KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR PUNCA SENGKETA DR HASSAN ALI DENGAN PEMIMPIN PAS



Isu tercetusnya ‘perang’ antara Dr Hassan Ali dengan pemimpin PAS seperti Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor adalah disebabkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang mengeluarkan kenyataannya di dalam blog dan dimuat turun bloggers pembangkang dengan menyatakan kemungkinan besar ADUN, Dr Hassan Ali Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon pada PRU-13 akan datang.

Desas-desus yang menyatakan punca Dr Hassan Ali digugurkan disebabkan percanggahan pendapat dengan DAP. Isu seperti pembukaan kelab malam dan rumah urut yang berleluasa disebabkan campur tangan pemimpin dan exco DAP, memurtadkan umat Islam seperti yang berlaku dalam Gereja DUMC dan penyertaannya dalam Himpun yang sangat tidak disenangi pemimpin DAP.

Atas sebab itu, Dr Hassan telah menyahut cabaran Saari Sungib berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan yang disifatkan lebih kepada kepentingan politik individu berbanding parti. Justeru, Dr Hassan Ali membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar PAS jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger