluar parti dan meletakan semua jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang, kesemua ahli-ahli PKR bahagian tersebut mengambil keputusan yang sama apabila keluar parti dan menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.

Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang dinaungi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Kumpulan PKR Bahagian Bukit Gelugor yang diketuai Timbalan Ketua Bahagian, Roslan Rahman Shah.

Menurut Roslan, sejak menyertai parti itu tiga tahun lalu, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang “gagal membela nasib dan kebajikan rakyat”.

"Kami bertindak untuk keluar parti kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti di peringkat negeri serta pusat, dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi.”

"Kami akan memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini khususnya orang-orang di Bukit Gelugor dan pertubuhan kami adalah mesra BN.”

Ini satu lagi tamparan hebat buat PKR pimpinan Anwar Ibrahim dan keluarga yang ketika ini mengharungi krisis identiti. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger