DR HASSAN ALI DIGUGURKAN DALAM PRU-13 SEBAB CAMPUR TANGAN MAT SABU



Dr Hassan Ali redha sekiranya PAS tidak lagi mencalonkan beliau dalam PRU-13 akan datang. Beliau tidak sesekali menyimpan dendam bahkan akur terhadap keputusan PAS yang disifatkannya sebagai parti boneka selepas diberi tekanan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Pembangkang.

Selepas tidak lagi dilantik sebagai Persuruhjaya PAS Selangor dan mengundang pelbagai kontroversi khususnya menentang Perhimpunan Seksualiti Merdeka yang dianjurkan rakan PAS dalam Pakatan Pembangkang, DAP dan mengaibkan kepimpinan PAS apabila menyertai Himpun yang bertujuan menentang sesiapa saja yang mahu memurtadkan kaum Islam.

Oleh yang demikian, cakap-cakap bahawa Dr Hassan Ali tidak lagi dicalonkan PAS kian bertiup kencang. Namun, apabila ditanya, Dr Hassan Ali enggan mengatakan sama ada kesetiaan beliau terletak pada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya menegaskan beliau hanya setia kepada Allah.

Pada masa yang sama bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini berkata, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang berjuang untuk Islam. Bahkan, beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.

Selain Dr Hassan Ali, seorang lagi pemimpin PAS yang juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga disebut-sebut akan digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut beberapa sumber, keputusan menggugurkan nama Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa ada kaitan dengan peranan Mat Sabu. Umum mengetahui, dalam PAS terdapat dua dolongan, iaitu golongan ulama dan golongan profesional. Kedua-dua calon yang akan digugurkan itu terdiri daripada golongan ulama yang semakin dipinggirkan dalam PAS selepas kemenangan Mat Sabu dalam pemilihan PAS pertengahan tahun ini.

Walaupun Presiden PAS menafikan dakwaan dan desas-desus mengatakan kedua-dua pemimpin PAS itu akan digugurkan dalam PRU-13, ianya tidak lekang dibibir pemimpin PAS yang kebanyakannya percaya cakap-cakap itu.

Ternyata, masalah dalaman PAS akan kembali merebak seperti mana rakannya DAP dan PKR yang mengalami masalah dalaman yang sangat mengujakan ahli-ahlinya.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger