INDIA DAP BERSENGKETA, CINA DAP BANYAK UNTUNG



Konflik DAP yang melibatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Prof P. Ramasamy dilihat semakin tegang dalam senyap. Jika sebelum ini pemimpin DAP telah memaklumkan persengketaan Karpal Singh dan Prof P. Ramasamy telah selesai setelah diadakan pendengaran kes oleh Jawatankuasa Dipilih DAP.

Namun, semuanya boleh berubah apabila dalam keadaan tegang, Karpal Singh yang terkenal dengan sifatnya yang bongkak telah mendesak Prof P. Ramasamy meletak jawatan dan mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Prof P. Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

“Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keptusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar.

Sengketa kedua-dua pemimpin DAP itu semakin buruk apabila Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkeritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam A Tanasekharan.

Dalam pada itu, Karpal Singh juga menuduh Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Prof P. Ramasamy sebelum ini telah menaikkan darah Pengerusi DAP itu apabila telah mengumumkan calon yang akan bertanding di Pulau Pinang dalam PRU-13 akan datang tanpa pengetahuan Pengerusi DAP. Inilah yang membuatkan Karpal Singh marah dan dikatakan Prof P. Ramasamy mahu menjatuhkan kedudukan Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 25, 2011 at 4:13 AM

ANJING HITAM DOK MENYALAK TAK HENTI2...

ANJING PUTIH ASYIK MEMERHATI...

PESANAN IKHLAS DARI AKU IALAH JANGAN BELI KERETA SECOND HAND YG TELAH DIPAKAI OLEH KAUM ANJING PUTIH SEBAB BANGSAT NI SEMUA SUKA BAWA ANJING MEREKA RONDA DGN KERETA TERSEBUT...

DULU JARANG NAMPAK TAPI SEKARANG NI MAKIN MENJADI2...

PIHAK JPJ TOLONG PANTAU SKIT...
KADANG2 ANJING TERSEBUT MENYALAK MENGEJUTKAN PENGGUNA MOTOSIKAL BILA TINGKAP KERETA DIBUKA...

PEJUANG HAMAS...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger