PAKATAN PEMBANGKANG FITNAHKAN PEMBERIAN RM500 KEPADA RAKYAT DI SARAWAK


Bermula 10 Disember 2011, Kerajaan telah menganggihkan borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh Malaysia. Seperti yang dijanjikan, rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 layak menerima bantuan tersebut dengan mengisi borang dan disertakan beberapa dokumen berkaitan. Borang tersebut boleh didapati secara percuma di pejabat LHDN, pejabat POS Malaysia dan bank-bank terpilih.

Pemberian BR1M itu terkandung dalam janji kerajaan di bawah Belanjawan 2012 dan rakyat Malaysia termasuk penyokong dan ahli politik pembangkang layak memohon dan menerima bantuan tersebut.

Bagaimanapun, melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia berkenaan BR1M seperti yang dijanjikan Kerajaan, Pakatan Pembangkang semakin terdesak dan mencetuskan propaganda baru.

Terkini, Pakatan Pembangkang telah menyebarkan dakyah bahawa pemberian BR1M yang bernilai RM500 itu sebagai rasuah PRU-13 akan datang. Penyebaran ini berlaku di seluruh Sarawak dan diciptakan pemimpin PKR dan DAP yang sangat bercita-cita untuk memerintah Malaysia.

Pakatan Pembangkang khuatir BR1M itu akan mempengaruhi rakyat menyokong kerajaan BN dan mengurangkan pengaruh mereka dalam menghadapi PRU-13.


Justeru, selain mencetuskan dakwaan, beberapa penyokong Pakatan Pembangkang telah melakukan sabotaj dengan mengambil kesempatan menjual BR1M itu kepada rakyat. Walaupun kerajaan telah berulang kali memaklumkan BR1M itu diberikan percuma, namun demi kepentingan politik, Pakatan Pembangkang telah mensabotajkan pemberian kerajaan itu kepada rakyat.

Jika Pakatan Pembangkang menyifatkan pemberian BR1M itu sebagai rasuah pilihan raya, bagaimana pula dengan dakwaan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang yang dikatakan memberi wang kepada RM100 kepada setiap anak yang dilahirkan, RM3,000 kepada ahli keluarga yang meninggal dunia, RM1,000 kepada anak yang berjaya memasuki IPT dan pemberian RM100 kepada warga emas. Itulah yang selalu diungkapkan pimpinan Pakatan Pembangkang sama ada Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Khalid Samad dan ramai lagi.

Namun, yang menyedihkan semua janji di atas tidak semua rakyat Selangor yang dapat sebaliknya mereka yang penyokong Pakatan Pembangkang sahaja yang memperolehinya.

Ternyata, langkah Kerajaan BN memperkenalkan BR1M khusus kepada rakyat sangat berbaloi. Rakyat sangat berterima kasih kepada Kerajaan di atas keprihatinan dan telah mengotakan janji-janjinya sebelum ini. Berbeza dengan Kerajaan Selangor yang hanya berjanji dan tidak pernah mengotakan janjinya walaupun sudah 4 tahun memerinta Selangor. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger