KHALID SAMAD GEREJA DAKWA DR HASSAN ALI TENAT



Khalid Samad menjelaskan Dr Hasan Ali sedang ‘tenat’ dan perlu ‘diselamatkan’ daripada terus terperangkap dengan agenda politik parti UMNO yang bijak mengambil kesempatan dan ruang. Ini penting bagi kesejahteraan PAS dan Pakatan Pembangkang dalam merealisasikan hasrat menawan Putrajaya pada PRU-13 akan datang.

Melihat dalam konteks semasa, Dr Hassan Ali dapat disimpulkan sebagai ‘seorang yang kecewa’. Sebagai kepimpinan tertinggi PAS Negeri Selangor, Khalid Samad berasa kecewa terhadap tindakan Dr Hassan Ali yang secara terang menuduh dan mendakwa PAS telah tergelincir daripada perjuangan menegakkan Islam dan pembentukan Negara Islam.

Khalid Samad percaya Dr Hassan Ali mula jauh terperangkap dengan agenda politik parti lawan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini selepas insiden Gereja DUMC.

Untuk itu, kepimpinan PAS sedang berusaha untuk menyelamatkan Dr Hassan daripada terus mengkritik dasar PAS khususnya dalam pembentukan Negara Berkebajikan.

Khalid Samad menegaskan, PAS sentiasa membuka pintu kepadanya walaupun Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah melancarkan serangan kepada Dr Hassan Ali.

Secara peribadi, Khalid Samad menyatakan dirinya tidak bermusuhan dengan Dr Hassan Ali yang disifatkannya sebagai pemimpin yang berani berjuang demi agama Islam dan bangsa Melayu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger