PEMIMPIN PAS FELDA KEMAHANG 3 MASUK UMNO



Tamparan bagi PAS apabila Timbalan Ketua PAS Cawangan Felda Kemahang 3, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu. Beliau akan disertai seramai 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai PAS sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.

Mereka terpaksa mengambil langkah sedemikian ekoran berasa dianiaya pemimpin PAS yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut.

Selepas 3 penggal menjawat jawatan tersebut bersama PAS, beliau telah melihat kegagalan PAS dalam menjaga kebajikan penerola-peneroka Felda sebaliknya terharu dengan kejayaan kerajaan memajukan peneroka Felda. Kini, peneroka-peneroka Felda yang dahulunya penyokong PAS berikrar akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Keputusan keluar PAS dan menyertai UMNO kerana yakin parti keramat Melayu dan BN itu berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah.

Dalam PRU-13 akan datang ini, beliau dan ahli-ahli PAS lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger