KHALID SAMAD AKUI PAS TERHUTANG BUDI KEPADA DAP



Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor yang juga penyokong tegar DAP, Khalid Abdul Samad menegaskan PAS banyak terhutang budi kepada DAP kerana banyak membantu PAS dalam mendapatkan keyakinan di kalangan bukan Islam terhadap parti itu pada PRU 2008. Disebabkan keprihatinan DAP juga membuatkan pemimpin PAS telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang pertama walaupun hanya tempoh 6 bulan sahaja.

Kebersamaan PAS dengan DAP dirapatkan lagi apabila PAS menghalalkan pemimpin DAP Perak memperbudakkan ayat al-Quran apabila menghalalkan tindakan pemimpin DAP membacakan surah dalam petikan al-Quran beserta terjemahannya sekali. Hakikatnya, ramai ahli PAS dan rakyat Malaysia yang beragama Islam menyifatkan perbuatan itu sebagai mempermainkan agama Islam dan kitabnya.

Khalid Samad alam pada itu mengakui DAP banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej mereka daripada label ekstremis dan pelampau sebelum ini. Justeru, PAS sedia membantu DAP untuk memenangi pilihan raya di kawasan majoriti Melayu dengan membenarkan calon Melayu mewakili DAP.

Di Malaysia, rakyatnya mengakui DAP sebagai sebuah parti yang chauvinis, iaitu mementingkan hak-hak orang Cina sambil menidakkan kepentingan kaum Melayu demi mencapai Malaysian Malaysia. Ini diibaratkan sebagai menidakkan hak dan kepentingan kaum Bumiputera di bumi sendiri dan bersifat anti-Islam.

“DAP banyak bantu PAS bebas daripada imej ekstremis, pelampau, nak potong tangan orang (hudud) dan paksa orang masuk Islam. Kita (PAS) juga bantu DAP.

“Nak menang pilihan raya, PAS mesti bebas daripada imej pelampau dan DAP bebas daripada imej chauvinis.”

Sebelum ini, Khalid Samad kerap kali membantu DAP untuk berkempen di Gereja bagi membantu parti itu menarik lebih ramai penduduk Islam datang ke gereja dan menyokong DAP. Insiden ini kerap kali dilihat di Selangor semasa PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu.

Apabila sudah ekstrem dan melihat kepentingan politik mengatasi kepentingan agama, inilah manusianya, Khalid Samad. Inilah sebahagian daripada yang diperkatakan Hassan Ali dalam segmen Soal Jawab sebagai pemimpin dalaman yang menghancurkan parti sendiri. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger