LAGI AHLI-AHLI PAS KEPALA BATAS SERTAI UMNO



Atas iktibar dan insaf dengan nasib masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli PAS dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

Mengetuai kumpulan, Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang telah menganggotai PAS selama 40 tahun dan turut digelar Mat Sabu Bakau Tua mengakui PAS kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini. Dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada PAS dan berjuang bersama-sama UMNO.

Beliau menegaskan bahawa dia tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.

Atas sebab keprihatinan terhadap nasib orang Melayu, saya mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS dan menyertai UMNO serta menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang.

Subhie menyerahkan borang kepada ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Sambil mengakui kepincangan yang dialami PAS sekarang membuatkan ramai ahli PAS berasa sangsi dan tertekan dengan apa yang sedang berlaku. Malah setiap kenyataan pemimpin PAS ke atas kepimpinan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dilihat sebagai mahu ‘membunuh’ karier politik mereka.

Senario terbaru itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 20, 2012 at 11:59 PM

...Terima kasih dan tahniah saudara saudara semua diKepala Batas kerana kembali kepangkuan dan menyertai UMNO parti keramat untuk orang orang Melayu. Cuba dan pengaruhi ramai lagi orang orang disana untuk menyertai UMNO ini. Jika anda lakukan itu kita semua tidak perlukan lagi Amanat celaka Hadi Awang untuk berjihad. Semoga Allah merestui perjuangan kita semua...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger