DR HASSAN ALI DEDAHKAN KONSPIRASI DAP MURTADKAN UMAT ISLAM DI SELANGOR



Selepas insiden Gereja DUMC, akhirnya terdedah kegiatan DAP yang selama ini mempunyai agenda untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. Umum mengetahui bahawa pemimpin DAP merupakan anti Islam. Ini boleh dilihat apabila PAS yang selama ini berjuang atas nama Islam dan mahu membentuk negara Islam terpaksa mengubah pendirian mereka dengan menukar kepada negara berkebajikan.

PAS yang menjadi benteng pertahanan Islam bagi penyokong-penyokong pembangkang kini telah bertukar kepada kerajaan sekular setelah tunduk kepada tekanan dan desakan DAP sehingga sanggup menyembunyikan kegiatan haram DAP yang memurtadkan umat Islam.

Lihat sahaja bagaimana pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang sama-sama membantu perjuangan DAP sehingga menyebabkan ramai pemimpin PAS lain berasa kabur. Akhirnya, pembongkaran kelakuan Khalid Samad ini terbongkar dan membuktikan dakwaan sebelum ini keakraban beliau bersama pemimpin DAP mempunyai agenda lain.

Dalam Himpunan Sejuta Umat di Kuala Kangsar, Perak, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan gerakan yang telah menjalar ke dalam masyarakat dengan memurtadkan umat Islam yang lemah iman dan kaki hutang.

Demikian juga pelbagai usaha untuk memurtadkan umat Islam di negara ini semakin licik apabila ada kalangan mubaligh Kristian yang turut memakai jubah dan menunaikan solat Zuhur berjemaah dengan penduduk Islam bagi mendekati mereka yang dipercayai berpotensi untuk digugat akidahnya.

Sasaran utama mubaligh itu ialah orang Islam yang miskin, kurang pengetahuan agama, akidah lemah, orang yang berhutang, mereka yang rumahtangganya kucar-kacir, mereka yang menghadapi masalah selepas bercerai, golongan berfikiran liberal dan terbuka serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat.

Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.


Menurut Dr Hassan Ali, malah, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabat saya beberapa bulan lalu, ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” katanya berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Hassan percaya gerakan untuk memesongkan akidah umat Islam bukan saja sedang giat dijalankan di Sabah, Sarawak dan Selangor, malah sudah menular ke negeri lain di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkata ada 43 permohonan untuk murtad dikemukakan di Mahkamah Syariah di Perak untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besarnya golongan mualaf yang mahu kembali ke agama masing-masing serta mereka yang mempunyai nama Melayu dan anak kepada orang Melayu tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam.

Pada masa sama, katanya, ada 52 orang sedang menjalani proses pemulihan akidah di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi tempoh sama tahun ini.

Bilangan itu adalah berdasarkan data rasmi tetapi bagaimana pula yang berlaku (murtad) secara senyap-senyap? Mungkin lebih ramai lagi. Isu murtad ini bukan masalah individu tetapi ummah kerana apabila seseorang itu murtad, dia akan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak cantik dan tidak baik.

Kita tiada masa untuk bertelagah sesama sendiri seperti firman Allah bermaksud mari kita bersama-sama melakukan takwa dan jangan bekerjasama melakukan kebatilan manakala pepatah Arab ada menyatakan api yang besar itu bermula daripada sumber yang kecil dan jika ia tidak ditangani, maka sumber kecil itu akan merebak menjadi besar.

Pendedahan Dr Hassan Ali itu sangat mengejut masyarakat islam yang selama ini disesatkan oleh politik. Sebaliknya, agenda utama pemimpin seperti DAP ini adalah untuk menyesatkan umat Islam. Mereka tahu kekuatan umat Islam dan untuk itu mereka cuba untuk memecahbelahkan umat Islam demi kelangsungan politik mereka dalam memerintah Malaysia. Mana mungkin golongan minoriti memerintah Malaysia dan golongan majoriti menjadi hamba kepada golongan ini.

Inilah mainan politik sebenar DAP yang mahu melihat pemimpin Melayu dan Bumiputera terseksa dan merana di bumi sendiri. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger