KEBIADAPAN DAP BALING KEPALA BABI DI MASJID



Pemimpin dan penyokong DAP Johor didakwa menjadi dalang dalam kebiadapan dalam membaling kepala babi di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya. Dalam tempoh 48 jam, sebanyak 9 kepala babi telah diletakkan di dua lokasi masjid.

Dalam kejadian pertama, kira-kira pukul 5 petang semalam, empat kepala babi telah ditemui di pagar belakang masjid itu. Manakala, pada jam 5 pagi, lima lagi kepala haiwan berkenaan ditemui di pekarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.

Kesemua kepala babi itu dibungkus dalam beg plastik disedari oleh jemaah yang curiga dengan bau busuk bungkusan tersebut. Ini merupakan kejadian pertama berlaku di masjid ini. Setakat ini, kami tidak tahu motif perbuatan ini dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya.

Tindakan ini amat menyinggung perasaan umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama.

Susulan kejadian itu, satu perhimpunan secara aman diadakan di pekarangan masjid berkenaan selepas solat Jumaat melibatkan kira-kira 100 orang termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah (Pekida).


Tindakan biadab dan kurang ajar itu menunjukkan masih ada segelintir pihak yang tidak sensitif terhadap masyarakat majmuk selepas beberapa siri perlakuan serupa di seluruh negara sebelum ini.

Perbuatan ini mencabar kesucian Islam dan tidak boleh dipandang ringan pihak berkuasa. Kita minta Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan supaya perbuatan menghina agama Islam ini tidak berterusan.

Menjadi kelaziman penyokong DAP akan berbuat demikian memandangkan parti itu anti-Islam. Biarlah polis menyiasat perkara ini dan jika diketahui benar ianya perbuatan penyokong DAP maka secara jelas DAP sebuah parti yang rasis. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 1, 2012 at 8:55 AM

Bro ada bukti ke DAP yg buat? Berdosa tu tuduh sembarangan. Fitnah nama nya. Takkan tak tau. Politik pun politik juga. Tapi sebagai orang Islam ada batasnya. Takkan main hentam saja!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger