PAS PERTAHANKAN KONSEP SEMBAHYANG DUA SOLAT SATU QARIAH



Isu sembahyang Jumaat dua solat satu qariah yang menjadi kemurkaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam titah baginda semalam bukanlah perkara baru bahkan menjadi identiti golongan berpolitik seperti PAS.

Sebelum ini, PAS terkenal dengan sembahyang 2 imam dan pernah berlaku Terengganu, bahkan juga berlaku di Johor, Kelantan, Kedah, Perlis bahkan pernah berlaku di Sarawak ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April lepas. Malah, lebih ketara apabila berlangsungnya Pilihan Raya Kecil dengan calon PAS yang akan bertanding seperti PRK Manek Urai, Hulu Terengganu, Tenang dan beberapa kawasan yang ditandingi PAS di DUN Sarawak.

Justeru, desakan Menteri Besar Terengganu supaya pemimpin PAS pemimpinnya perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam sehingga berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah negeri ini adalah suatu langkah yang perlu ambil perhatian.

Pemimpin PAS sepatutnya memperbetulkan perkara itu kerana ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat. Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong kejadian solat berasingan dalam satu kariah, kebanyakannya di Besut.

Untuk itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) supaya mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah tersebut demi kepentingan umat Islam.

Imej PAS yang mengetengahkan Islam dalam partinya kini sudah tidak lagi diterima ramai apabila beberapa pendekatan dan perlakuan pemimpin PAS tidak menggambarkan Islam adalah pegangannya. Sejak hubungannya bersama dengan DAP dan PKR, imej Islamnya sudah tercalar jauh malah dikatakan tidak lagi relevan dengan sikap warak pemimpin PAS.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 17, 2011 at 9:52 PM

Perkara ini kerap kali berlaku..
Di Sabah ada ustaz2 semenanjung yang cuba melalkukan benda mcm ini suatu masa dulu dan mereka telah dihalau seperti anjing kurap oelh penduduk tempatan..Alhamdulillah.
Di semenanjung berbeza sebab tok imam mereka adalah pengembala2 babi peliharaan Cina Dapigs dan dipimpin oleh nabi Palsu...Na'zubillahhiminzalik

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger