MUSTAFA ALI: PAKU DULUNG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG BUAT



Melihat kepada simpulan bahasa di atas sememangnya ia layak diterima Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali. Selepas serangan peribadinya ke atas Dr Hassan Ali yang dikatakanya ada berjumpa dengan orang UMNO di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadhan yang lepas, Dr Hasan Ali sebaliknya mendakwa Mustafa Ali adalah individu dari PAS yang sering berjumpa dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

Dalam usaha memerangkap kononnya Dr Hassan Ali cuba dibeli oleh orang UMNO dan telah mereka cerita bahawa beliau berjumpa dengan UMNO bagi urusan kemasukan ke dalam UMNO.

Tuduhan yang dibuat Mustafa Ali itu dikatakan menjadi senjata sulit PAS dalam mencemar nama baik Dr Hassan Ali yang ketika ini menjadi duri dalam daging terhadap PAS. Namun, ia tidak kekal lama apabila Dr Hassan Ali sekali lagi mengadakan sidang akhbar di rumahnya bagi menafikan segala dakwaan Mustafa Ali itu yang sifatkannya sebagai syok sendiri dan hilang daya ingatan.

Dr Hassan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan Mustafa Ali itu berhubung dakwaan beliau ada berjumpa dengan orang UMNO di hotel. Ini suatu fitnah yang sering kali dijadikan alasan untuk memburukkan nama seseorang itu termasuklah rakan sendiri yang sama-sama berjuang dalam PAS. Disebabkan terlalu angkuh dan ketamakan kuasa sehingga sanggup memfitnah dengan pelbagai macam cara demi survival politiknya dalam menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS.

Di sebaliknya itu, Dr Hassan Ali telah membongkarkan suatu cerita bahawa Mustafa Ali yang ada memohon untukberjumpa dengan pemimpin tertinggi UMNO. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sebab apa perjumpaan itu diadakan memandangkan sehingga kini pertemuan itu masih belum diadakan. Namun begitu, beliau mengetahui siapa pemimpin UMNO itu dengan mendesak PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Dalam soal ini, Allah swt telah bersikap adil terhadap umatnya apabila membalaskan suatu keajaiban terhadap pelaku seperti Mustafa Ali yang telah berbuat perkara yang tidak baik terhadap mangsanya Dr Hassan Ali.

Selepas ini, apakah pula jawapan Mustafa Ali terhadap dakwaan Dr Hassan Ali yang menyatakan Setiausaha Agung PAS itu yang pernah berjumpa dengan pemimpin UMNO?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger