NIK AZIZ KATA PEMBERIAN BR1M RM500 TIDAK SEBERAPA DAN HARAM



Selepas mengadakan perbincangan dengan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa bagi membincangkan pertelingkahan yang membabitkan kedua-dua pemimpin itu dengan Setiausaha PAS Selangor, Nik Aziz Nik Mat telah mengulas mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Besar Kelantan itu meminta rakyat Kelantan yang berkelayakan dan memenuhi syarat supaya mengisi borang dan memohon BR1M yang dijadualkan sehingga 10 Januari 2012 ini. Pemberian Kerajaan Persekutuan itu sememangnya perlu memandangkan hasil yang diperolehi adalah untuk rakyat sambil memuji pendekatan yang dibuat Perdana Menteri.

Tindakan Perdana Menteri dalam pemberian BR1M seperti yang terkandung dalam Belanjawan 2012 adalah sangat bertepatan dan PAS sangat menyokong tindakan sebegini.   

Di sebalik sokongan Nik Aziz itu, beliau secara peribadi mendakwa rakyat yang menerima pemberian BR1M yang bernilai RM500 itu tidak perlu terpengaruh dengan kerajaan BN. Apalah sangat dengan RM500 itu.

Kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah memperkecilkan rakyat yang memohon dan menerima wang RM500 itu dari BR1M. Sememangnya pemimpin PAS dan Pakatan Pembangkang tidak memerlukan RM500 itu yang disifatkan sangat kecil nilainya. Namun, bagi rakyat nilai RM500 itu terlalu besar dan boleh memberikan banyak manfaat kepada keluarga khususnya ketika menghadapi musim pembukaan sekolah serta mengharungi banjir.

Pemimpin PAS bolehlah berlagak kerana mereka hidup mewah sehingga tidak memerlukan wang dari BR1M yang disifatkannya sebagai ‘haram’. Namun, mereka perlu ingat wang yang diterima mereka daripada elaun sebagai wakil rakyat adalah hasil daripada rakyat. Jika mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebetulnya, maka elaun yang diterima mereka setiap bulan adalah ‘haram’.

Oleh yang demikian, janganlah kerana nilai RM500 itu kecil sehingga menilai rakyat dengan darjat yang rendah. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger